13

21.9K 1K 37
                                    

"Sayang abang dah balik!"

Senyab

"Sayang!"

Tiada balasan

"Darin!"

Mana dia ni?

Dia ternampak surat di atas meja, surat itu segera diambil, dibaca

"Sh**!"

Dia melempar kembali  surat itu, pasti Darin dah baca sebab surat itu diluar sampul surat

Semua bilik di tingkat atas dicari

Please jangan tinggalkan abang sayang...

"Fahim!"

"Ye tuan"

"Mana Darin"

"Puan keluar petang tadi, sampai sekarang dia tak balik lagi".

"Keluar?, Dia tak bagitahu pun?"

"Puan kata dah bagitahu tuan"

"Dia pergi naik apa?"

Kereta semua ada dekat luar

"Puan pergi sendiri tuan"

"Bo*o* la"

Carut Rayyan

"Cari lokasi dia sekarang!". Arah Rayyan

"Baik tuan". Fahim terus berlari ke bilik bawah tanah, beberapa orang juga turut ikut

No Syafiq didail

"Dia dah tahu"

"Macam mana dia boleh tahu?"

"Manusia mana entah letak surat perjanjian Dato Syamsul tu atas meja ruang tamu, Darin baca"

"Track la dia"

"Dah"

"Tunggu jab nanti aku sampai"

Talian dimatikan

Ikutkan perasaan marahnya, hendak sahaja dia campak segala yang ada didepan matanya sekarang. Namun akal warasnya tidak membenarkan. Dia duduk di sofa menanti berita keberadaan isterinya

"Tuan, kami dah dapat lokasi puan"

Tablet diberikan kepada Rayyan

Rumah Waisa

Segera Rayyan keluar dari rumah, kebetulan Syafiq juga baru sampai, terus dia masuk ke kereta Syafiq

"Jalan"

"Pergi mana?"

"Rumah Waisa"

Kereta bergerak laju pergi ke rumah Waisa

Sayang tak tinggalkan abang kan?

Sampai sahaja di hadapan rumah Waisa, loceng ditekan berulang kali

Namun pembantu rumah yang buka itu

"Ye encik, cari siapa ye?"

"Waisa"

"Cik Waisa dah berangkat ke luar negara"

Rayyan terkejut

"Darin?"

"Cik Darin juga ikut, cik Waisa dan cik Wayra".

Ya Allah...

Sayang tinggalkan abang....

"Encik ni suami cik Darin ye?"

Rayyan mengangguk lemah

"Sekejab"

Pintu itu tertutup kembali, 10 minit  kemudian dibuka kembali

"Cik Darin suruh saya berikan ini kepada encik kalau encik datang"

Gelang, rantai, telefon, serta satu surat dibagi kepada Rayyan

Cuma cincin sahaja yang tidak ada

Cincin perkhawinan mereka

Surat itu dibuka

Maaf encik Rayyan, saya terbaca surat atas meja tu, saya rasa rendah, hina di mata encik Rayyan, saya ingat encik terima saya ikhlas rupanya encik beli saya dari ayah angkat saya, maaf kalau saya menyusahkan selama ni, terima kasih jaga saya

-Darin-

Rayyan melangkah longlai ke kereta Syafiq

"Mana Darin?"

"Dah tinggalkan aku"

Rayyan sandar di kerusi kereta

Tanpa sedar air matanya jatuh, dibiarkan sahaja, tidak kisah kalau Syafiq kata dia lemah, ya memang lemah, lagi lemah bila ditinggalkan isteri tersayang

Kenapa sayang tinggalkan abang?

Abang boleh explain semua benda

Kenapa?

Syafiq pula terkejut melihat air mata Rayyan

Jarang sungguh seorang lelaki yang bernama Rayyan Aiden ini ingin nangis

Dari situ di boleh tahu, Rayyan terlampau cintakan Darin

Ya lelaki dihadapanya ini terlampau mencintai

"Ibu call tadi, dia nak jumpa kau, ibu... Dah tengok kertas perjanjian tu"

Rayyan memejam matanya

Dia taknak kehilangan ibunya pula

Dua wanita kesayangannya bakal tingalkan dia

Apa kau dah buat ni Rayyan?
.
.
.
.
.
.
.If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this story

Hargai sangat ✨✨

From me -









[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now