63

10.8K 462 14
                                    

"Suami puan koma..."

"Tikaman di dada encik Rayyan terlalu dalam dan hampir mengenai jantung, pukulan dikepala encik Rayyan juga penyebab utama encik Rayyan koma, dan kami juga temui beberapa kesan lebam dibahagian badan encik Rayyan". Sambung doktor yang merawat Rayyan

Darin terduduk di kerusi yang ada

Ya Allah suami aku....

Air matanya mengalir

Puan sri Aisyah serta suaminya juga terkejut dengan kejadian yang baru sahaja mereka terima

Aryan pula menumbuk dinding hospital itu

Perasaan geram, marah, kasihan semua bercampur

"Anak dengan menantu saya doktor?".

"Encik Syafiq dengan puan Hannah ke?"

Puan sri Aisyah mengangguk

"Puan Hannah dalam keadaan kritikal kepala puan Hannah dipukul beberapa kali dengan benda keras dan tajam akibatkan darah beku, tapi kami sudah selesai pembedahan sekarang puan Hannah ok dan encik Syafiq pula hanya  pengsan akibat hentakan kuat di kepalanya dan masih dalam rawatan"

"Ya Allah pa, Syafiq, Hannah pa, Rayyan pa". Puan sri Aisyah juga terduduk disebelah menantunya

Anak-anak aku Ya Allah...

"Sabar ma". Tan sri Alfi cuba menenagkan isterinya

Hatinya juga parah risaukan anak-anak dan menantunya

Tapi dia perlu bersifat tenang sebagai ketua keluarga, baru keadaan terkawal

"Saya harap keluarga puan dan tuan bertabah, kalau tiada apa-apa persoalan lagi, saya pergi dulu"

Doktor itu mengundur diri, keadaan yang biasa dia lihat

"Terima kasih doktor".

Setelah doktor berlalu pergi, keluar lah Rayyan dari bilik pembedahan, katilnya disorong oleh 3 orang nurse

"Abang..". Darin ikut pergerakan katil itu

Tangan kaku itu dipengang erat

5 minit kemudian, katil Hannah dan Syafiq pula disorong keluar

Puan sri Aisyah dan Tan sri Alfi mengikut katil kedua-dua anak dan menantunya sehingga sampai di bilik wad yang sepatutnya

Darin dibiarkan bersama Rayyan, ingin beri masa kepada menantunya itu

Aryan hanya mampu memandang, kakinya terasa lemah untuk mengikut sama katil-katil itu, matanya juga ditutup tidak sanggup melihat keadaan abang-abangnya yang kaku ditolak di atas katil beroda itu

Dalam hatinya menyumpah seranah musuh mereka yang serang hendap

Tak guna!!

Tangannya lagi sekali menumbuk dinding hospital, sakit akibat tumbukan itu tidak sesakit hatinya sekarang

Akhirnya air matanya jatuh juga, tidak pernah dia lihat abang-abangnya selemah itu

Perlahan-lahan kakinya dibawa melangkah pergi ke bilik wad yang di diami Rayyan

Pintu dibuka, suara tangisan kakak iparnya memenuhi ruangan itu

Hatinya tersentuh

Dia hanya melihat dari jauh, taknak menganggu Darin, abangnya yang sudah berselirat dengan wayar ditubuh dipandang sayu

Maafkan aku abang... Aku lambat...

Air matanya diseka, pintu bilik ditutup, langkahnya pergi ke bilik Hannah dan Syafiq

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now