UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE]

By Raymirae

38.4K 2.3K 212

UNGKU AQIEL ZAFRAN S1 AZIELAH FISYA- Setelah pemergian dua ibu bapa azielah dia tinggal bersama ibu saudarany... More

CAST
UAZ 1🍃
UAZ 2🍃
UAZ 3🍃
UAZ 4🍃
UAZ 5🍃
UAZ 6🍃
UAZ 7🍃
UAZ 8🍃
UAZ 9🍃
UAZ 10🍃
UAZ 11🍃
UAZ 12🍃
UAZ 13🍃
UAZ 15🍃
UAZ 16🍃
UAZ 17🍃
UAZ 18🍃
UAZ 19🍃
UAZ 20 🍃
UAZ 21🍃
UAZ 22🍃
UAZ 23🍃
UAZ 24🍃
UAZ 25🍃
UAZ 26🍃
UAZ 27🍃
UAZ 28🍃
UAZ 29🍃
UAZ 30🍃
UAZ 31🍃
UAZ 32🍃
UAZ 33🍃
UAZ 34🍃
UAZ 35🍃
UAZ 36🍃
UAZ 37🍃
UAZ 38🍃
UAZ 39🍃
UAZ 40🍃
UAZ 41🍃
UAZ 42🍃
UAZ 43🍃
UAZ 44🍃
UAZ 45🍃
UAZ 46🍃
UAZ 47🍃
UAZ 48🍃
UAZ 49🍃
TAMAT
Author Note🥳
UAZ S2 🙀 BIAR BETIK!

UAZ 14🍃

796 49 5
By Raymirae

Malam itu azielah berasa tidak sedap hati kerana tidak tahu kenapa. Keluhan berat dilepaskan. Tuisyen malam akan bermula 2 jam lagi tapi dia masih dirumah. Semalam dia ada memberitahu makngah tentang kelas malam yang harus dia pergi. Makngah menyuruhnya pergi sahaja tetapi bagaimana. Kenderaan untuk ke sekolahnya pun tiada. Nak mengharapkan sahabat baiknya aina, belum tentu dia nak tumpangkan sebab hubungan mereka masih dingin. Sepupunya nadia, sudah pergi dahulu meninggalkan dia. Sepupunya itu menaiki kereta kawannya juga.

"Aduh!! Macam mana ni? Takkan aku nak jalan kaki pergi sekolah malam-malam. Nanti aku tak pergi cikgu marah pulak"

Azielah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Azielah sudah bersiap awal kerana dia sudah merancang untuk pergi awal ke sekolah malah lain pulak jadinya. Makngah menyuruh membuat kerja dapur dahulu.

Azielah mengigit kukunya. Dia cuba memikirkan bagaimana dia harus pergi ke sekolah. Jam sudah menunjukkan angka 6.50 petang. Pakngah yang sedang melihat azielah mengigit kukunya seperti sedang memikirkan sesuatu terus pergi ke arahnya.

"Azielah kamu kata nak pergi sekolah kan? Soal pakngah.

Azielah hanya mengangguk sahaja.

" habistu kenapa tak pergi lagi? "

" dah nak maghrib dah pakngah. Azielah takutlah sorang-sorang" kata azielah.

"Kalau macam tu pakngah hantar kamu pergi sekolah. Nak tak?"

"kalau macam tu bo..

"apa bising-bising tu!" sampuk makngah yang baru sahaja pulang dari kedai.

"Ni anak kamu nak pergi sekolah tapi takde orang nak hantar. Katanya takut nak jalan sorang-sorang. Dia dah lah perempuan. Tak baik senja-senja ni jalan sorang-sorang"

"Biarlah dia jalan sendiri. Ada kaki kan. Buat apa nak risau. Dia pun pandai juga jaga diri. Siapa jugak nak culik anak saudara abang yang malang ni. Kalau ada pun mungkin orang gila agaknya" sindir makngah.

"Kalau macam tu takpe pakngah, zielah jalan jelah lagipun sekolah zielah dengan rumah ni tak lah jauh sangat" sengaja azielah berkata begitu untuk menyedapkan perasaan pakngahnya.

Dari raut wajah pakngah kelihatan sedikit risau. Bukan apa dia hanya risau keselamatan diri anak gadis itu. Malang tidak berbau, takut-takut nanti boleh berlaku perkara yang tak pernah dijangka.

"Baiklah. Pakngah harap kamu jalan laju-laju sebab langit semakin gelap. Kalau berlaku apa-apa di jalan call pakngah" sedikit nasihat diberikan kepada azielah.

"okey pakngah. Azielah jalan dulu,assalamualaikum"

Azielah menyalam tangan pakngah dan makngahnya tetapi makngah segera menepis tangannya daripada dicium dengan mulut yang jijik seperti azielah. Azielah hanya akur dan pasrah sahaja. Dia tahu makngah tak akan pernah suka dia walaupun dia sudah berada di dalam tanah sekali pun makngah takkan pernah melayan dia dengan baik.

Azielah meneruskan langkahnya dengan cepat ke sekolah. Perjalanan rumahnya ke sekolah mengambil masa 30 minit jika dia berjalan dengan laju. Kalau lambat berjalan mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan.

Semasa dalam perjalanan hati azielah berasa tidak sedap hati tapi dia hanya mengendahkan sahaja. Semoga tiada apa-apa yang berlaku semasa ke sekolah dan pulang ke sekolah.

Alhamdulillah azielah selamat sampai di kawasan sekolah dengan selamat. Dia mempercepatkan perjalanannya menuju ke kelas. Dia melihat jam di pergelangan tangannya ada lebih kurang 10 minit lagi kelas tambahan akan bermula.

