81

8.8K 449 54
                                    

"Memang betul. Hairah mengandung bukan anak kau, apa kau nak buat sekarang?". Syafiq mencampakkan envelop berwarna coklat itu ke atas meja kecil di ruang tamu rumah miliknya

Rayyan yang sedang bersandar di sofa dipandang. Kusut betul wajah kacak itu. Kumis sudah tumbuh meliar diwajah Rayyan. Mungkin tiada masa ingin menguruskan

"Aku rasa Darin jadi macam tu sebab perempuan tu. Sejak dia masuk rumah aku, Darin berubah".

"Kenapa dengan Darin?". Hannah menyampuk dengan membawa dulang air. Dulang diletakkan diatas meja kecil itu. Selesai menunang air dia duduk disebelah suaminya

"Dia meracau"

"Maracau? Berapa lama dah?". Pelik

"Seminggu"

"Lama, awak tak bawak dia pergi klinik?".

"Pergi klinik". Rayyan tergelak sedikit. "Nak dekat pun dia benci, siap halau lagi".

"Teruk ke?". Syafiq pula menyampuk.

"Dia sampai nak lari rumah".

"Macam tu sekali"

"Cuba awak bawak dia pergi jumpa ustaz. Mana tahu ada benda melekat ke? Ikut dia balik ke?". Hannah memberi cadangan namun kedua-dua lelaki itu hanya terpingga-pingga sahaja. Begitu teruk sekali kah sampai nak bawak jumpa ustaz bagai?

"Kita mencuba, benda-benda macam ni kita tak tahukan?". Penerangan diberikan apabila melihat wajah terpingga-pingga suaminya dan Rayyan. Barulah kedua-duanya mengangguk kepala tanda faham

"Kau tolong bawakkan ustaz datang rumah aku boleh? Aku tunggu dekat rumah terus? Tapi mana pula nak cari?".

"Ayah saya boleh datang. Umi saya pun ubatkan orang, kalau awak nak saya boleh minta tolong diorang?". Baru Hannah teringat ayah dan uminya seorang pengubat Islamik. Mungkin boleh membantu?

"Okay, aku balik dulu. Terima kasih Hannah". Selesai bersalaman dengan Syafiq, Rayyan terus sahaja keluar. Dia tidak percaya sangat pada Hairah. Lagi-lagi Darin dengan keadaan begitu dirumah

Syafiq dan Hannah hanya memandang langkah Rayyan sebelum lelaki itu hilang dibalik pintu utama rumah mereka. Mereka memandang satu sama lain

"Husband, tak rasa something tadi?"

"Something apa?"

"Masa kawan husband masuk rumah ni, tak rasa apa-apa?". Lagi sekali dia bertanya. Namun wajah bingung suaminya pula diterima. Berkerut dahi Syafiq cuba memikirkan 'something' isterinya

"Rasa angin?"

"Tak apa lah husband, wife give up". Wajah suaminya ditepuk perlahan sebelum mengatur langkah masuk kedalam bilik tidur. Sakit pinggang, sakit hati semua ada

"Wife katalah apa dia?". Dia juga mengikut langkah isterinya

"Taknak!"

"Wife!"

"Ish husband, jangan jerit-jerit terkejut baby wife tau". Amaran diberikan. Perutnya yang sudah nampak timbul itu diusap perlahan. Sian baby mama ye, tutup la telingga awak ye sayang.

"Eleh, dia jerit tadi boleh pulak. Dan untuk pengetahuan wife baby tu baby husband jugak". Dia mula sudah. Tuntut baby dia

"Yelah husband. Baby husband". Taknak gaduh. Penat lawan mulut dengan Syafiq. Dia je nak menang

Syafiq tersenyum bangga. Tubuhnya dibaringkan di paras perut Hannah. Meletakkan tangannya di atas permukaan timbul itu. Diusap penuh kasih sayang. Matanya memandang penuh minat timbulan itu. Kesayangannya yang akan melihat dunia dalam masa beberapa bulan lagi. Tak sabar!

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now