SPECIAL PART- TAKKAN PUTUS

6.6K 355 62
                                    

"Weh tolong..."

"Kau boleh tak suruh orang lain, aku penatlah dengan kau". Nash tersentak, bibir digigit sedikit. Terasa sumpah dia terasa. Belum lagi dia bicara, sudah orang berkata penat dengan dirinya.

"Takpalah, sorry ganggu". Nash berlalu pergi daripada Karl. Sakit hatinya dicampak jauh. Biarlah mungkin betul Karl penat dengannya. Tak apa dia boleh buat sendiri.

Karl pula memandang sekilas sahaja adiknya. Game yang masih terpasang di TV disambung. Bukannya penat mana pun dengan Nash. Cuba stress dengan permainan di depan mata

Nash pula datang masa ini. Dia tak boleh kawal.

"Nash, mummy minta tolong boleh?". Langkah Nash terhenti, senyuman manis dipaparkan. Kepala dianggukkan kepada Darin. Bersetuju dengan permintaan wanita itu.

"Tolong mummy angkat baju. Nak hujan dah dekat luar tu, mummy ada kerja sikit, boleh?". Nash berlalu pergi tanpa jawapan. Boleh ke dia berkata tidak? Dia juga ada kerja, kenapa semua kerja dia boleh buat sendiri?

Tapi takpalah, mungkin mummy betul-betul busy dengan kerja. Fikiran cuba dipositifkan sedaya-upaya.  Tidak apa dia masih mampu.

Perlahan tangannya mencapai satu persatu baju di ampaian. Diletakkan di dalam bakul yang ada. Selesai dengan baju, dia berlalu masuk ke dalam. Baru sahaja kaki ingin melangkah mendaki tangga, namanya dipanggil lagi sekali.

Ah! Apa lagi ni! Dia sudah penat!

"Apa!?". Kasar.

"Kau ni tak boleh cakap elok sikit dengan aku ke!? Aku abang kau tau". Karl tidak puas hati. Dia tengah stress, ditengking pula adiknya. Memang bertambah lah stressnya.

Nash tak boleh cakap elok-elok ke dengan dia?

"Iyalah, kau nak apa?". Nash mengendurkan suara. Dia kalah. Bukan kerana lemah, tapi kerana pangkat dan malas mahu bergaduh. Dia mengalah.

"Ambilkan aku air"

Nash mengeluh perlahan. Dia pergi ke dapur tanpa jawapan. Gelas diambil air dituangkan ke dalam gelas. Penuh sahaja air di dalam gelas, Nash bawa ke ruang tamu. Diletakkan di depan Karl.

Tanpa berkata apa-apa dia berlalu pergi. Mendaki tangga menuju ke biliknya. Sampai di depan biliknya, suara Naira pula kedengaran.

"Abang Nash, nak minta tolong boleh?". Nash memandang.

"Tolong apa?".

"Ajarkan ni, Naira tak faham lah". Buku sekolahnya ditunjukkan di hadapan Nash. Sudah banyak contengan disitu. Jelaslah menunjukkan adiknya itu tidak tahu langsung.

"Senang je ni, Naira kena darab dulu baru tambah, macam ni". Mereka bersimpuh di atas lantai depan bilik Nash. Puas Nash ajar, 20 minit baru si gadis itu faham. Tersenyum suka dia apabila dapat jawapan dan tahu cara kira.

"Thanks abang Nash! Naira sayang abang Nash!". Nash tersenyum. Suka dia dengar perkataan terima kasih itu. Kan bagus kalau Karl juga sama selalu berterima kasih dengannya setelah dia membantu lelaki itu.

"Sama-sama". Kepala Naira diusap perlahan sebelum dia masuk ke dalam biliknya. Keluhan penat dilepaskan. Hatinya pedih seketika. Mata yang sudah terasa panas digosok perlahan.

Air matanya jatuh setitik. Kenapa tiada yang hargai dia macam mana Naira hargainya?

Projek miliknya di depan mata dilihat sedih. Dia perlukan orang untuk membantu. Dia tidak boleh buat seorang diri. Nak minta tolong Naira, gadis itu tidak tahu, nak minta tolong Karl? Awal-awal dia sudah dikata menyusahkan. Mummy? Hmm lagilah sibuk. Habistu siapa?

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now