Tapi bernas kan?

"Awak!". Terus sahaja Darin mencapai tubuh yang sudah terbongkok-bongkok itu. Wajah kesian dipamerkan

"Mummy.....". Rayyan teruskan lakonan yang sudah terjadi. Tangan yang tadi di bahu Aryan sudah bertukar di bahu Darin. Berpura-pura menunjukkan dia sedang menahan sakit yang teramat di perutnya

"Sakit sangat ke awak?". Prihatin dia bertanya. Rayyan sudah dipapah bawa masuk ke dalam rumah. Tapi dia pelik kenapa Rayyan ada di rumah yang lain. Bukan rumah dahulu? Namun fikirannya melayang ke Hairah, madunya itu, mungkin Hairah ingin ada rumah sendiri, iyalah rumah itu kan penuh dengan kenangan manis mereka

Hairah inginkan kenangan manis di rumah ini pula agaknya?

Aryan dihadapan pintu masuk terus menghamburkan gelaknya apabila bayangan kakak ipar dan abang sudah tiada ditingkat bawah. Sudah tidak tertahan lagi, tidak pernah lagi mereka adik-beradik main cubit-cubit selalunya terus tumbuk sahaja macam semalam. Jarang la guna cara halus bab-bab pukul-memukul ni. Tapikan seronok pula main cubit-cubit dengan abangnya itu. Pejal! Sepatutnya dia cubit sahaja kuat-kuat abangnya tadi. Peluang depan mata

Haih dah melepas peluang baik.....

"Lepas kena tumbuk dengan Rayyan kau jadi gila Aryan?". Bertaut kening Syafiq melihat Aryan yang gelak seperti orang gila itu. Aku rasa semalam aku takdalah pula nampak kepala dia terhantuk dekat mana-mana. Ke kena sampuk hantu pejabat semalam?

Aryan terus sahaja ketawa lagi seperti orang gila. Mengabaikan pertanyaan dari Syafiq. Bahu Syafiq pula menjadi mangsa ditepuk-tepuk beberapa kali. Sehingga berair matanya ketawa

Lelaki itu pantas menepis kasar tangan yang memukul bahunya. Pukul macam nak balas dendam. "Gila". Komen Syafiq sebelum melangkah masuk ke dalam tanpa menghiraukan Aryan. Silap-silap dia sendiri boleh gila dengan perangai Aryan

Minta dijauhkan la. Sudahlah dia akan ada anak nanti. Jangan anaknya melekat gila si Aryan habis dia dan Hannah nanti.

"Wey.... Hahahahaha.... Wey tunggulah!". Dia mengejar langkah si Syafiq dengan ketawa yang masih bersisa. Walaupun nampak benda ini remeh tapi sangat kelakar bagi dia

"Rayyan!". Tercari-cari Syafiq. Di bilik bawah sudah, di dalam bilik kerja lelaki itu semua sudah dia cari. Takkan dalam bilik tidur utama? Jarang lelaki itu tidur siang. Lagi-lagi takda bini sekarang. Namun Buka sahaja pintu, pandanganya dihiasi dengan Rayyan yang sedang berbaring.

Mereka berpandangan satu sama lain

"Kau....." Mulutnya terdiam saat Rayyan meletakkan jari di bibir. Seperti menyuruhnya senyab

"Syafiq bila sampai?". Lagi sekali dahinya berkerut melihat Darin yang baru sahaja keluar dari bilik air, sejak bila pula Darin ada disini? Bukan mereka sudah bercerai ke semalam?

Apa ni? Aku yang gila ke?

"Bukan korang......?". Mulutnya ditutup oleh Aryan yang entah bila datangnya dari arah belakang

"Kesian abang aku, sakit ye?". Wajah simpati ditunjukkan. Rayyan buat muka menyampah. Penumbuk ditunjukkan sorok-sorok supaya Darin tidak perasan kelakuannya

Aryan buat tak kisah sahaja. Sempat lagi menjelirkan lidah kepada abangnya

'Tak kisah pun'. Mulut sahaja bergerak suara tiada

"Abang dah makan ke belum?". Terus Rayyan dan Aryan berhenti dengan kelakuan tadi apabila Darin sudah berbicara

"Huh?"

"Dah makan ke belum?". Rayyan mengeleng walaupun dia sudah makan sebenarnya. Ala saja nak bermanja....

"Darin pergi beli kejab ye? Abang nak makan apa?". Darin sudah berura-ura ingin bangun namun ditahan Rayyan. Lengan si isteri dicapai

"Tak payah la sayang susah-susah beli".

"Tak susah pun". Polos Darin menjawab. Beli makanan lepastu balik, apa susahnya?

Rayyan memberi isyarat mata kepada Aryan.

"Eh takpalah kakak ipar, biar Aryan dengan Syafiq pergi beli". Tangan Syafiq ditarik keluar dari bilik tidur Rayyan. Mereka turun ke bawah meninggalkan pasangan itu. Syafiq yang diheret merentap tanganya kasar

Rimas la pegang-pegang

"Aku tak faham la apa jadi ni? Bukan diorang dah cerai ke semalam"

"Diorang berbaik". Takkan tu pun tak nampak?

"Tapi dah bercerai kan?"

"Benda boleh rujuk, apa susah?". Jangan susahkan benda yang mudah. Islam kan mudah....

Syafiq mengangguk mengiyakan. Betulah Islam itu mudah. Bahkan dengan hanya perkataan 'saya nak rujuk kembali dengan awak'. Mereka sudah sah menjadi suami isteri takpa akad nikah yang perlu dilafazkan semula. Namun masih harus pergi ke mahkamah untuk pengesahan talak yang telah dilakukan dan jika ingin rujuk juga masih perlu pengesahan mahkamah.

Senangkan Islam?

Darin di dalam bilik hanya terpingga-pingga, rajin pula adik iparnya itu selalunya nak suruh keluar alasan dia bermacam-macam, tak pernah takda alasan dalam kepala dia. Bila dipaksa Malika barulah berjalan si Aryan tu

"Sayang duduk jelah dengan abang, Aryan dah pergi beli dah". Tangan isterinya ditarik lembut supaya duduk di sampingnya.

Aish rindunya!

"Mana Hairah?". Takda pula dia nampak madunya itu didalam rumah semasa dia masuk tadi

"Entah, pergi rumah mak dia kot".

"Hisy awak ni dahla, dia tengah, dia pergi mana pun awak tak tahu mengandungkan, macam mana kalau dia gugur ke? apa ke? Kan menyesal"

"Lagi bagus adalah". Rayyan berkata perlahan.

"Apa dia?"

"Tak ada apa". Pantas dia menggeleng. Tangan isterinya dicapai.

"Sayang....."

"Hmmm"

Pandangan mereka bersatu

"Jom rujuk".

Ye, aku menyesal.....
.
.
.
.
.
.
.
.

Disebabkan bab sebelum ni sedih, bab kali ni kita happy-happy ok! Kalau ada ayat tunggang-terbalik, dan bosan maaf ye, Have a nice day semua! Harap semuanya berjalan dengan lancar untuk awak-awak semua! Terima kasih sudi baca cerita saya!

Selamat membaca!
Love semua!💜

-syai-

21.30- hampir....

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now