75

9.9K 446 35
                                    

"Penipu!". Bantal diruang tamu itu dicampak satu persatu kepada Davian. Baguslah tu kahwin dengan mafia. Kawan pun dengan mafia!

Yang paling best. Dua-dua menipu! Ya Allah kau sabar kan lah hati kecil aku ni!

"Sabar Darin! Dengar lah dulu apa aku nak cakap!". Ujar Davian tangannya sibuk menepis bantal yang datang kepadanya. Seperti peluru pula! Peluru lembut....

"Tak! Aku tak boleh sabar! Kenapa kena menipu! Kau tahukan aku siapa!". Hambur Darin. Apa susah sangat ke nak jujur sekarang ni!

"Kau jugak  yang kata. Kalau nak kawan dengan kau kena budak-budak baik-baik". Ujar Davian

"Iya ke?". Sejak bila pula aku buat syarat macam tu? Setahu aku takda... Pandangan sangsi diberikan. Dia modal nak tipu aku ke apa ni?

"Iyalah masa tu kau kan budak hot sekolah". Muka dia buatkan bosan. Memang Darin budak hot sekolah pun. Siapa sahaja tak kenal. Budak perempuan gangster ini. Lagi-lagi anak uncle Borhan. Haih tiada siapa berani kacau Darin dan Waisa

"Mana ada..". Muka tahan senyum.

"Eleh. Kau dah bantai mamat gangster dekat sekolah tu. Astu kau acah-acah ayu kan!". Tuduh Davian. Mamat paling gangster pun tunduk dengan dua manusia ni. Apatah lagi aku yang lemah lagi hina ni. Haih malu jika nak kenangkan kembali

"Alah mamat tu acah gangster je. Menyampah aku".

"Kau tak marah aku dah kan?". Dia duduk disebelah Darin

"Nasib baik kau ada point. Kalau tak dah lama aku bantai kau". Pandangan acah-acah gangster diberikan kepada Davian. Sampai hati ke aku nak bantai kawan aku seorang ni?

"Hehe sayang kau!". Sengihan diberikan. Nak peluk takut pada si suami mafia gelap tu pula. Haih keluarga ni memang menakutkan. Sungguh! Aku tak tipu!

Rayyan pula hanya memerhatikan sahaja dari tangga. Malas mahu masuk campur urusan isterinya. Biarlah janji mereka masih menjaga batas dan Darin tahu batas yang perlu dijaga. Selagi itu dia ok.

Kaki dibawa naik ke atas kembali. Niat hendak masuk ke biliknya namun kaki laju sahaja melangkah ke bilik twinsnya. Memang ada satu bilik khas untuk twins yang dibuat Rayyan. Bilik yang luas sesuai untuk twins bergerak ke sana-sini. Nak bersepah macam mana sekalipun dia tidak kisah

Setiap malam dia dan Darin akan bergilir-gilir tidur dengan twins. Ataupun dua-dua tidur dibilik twins. Dan kadang-kadang twins dibawa ke bilik mereka tidur bersama.

"Anak daddy". Twins sedang merangkak. Aktif betul budak-budak ni! Rayyan tidak risau kerana bilik itu memang dihias tanpa katil dan diubah suai sesuai dengan twins

Karpet yang digunakan untuk seluruh ruang itu jenis lembut. Jadi mereka tidak risau jika twins bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain. Takkan jatuh!

"Anak daddy aktif sangat ni kenapa!". Pipi Nash digomol berulang kali. Budak itu hanya tersengih sahaja. Suka betul dia digomol daddynya

Karl yang agak jauh dari mereka pantas merangkak ke arah daddynya lalu dia naik di atas riba Rayyan. Dia perlukan perhatian juga!

Rayyan pula sibuk dengan Nash. Karl diribanya dibiarkan sebentar. Karl sudah tercebik-cebik wajahnya. Menunggu masa untuk melepaskan sahaja

"Da.. da..". Penuh payah dia menyebut untuk mendapat perhatian Rayyan. Rayyan terus memandang anaknya

"Cakap lagi sekali sayang". Pintanya. Dia tak salah dengarkan? Nash sudah diletakkan di bawah

"Da.. da". Pelat

Rayyan tersenyum lebar. Anaknya memanggilnya! Terasa bahagia! Tersangat bahagia sebenarnya! Patutlah orang inginkan anak, begini rasanya bila anak memanggil mereka

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now