Sampai sahaja dikelas, kelihatan ramai pelajar yang sudah sampai. Mata azielah tertatap ke arah aina. Aina juga memandang azielah tetapi hanya sepintas lalu sahaja. Aina terus melarikan pandangannya daripada memandang azielah. Aina berpura-pura bersembang dengan rakan-rakan yang lain. Dia tahu aina masih marahkan tentang hal itu pada tempoh hari.

Azielah mengeluh berat, dengan longlai kakinya menuju ke arah mejanya.


         

             Sesi kelas tambahan malam ni berjalan dengan lancar. Azielah sedaya upaya membesarkan matanya daripada mengantuk. Dia melihat jam dipergelangan tangannya, angka menunjukkan 9.59 malam satu minit sahaja lagi kelas akan berakhir. Azielah melihat aina duduk dihadapan sedang khusyuk mendengar cikgu aminah sedang mengajar.

"Baiklah anak-anak murid cikgu sekalian! Cikgu harap sedikit sebanyak yang kamu belajar pada malam ni, dapat mengingatkan kamu cara menjawab exam sebenar spm nanti" nasihat cikgu aminah.

semua pelajar menganggukkan kepala tanda memahami apa yang disampaikan oleh cikgu aminah sebentar tadi.

"Sesi pembelajaran kita malam ni sudah tamat. Cikgu harap kamu pulang dengan selamat. Jangan ada yang melencong ke tempat lain pulak. Terus pulang ke rumah. Faham ya! Terutamanya perempuan" sekali lagi nasihat cikgu aminah kepada pelajar.

"Baiklahh.. Cikgu.." kata semua pelajar.

Semua pelajar beransur-ansur pulang termasuk azielah yang masih mengemas alat tulis di atas meja. Dia menoleh ke hadapan ingin melihat aina tetapi sudah tiada. Aina mungkin sudah keluar awal. Dia masih lagi sedih akan perangai aina. Sampai bila hubungan mereka akan dingin. Percubaan spm tidak lama akan berlangsung. dia risau akan perkara itu dan lagi memeranjatkan dia takut dia tidak dapat berjumpa dengan aina lagi. Takut berlaku sesuatu yang buruk berlaku.

Setelah habis mengemas alat tulisnya azielah terus beredar daripada kelas dan bergegas pulang. Dalam perjalanan keluar daripada kawasan sekolah kelihatan beberapa orang pelajar masih menunggu ibu bapa mereka untuk diambil. Azielah hanya meneruskan sahaja perjalanannya melintasi pondok bas tersebut.

Tiba-tiba namanya di panggil oleh seseorang dari pondok bas.

"Azielahh..." sahut seorang pelajar perempuan.

Azielah menoleh dan melihat gerangan siapa yang memanggilnya.

Syaz.

Azielah pergi ke arah pondok tersebut apabila syaz memanggil namanya tadi.

"Ada apa syaz kau panggil aku?"

"kau balik sorang-sorang ke?" soal syaz

"Haah aku balik sorang, kenapa?" soal azielah lagi dengan pelik.

"Jom lah ikut aku. Aku hantar kau balik. Lagipun dah gelap sangat ni nanti bahaya untuk keselamatan kau" nasihat syaz.

"Eh! Takpelah rumah aku tak jauh pun dari sekolah, dalam 20 minit macam tu sampailah" azielah cuba menenangkan hati syaz yang sedikit risau.

"Boleh percaya ke ni?" syaz mengecilkan matanya sambil merenung azielah.

"Iye betul. Aku ada bawa handpone juga" azielah menunjukkan telefon pintarnya ke arah syaz.

"Nanti kalau ada apa-apa berlaku, aku call lah sesiapa"

"hmm..iyelah kau hati-hati tau. Jalan laju-laju tapi tengok jalanlah jangan sampai kau tersungkur okey. Bye"

"Bye kau juga hati-hati. Assalamualaikum"

"waalaikumsalam"

Azielah meneruskan perjalanan pulang ke rumah dengan cepat. Mudah-mudahan allah permudahkan perjalanan sampai ke rumah dengan selamat seperti dia pergi ke sekolah tadi.




        Zafran dan bob memerhatikan gerak-gerik azielah daripada jauh. Bermula nak ke sekolah sehingga pulang ke sekolah. Misi nya hari ini adalah menculik azielah untuk melangsaikan hutang.

"Bos takkan nak tunggu macam ni je bos? Angkut terus lah budak tu" keluh bob.

"kau ni! Boleh sabar tak. Tunggu dia jalan ke hadapan sikit baru aku bagi arahan dekat apa patut kau buat"

" baik bos"

"okey go ke depan lagi. Jangan sampai kita terlepas. Siap kau kalau kali ni tak dapat!" amaran keras dari zafran.

Azielah merasakan dirinya seperti diikuti oleh seseorang dari belakang. Dengan pantas dia menoleh. Tiada. Hanya cahaya lampu jalan yang samar-samar sahaja menemani malam.

Azielah cuba melajukan pergerakannya kali ini tiba-tiba tangan seseorang menekup mulutnya menggunakan kain sehingga menyebabkan azielah pengsan.

"Bawak dia masuk ke dalam kereta cepat aku takut orang lain nampak perbuatan keji kita" arah zafran.

"baik bos"

Kereta zafran terus memecut menuju ke destinasi untuk menempatkan azielah disana.

Assalamualaikum.. Hye semua author hrp korang semua sihat dan dipnjgkn umur. Aamin😊. Lama dh kn author tk update story ni😂korang fhm" je lah sendiri. Maafkan author sebab part ni bosan utk korang tpi author hrp korang enjoy reading.

Oh ye lupa selamat tahun baru cina kepada orang cina😂😂😜.

Continue Reading

You'll Also Like

76.7K 7.7K 42
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
1.1M 39.7K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...
481K 23.4K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
819K 84.2K 71
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...