85

12.3K 542 79
                                    

"Hairah..... Saya minta maaf".

Sudah 2 jam Darin duduk di luar bersama air mata, rasa bersalah membuak-buak dalam dirinya. Disebabkan dia kandungan Hairah keguguran. Dan nyawa Hairah dalam taruhan. Kalau dia dapat sambut gadis itu sebelum jatuh tangga pasti anak dalam kandungan itu masih ada lagi

"Sayang....". Rayyan melabuhkan duduk disebelah isterinya. Bahu Darin dipaut lalu didekatkan dirinya dan Darin. Bahu isterinya diusap perlahan

"Abang, Darin minta maaf....". Berkaca-kaca matanya memandang suaminya. Pasti lelaki itu sedih anaknya sudah tiada.

"Takpelah sayang, bukan salah awak pun, dia yang jatuh sendiri, bukan awak yang tolak kan?". Lembut Rayyan memujuk. Semasa mereka baru pulang dari pejabat agama untuk rujuk petang tadi, tiba-tiba sahaja Hairah mengamuk, katanya Darin tidak layak ada didalam rumah ini. Terjadilah pertengkaran kecil.

Entah dimana silapnya, langkah Hairah tidak dapat dikawal ketika hendak menuruni tangga, mengakibatkan gadis itu jatuh dari tangga atas sehingga ke bawah. Kandungannya tidak dapat diselamatkan lagi, dirinya juga dalam keadaan kritikal tapi 1 jam tadi dia sudah keluar dari keadaan kritikal. Dirinya sudah stabil

"Memang la, tapi kalau saya dapat tangkap dia tadi, mesti dia tak gugur".

Rayyan menggelengkan kepalanya, berterus-terusan isterinya itu mempersalahkan diri sendiri. Dasarkan salah itu datangnya dari Hairah sendiri. Bukan dari Darin

"Sayang janganla macam ni, bukan salah awak lah". Air mata isterinya dikesat menggunakan ibu jarinya.

Tiba-tiba mereka terdengar suara jeritan dari bilik yang diduduki oleh Hairah. Berlari anak mereka berdua masuk ke dalam bilik Hairah

"Pembunuh! Kau pembunuh! Keluar! Aku taknak tengok muka kau!". Terkejut semua yang ada disitu dengan jeritan Hairah termasuk Darin sendiri. Pandangan tajam Hairah membuatkan Darin rasa bersalah

"Mummy". Twins berlari anak ke arah Darin dan Rayyan. Pantas sahaja Darin mengangkat salah seorang, lagi seorang diangkat oleh Rayyan

"Hairah.... Saya betul-betul minta maaf". Darin mencuba mendekati Hairah namun dihalang Rayyan. Lengannya digengam erat suaminya.

"Kau punya salah, jangan nak salahkan orang lain!". Tegas ayat Rayyan sambil memandang Hairah. Salah Hairah yang tidak menjaga langkah, bukan Darin

"Kenapa abang Rayyan nak pertahankan juga perempuan pembunuh ni! Dia dah bunuh anak kita! Anak kita tahu tak!". Makin kuat jeritan Hairah, lagi-lagi ternampak tangan Darin dan Rayyan sedang bertaut kemas

Darin tak layak !

"Anak kau! Bukan anak aku!". Terus suasana menjadi diam. Darin memandang suaminya, manakala yang lain memandang Hairah yang tiba-tiba sahaja diam. Mereka menagih jawapan dari gadis itu

"Ap... Apa abang Rayyan cakap ni. Hai... Hairah tak faham". Menggeletar suaranya bertanya. Air liur ditelan. Tidak terasa di kerongkong. Puan Aisa juga tidak senang duduk. Matanya silih berganti memandang anak menantunya

Rayyan tersenyum sinis. "Untuk pengetahuan Pak ngah, Mak ngah anak yang Hairah mengandungkan sebelum ini bukan anak Rayyan, kalau nak bukti Rayyan ada, Rayyan tak tahu itu anak Hairah dengan lelaki mana". Sengaja Rayyan berkata begitu sedangkan dia tahu siapa yang mengandungkan Hairah. Biarlah Hairah sendiri yang beritahu kenyataan itu bukan hak dia untuk dedahkan semuanya

"Dan disebabkan perempuan ini juga. Aryan dan kakak ipar terpaksa hilangkan diri 3 bulan selepas perkhawinan diorang. Ibu tahu diorang hantar apa dekat kakak ipar. Sihir ibu, sihir pemisah! Hairah nak buat sampai kakak ipar gila ibu". Aryan menyambung. Entah dari mana datangnya. Namun semua terkesima dengan  kenyataan yang diberikan Aryan. Tan sri Alfi mahupun Puan sri Aisyah sama-sama terdiam dengan apa yang baru sahaja diberitahu sebentar tadi

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now