74

10.1K 437 18
                                    

"Bertuah punya budak!". Kepala Aryan diketuk kuat oleh Rayyan. Hatinya risau bagai nak gila apabila isterinya kata twinsnya hilang

Rupanya-rupanya diculik adik sendiri. Geram sampai terasa ingin membunuh pula adiknya itu lagi-lagi Aryan mempamirkan riak wajah tidak bersalah. Lagi niat ingin membunuh itu dikuatkan.

"Ala abang. Kau gelabah sangat kenapa? Anak kau bosan aku bawak jalan-jalan itu pun salah". Rungut Aryan. Bawak salah. Tak bawak salah. Semua salah

Kita merajuk!

"Pandai pulak Khar dengan Nash cakap dia bosan".

"Tu lah kau. Kerja je kau tahu. Anak cakap guna hati pun kau tak dengar. Kesian". Kutuk Aryan selamba.

Yang lain hanya menggeleng kepala sahaja melihat perangai dua beradik itu. Seorang tidak suka bergurau seorang lagi makin galak pula mengusik... Haih apa nak jadilah... Macam harimau dengan singa

"Saya dah kata kan. Bagitahu Rayyan dulu. Kenapa awak tak beritahu?". Malika bertanya lembut. Dia terasa bersalah pula melihat air mata si ibu itu keluar. Takut anak-anaknya hilang

"Lupa". Mudah dan selamat. Itu jawapan yang dipilih Aryan

"Jangan dekat anak aku lagi". Kharlish diambil dari pangkuan Aryan. Rosak anak-anaknya jika dibiarkan dengan lelaki itu

Aryan hanya mencebik. Mata memandang isterinya. Defend sangat dia punya ex-crush tu. Huh! Menyampah!

"Dah la aku balik dululah". Aryan bangun dari duduknya. Dia melangkah keluar dari rumah keluarga itu. Makin lama disitu makin sakit hati pula memikirkan isterinya pernah ada hati dengan abangnya sendiri

"Aryan makan la sini. Ibu buatkan makanan kegemaran kamu tau". Puan Sri Aisyah sengaja mengajak anaknya makan disitu walaupun niat hanya ingin mengusik. Bukan dia tidak tahu Aryan sedang jealous dengan Rayyan

Aryan... Aryan itu pun nak dicemburukan

"Tak nak la ibu. Nak makan luar. Nak makan sushi!". Bahasa isyarat Aliennya sudah keluar

"Aik sushi kan mentah. Bukan kamu tak suka ke benda macam tu". Mood mengusik on!!

"Aryan mengidam"

"Aik cepat betul kamu buat kerja. Baru dua minggu kahwin".

"Kenapa ibu tak suka ke anak dari Aryan?"

"Ish terbuka luas pintu rumah tu untuk sambut cucu ibu dari kamu". Jujur Puan Sri Aisyah berkata. Siapa je tak suka ada cucu ramai. Meriahlah hidupnya dan suami

"Dah la Aryan chau dulu". Dia tahu dia takkan menang

Tan Sri Alfi hanya menggeleng. Isterinya nuklear dan anak-anaknya adalah tempat sasaran. Bila bergabung meletup dunia. Haih. Ini lah yang buat dia makin sayang. Nuklear ini... Manis. Sangat...

"Patut ke aku cakap tahniah dekat kau?". Rayyan bertanya. Dia bukan faham sangat bahasa Alien si Aryan

"Lantak kau la abang nak cakap ke tak" Aryan terus berlalu keluar dari rumah itu. Geram dengan semua orang. Malika pantas mengejar langkah suaminya selepas menyalami ibu dan bapa mertuanya. Pada Darin hanya senyum dan menunduk kepala sedikit

Maksud Aryan Sushi itu sebenarnya ada benda yang dia tidak suka sedang berlaku. Pelikkan Aryan. Perangai, bahasa, kelakuan semua serupa Alien. Memang tidak boleh dibezakan dengan Aryan !

"Kau bawak kereta aku malas nak bawak". Kunci kereta dicampak kepada isterinya. Kelam-kabut si isteri menangkap

"Hisy bagi elok-elok tak boleh ke!". Rungut Malika. Nada masih ditahan supaya tidak tertinggi. Nasib suami!

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now