84

10.9K 500 107
                                    

"Kakak ipar...."

"Hmmm".

"Boleh kakak ipar beri abang Rayyan peluang. He really need you". Aryan duduk di sebelah Darin yang sedang tersandar lemah di penjuru katil. Kesian, sedih, kecewa mungkin sedang bersatu sekarang dalam hati gadis itu

"Rayyan dengan Darin dah tiada apa hubungan Aryan. Rayyan dah lafazkan cerai dah pun". Darin memandang ke arah bekas adik iparnya itu. Senyuman paksa cuba diberikan namun gagal, hatinya terlampau sakit.

Maaf hati, kau terpaksa lalui benda macam ni....

"Then kita rujuk. Please, Rayyan takkan bahagia dengan Hairah, she is a monster kakak ipar!". Berharap. Wajahnya yang menunjukkan muka berharap itu dipamerkan pada si kakak ipar. Mana tahu Darin ingin kan ikut cadangannya

"Betul tu Alldys.....". Davian pula masuk dalam perbualan, punggung dilabuhkan di kerusi tidak jauh dari sofa Aryan dan Darin duduki. "Aku baru dapat tahu, Rayyan sakit".

Tegak terus badan mereka berdua, mata kedua-duanya memandang tepat ke arah Davian. Rayyan sakit? Bukan kah semalam mereka baru sahaja berjumpa dan lelaki itu sihat tiada sakit?

"Dia sakit apa?". Aryan bertanya

"Tak tahu, yang pasti dia memang sakit". Tiba-tiba sahaja Darin bangun dari duduknya. Aryan dipandang

"Aryan, kita pergi rumah Rayyan sekarang, boleh?".

"Boleh".

"Darin siap sekejab". Pantas kaki dibawa ke tingkat atas. Ingin menukar pakaian. Aryan dan Davian memandang sahaja tubuh itu sehingga hilang dibalik tangga.

Sebaik sahaja hilang, Davian melepaskan keluhan lega. Jantungnya dipegang.  Berdegup kencang tidak seperti biasa. Bukan berdegup kerana jatuh cinta, tapi kerana menipu. Dalam sejarah Davian menipu, tapi jantung berdegup terlebih kencang begini

"Over je". Aryan komen. Macam tak pernah menipu mamat ni. Haih....

"Darin terlalu menakutkan untuk ditipu".

"Ahhh! Tak kisahlah, asalkan kita dah....". Aryan memandang ke arah Davian. Sebelum kedua-duanya menjerit. "Berjaya!". 

"Kenapa suka sangat ni?". Malika pula turun dari tingkat atas. Suaminya dan Davian dipandang silih berganti sebelum punggung dilabuhkan di sisi Aryan. Bahagia betul dua-dua. Menang duit berjuta ke happy sangat ni?

"Sayang, sayang, Aryan dah buat benda yang berfaedah". Lengan isterinya dipeluk erat, mata kini sepenuhnya tertumpu pada Malika. Wajah bangganya ditunjukkan kepada Malika.

Orang dah buat benda betul. Bahagia dia lain macam sikit. Terasa nak ceritakan dekat dunia. Dan dunia dia Malika la....

Sweet tak?

"Iya ke? Apa yang berfaedah sangat awak buat? Hmm?".  Selalunya fikiran Aryan, tak bernas sangat idea dia, bukan nak mengata suami sendiri tapi kenyataan...

Nak buat macam mana....

"Aryan akan pastikan Rayyan dan kakak ipar bersatu balik!". Bersemangat! "Baguskan rancangan Aryan". Nak pujian...

"Iya bagus".

Aryan masih setia memandang ke arah Malika. Wajahnya menunggu lagi kata-kata pujian dari isterinya itu. Takkan itu je? Mana cukup setakat tu!

"Sayang.... Sayang taknak puji Aryan lagi ke?".

"Bagusnya rancangan suami saya ni. Buat elok-elok ye". Kepala suaminya diusap perlahan beberapa kali sebelum telefonnya berbunyi. Henfon didalam poket seluar diambil dan diangkat

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now