"Wan kenapa nak balik awal sangat ni?". Rayyan bertanya lembut
Semalam kata nak duduk rumah aku sebulan
Tiba-tiba nak balik pula harini
"Malik, Malika cari Wan katanya nak bagi barang dekat Wan, taknak lah nak hampakan diorang, susah-susah cari kita kan". Ujar Wan
Matanya memandang ketiga-tiga cucunya yang sudah hilang senyuman nya itu
Rayyan memandang Aryan dan Syafiq bersilih ganti
Syafiq dan Aryan juga sama
Malik..
Malika...
Musuh mereka bertiga....
"Anak siapa Malik, Malika tu mak? Tak pernah dengar pun". Puan Sri Aisyah bertanya
Sepanjang aku hidup dekat kampung tak pernah pulak dengar nama anak orang dengan nama tu
"Kamu mana nak tahu dua orang tu anak siapa, sebelah rumah mak pun kamu tak tahu siapa". Perli Wan Maimun sambil menjeling anak perempuannya
Puan Sri Aisyah hanya tersengih diperli
Kantoi aku depan anak-anak
Mak..... Mak.....
"Dah... Dah Wan nak balik nanti lambat pulak sampai kampung"
"Wan taknak tunggu dulu". Aryan cuba memberhentikan Wannya
Risau dengan keselamatan Wan dengan Toknya
Musuh mereka dua adik-beradik itu bukan nya boleh kira
Tiada sifat belas kasihan langsung
"Wan kena balik, ramai lagi Wan nak jaga dekat sana tu, nanti kalau kamu bertiga ada masa lapang baliklah jenguk Wan ye"
Rambut Aryan dibelai lembut
Haih cucu manja aku ni...
"Rayyan..."
"Ye Wan"
"Jaga isteri kamu elok-elok, anak kamdungan dia tu pun sama, anak dengan isteri kamu penting Rayyan, Wan taknak hilang keturunan Wan"
"Baik Wan"
"Syafiq..."
Syafiq mendekati Wannya
"Wan tahu kamu tak sayangkan isteri kamu..."
Syafiq menundukkan wajahnya
Tiada rahsia yang Wan tak boleh baca
"Tapi ingat dia tanggungjawab kamu, orang yang dah tiada jangan dikenang, hargai orang yang ada depan mata sebelum terlambat..."
"Jaga dia, mati dia, mati juga kamu"
Syafiq mengangguk
Faham dengan kata-kata Wan
"Baik Wan"
"Darin, Hannah jaga diri ye cucu menantu Wan ni, terutamanya kamu Darin, jaga kandungan ni elok-elok, tak sabar Wan nak tengok cucu Wan"
Darin dan Hannah tersenyum
"Baik Wan"
"Wan Maimun jom kita balik, hari dah gelap"
"Yelah Tok Akienya, saya datang ni"
"Wan...". Aryan memeluk lengan Wannya
Tak sanggup nak lepaskan
"Jaga diri tau, apa-apa terus call kitaorang ok". Dia menghantar hingga ke kereta
"Wan lagi pandai jaga diri Wan la"
"Wan...". Rayyan pula memeluk sebelah lagi lengan Wannya
Wan memeluk mereka berdua
"Humm kalau macam ni la gayanya, sampai 12 malam pun kita tak gerak Wan Maimun oii". Tok Akienya memandang kedua-dua cucunya
Dia punya tak nak lepas tu macam Wannya nak pergi berperang
Tok Akie menggeleng kepalanya
Syafiq hanya memandang
Alangkah bahagianya kalau ini keluarga betulnya
"Syafiq taknak join"
Syafiq menggeleng perlahan
"Eleh malu-malu kucing pulak!". Aryan menarik tangan Syafiq dalam pelukan
Syafiq hanya membiarkan dirinya dipeluk
"Sudah la tu!!" Tok Akienya menarik tangan isterinya jauh dari cucu-cucunya
Darin dan Hannah pula mendapatkan suami mereka
Aryan?
Well disebabkan single Puan Sri Aisyah la yang menarik telingganya menjauhi Wan kesayangan nya itu
"Kami balik dulu"
Kereta Tok Akienya meluncur keluar dari perkarangan rumah Puan Sri Aisyah
Lagi lama mereka disitu lagi susah mereka nak pergi dari tiga orang cucunya itu
Sayang bebenor dengan Wannya....
Tan Sri Alfi hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya
Haih anak....
Manjanya melebih-lebih....
"Wan dengan Tok kamu tu legend tak perlulah risau sangat"
Rayyan, Aryan serta Syafiq memandang Tan Sri Alfi
Papa tahu....
Mati....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this storyHargai sangat ✨✨
From me-
YOU ARE READING
[C] : PSYCHO MR HAZEL
Romance~Saya sedar mencintai awak bukan satu kesalahan~ RAYYAN AIDEN~. Sebut sahaja Y pasti dia digeruni oleh mafia-mafia lain, lelaki bermata hazel ini tidak terlalu kejam dan tidak terlalu baik juga, matanya boleh menggoda sesiapa sahaja yang memandang...