79

8.9K 424 67
                                    

Enjoy guys!
























"Dah lama ke diorang macam ni?". Mulut bertanya namun mata masih memandang dua lelaki yang sedang tersandar lemah disofa berhadapan dengannya

Davian mengeluh. Kepala dianggukkan. "Cukup lama untuk aku". Pening kepala melihat Syafiq dengan Aryan. Seperti orang hilang nyawa sahaja gayanya

"Woi!". Rayyan cuba menyedarkan kedua lelaki itu. Namun reaksi yang dia terima cumalah...

"Eh abang, bila kau datang?". Aryan bertanya namun lepas itu dia kembali mengelamun. Syafiq juga sama hanya memandang sekilas wajah Rayyan sebelum melayan lamunannya kembali

Rayyan dan Davian menggeleng kepala. Parah! Cukup parah dah ni! Sampai begini sekali penangan seorang perempuan kepada lelaki-lelaki ini? Hebat!

Tabik hormat dia. Nasib baik dia tidak seteruk ini walaupun dia sendiri sedang berlawan perasan untuk tunaikan permintaan isterinya. Syukur dia masih waras

"Tak ada harapan dah. Kau je boleh tolong aku". Davian dipandang. Davian satu-satunya harapan yang dia ada. Melihat dari keadaan hanya Davian yang masih waras. Bukan yang paling waras!

"Tolong apa. Aku nak lari dari dua orang ni, pening kepala aku tengok dua-dua manusia ni". Syafiq dan Aryan dipandang sekilas. Aku taknak duduk dengan diorang dah! Aku! Give! Up!

"Dengar luahan aku, kalau kau tak nak aku jadi gila macam diorang, kau dengar apa aku nak cakap". Rayyan sudah bersandar membetul kedudukan bersedia untuk bercerita

Davian sudah menepuk dahi. Rasanya mafia-mafia didalam mansion ini sudah jadi kurang siuman kerana perempuan. Aku pula jadi gila disebabkan diorang. Ahhhhh!

"Ada ke patut kawan kau tu nak suruh aku kahwin lain? Ada ke perempuan rela sangat nak bermadu?". Geram betul Rayyan. Tahulah baik tapi takkan sampai nak berkongsi suami. Darin ni pun... Agak-agak la... Bukannya dia nak berkongsi kuih ke apa ke. Suami ni! Suami!

"Sampai hati dia nak kongsi-kongsi, dia ingat aku ni barang ke? Aku ni suami dia tau". Luahan tulus seorang Rayyan Aiden

Davian menggeleng kepala. "Tak patut, tak patut". Kesian nasib lelaki ni. Tapi inikah Rayyan Aiden yang ditakuti tu. Aish macam lain macam je....

"Aku taknak kahwin. Tapi Darin suruh, macam mana aku nak tolak? Aku tak sampai hati nak tolak, lagi-lagi bila dia dah pujuk-memujuk tu. Haih lemah terus aku".  Dengan cebikan dibibir dia bercerita. Tidak dihiraukan lagi gelaran mafia ke, CEO ke, dia tetap lelaki yang perlukan perhatian, yang ada luahan yang perlu diluahkan. Dia tetap manusia yang ada hati dan perasaan

Tidak selalunya boleh gah berdiri dihadapan orang lain, ada masa dia juga menangis, dia juga lemah, dia juga ada perasaan yang hendak orang lain jagakan. Sekarang dia hanya seorang lelaki

"Nak tanya, siapa suami?"

"Aku"

"Habistu?".

"Habistu?"

Davian mengeluh kuat. Sah la mafia didalam mansion ini sudah dijampi kasih sang wanita. Tak ada ubat dah ni. Otak masing-masing sudah kelaut. Namun tiba-tiba dia ada satu idea. Telefon dikeluarkan. Mungkin ini sahaja ubatnya untuk lelaki-lelaki ini.

Davian menunggu diluar mansion. Menunggu kehadiran si 'ubat' lelaki-lelaki didalam mansion ini

Ting... Tong...

Pantas Davian berlari ke pintu pagar. 'Ubat' sudah sampai! Pintu pagar dibuka. Terpaparlah wajah Darin, Hannah dan Malika. Satu risau, satu riak bersalah dan satu lagi sebal sahaja wajahnya

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now