SPECIAL PART - KENANGAN

7.1K 343 48
                                    

"Dah la tu Khar, nanti aku suruh mummy atau daddy beli kau ikan baru okay, kau sedih-sedih macam ni aku pun terasa tahu tak? Kitakan kembar". Bahu abang kembarnya dipagut mesra. Sudah 2 hari berlalu dari kejadian buruk dalam hidup Khar. Namun lelaki itu masih juga tidak mampu melupakan ikan emas yang sudah dibelanya sejak mereka berumur 3 tahun itu.

Entah mengapa, dia juga terasa sedih jika Khar terasa sedih. Perasaan kembar mungkin.

"Kau tak faham, aku sayang dengan Namu, dia macam hidup aku, aku... Aku tak boleh hilang dia". Air mata keluar daripada tubir mata. Dua hari ke, setahun ke, ataupun selamanya belum tentu dia akan lupa dengan ikan kesayangannya.

Namu seperti kawannya, sentiasa mendengar celotehnya, bosannya sentiasa terisi dengan Namu, tapi kenapa ikan itu pergi terlalu cepat. Dia masih belum bersedia untuk kehilangan.

Nash hilang kata, Khar jarang menunjukkan perasaan sehingga tumpah air mata, dia faham Namu memang seperti adik mereka. Setiap hari tidak boleh lepas dari pandangan Khar. Mereka sekeluarga pergi bercuti juga ikan itu dibawa sama. Khar memang terlalu kemaruk dengan ikan itu.

Tapi sekarang, ikan itu sudah tiada, nak buat apa menangis meratap begini? Fikir baik, mungkin ikan itu pergi kerana akan diganti dengan yang lebih baik, siapa sangka bukan?

"Kalau aku jaga dia elok-elok mesti dia ada dengan aku lagi sekarang...". Nash mengeluh perlahan, salahkan diri pula lelaki ini.

"Dia pergi bukan salah kau la Khar, dia pergi mungkin sebab ada lagi baik yang nak digantikan. Kau cuba fikir baik-baik je tak boleh ke? Rimas lah dengan kau ni". Nash bangun dari duduknya. Boleh gila rasanya kalau dilayan perasaan sedih Khar yang tidak tentu hala itu. Dia berjalan keluar daripada bilik mereka.

Sedang kaki ingin melangkah turun tangga, dia terserempak dengan daddynya. Muka dimaniskan, pantas dia melangkah mendekati lelaki itu. Tangan Rayyan disalam hormat.

"Awal daddy balik kerja?". Beg kerja daddynya diambil dan dibawa mengikut langkah Rayyan ke bilik utama. Bilik daddy dan mummy

"Kerja habis awal, daddy baliklah awal, lagipun daddy nak bawak awak bertiga keluar makan, mummy balik lambat harini". Pintu bilik dibuka, dia memberi Nash jalan masuk dahulu ke dalam biliknya sebelum dia juga sama masuk ke dalam

"Ala, baru nak suruh mummy buatkan kek batik". Muncung didepakan, memikirkan mummnya akan pulang lewat harini cukup meruntuhkan harinya yang baik. Sudahlah kembarnya itu seperti mayat hidup sahaja, ditambah dengan berita buruk ini.

Sangat malang harinya.

"Amboi panjangnya muncung awak, kenapa dah tak suka keluar dengan daddy ke?". Kemeja dibuka, lalu dicampak ke dalam bakul baju kotor. Towel diambil, dan dia berjalan menuju ke bilik mandi. Namun dia singgah dulu duduk di sebelah anaknya.

"Eh taklah, suka je keluar dengan daddy, tapi teringin je nak makan masakan mummy, dah lama mummy tak masak, sebab mummy sibuk". Sudah seminggu Darin sibuk dengan kerja. Seminggu juga mereka berulang alik ke rumah Tok Pa dan Tok Ma mereka.

Kalau tidak makan diluar, mereka akan makan di rumah Tan Sri Alfi dan Puan Sri Aisyah. Memanglah seronok, tapi rindu, iya perasaan rindu walaupun mummynya ada sahaja berdekatan dengan mereka. Perasaan rindu itu tidak dapat ditolak.

"Daddy minta maaf sebab mummy tak dapat luangkan banyak masa dengan awak semua, mummy awak dia busy sikit, nanti dah ada masa, daddy bawa kita semua pergi bercuti macam tahun lepas okay?". Kepala Nash diusap perlahan. Kesian sudah semestinya dia kesian.

Walaupun Khar, Nash dan Naira sudah pandai membawa diri sendiri. Tentu sahaja mereka ingin bermanja dengan mummy mereka. Tapi apa daya, dia faham dengan situasi isterinya yang sedang tertekan dengan tugasan yang diberikan memandangkan isterinya itu memutuskan untuk sambung belajar. Darin juga ada sahaja telefon untuk bertanya tentang anak-anak mereka. Jadi dia tidak mahu membebankan isterinya lagi.

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now