69

9.2K 410 16
                                    

Wajah sembab Darin dipandang dan dibelai lembut. Tubuh Darin yang sedikit terdedah ditutup dengan selimut. Hari mereka tidak dimulai dengan baik hari ini

Darin terjumpa pistol yang dia letak di dalam almari semalam. 3 pagi mereka bergaduh menyebabkan pergaduhan besar antara mereka. Sehingga kemarahannya tidak dapat terkawal

"Sorry sayang". Dahi isterinya dicium lama sebelum bangun dari pembaringanya. Twins ingin dihantar ke rumah orang tuanya

Dia taknak twins terlibat dengan pergaduhan mereka

Selesai mandi dia terus mengambil twins

"Kesian anak daddy, sorry baby sekejab je daddy tinggalkan you guys dengan granny okay". Anaknya dicium penuh kasih sebelum diangkat dari katilnya

"Jangan bagi isteri aku keluar". Sempat dia berpesan kepada pengawal yang berjaga di luar

Dia takut isterinya lari darinya. Dia tak boleh kehilangan Darin

"Baik boss"

Rayyan naik keretanya dan berlalu pergi dari rumah itu meninggalkan Darin bersama anak buahnya

10 minit kemudian Darin terbangun dari lenanya. Kejadian pergaduhannya bersama Rayyan terlayar di fikirannya

Lagi sekali air matanya jatuh. Siapa je yang tak terkejut dan marah apabila tahu suami sendiri pembunuh

PEMBUNUH!

It hurt...

Dia teringat ayat Rayyan kepadanya

"Kau tetap isteri pembunuh ni!".

Ya itu memang kenyataan. Sejauh mana pun dia lari ataupun cuba menidakkan realiti yang ada dia tetap isteri seorang pembunuh

Jijik mana pun dia dengan Rayyan Aiden.

Dia tetap isteri kepada Lelaki yang bernama Rayyan Aiden

Tiba-tiba dia teringat anak-anaknya. Katil twins didekati

Twins tiada! Gelabah

Dia membersihkan diri dahulu. Selesai segala urusan kunci kereta diambil lalu melangkah ke pintu utama namun pergerakan ditahan pengawal dihadapan rumah

Tangan mereka depakan

"Maaf tuan Rayyan tak bagi puan keluar". Ujar salah seorang dari mereka

"Huh? Tapi saya nak cari anak saya". Dia tahu mesti Rayyan membawa twins keluar

"Maaf tetap tak boleh".

"Tolonglah, saya nak anak saya". Air matanya mengalir

"Maaf puan"

Darin cuba meloloskan diri namun tetap dapat ditahan anak buah Rayyan

"Maaf puan". Pintu utama ditutup membiarkan Darin menangis di hadapan pintu tersebut

Hampir 20 minit Darin duduk dihadapan pintu tertutup itu dengan air matanya. Sehinggalah dia terdengar bunyi kereta masuk ke dalam perkarangan rumah

Dia pasti itu Rayyan

Sebaik sahaja Rayyan masuk ke dalam rumah. Air matanya kembali mengalir deras. Semakin dilap semakin air matanya mengalir tidak henti

Sehingga wajah suaminya juga nampak kabur sahaja

"Sayang kenapa duduk dekat bawah ni?". Dia menarik isterinya supaya berdiri. Air mata isterinya dilap menggunakan ibu jari

"Mana.... Mana anak saya?".

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now