86

10.5K 469 101
                                    

"Untuk projek tembual tu. Aku dah pilih dah siapa kita akan temubual. Tapi disebabkan dia VIP kita kena buat temujanji dulu. Minta kebenaran sebelum boleh temubual dia untuk projek kita". Lalila berkata sebagai ketua kumpulan.

Darin, Sara dan si kembar Faizal dan Faris  mengangguk bersetuju. Untuk kerja projek final exam semester ini, dia, Sara, Lalila, Faizal dan Faris satu kumpulan untuk selesaikan projek final exam mereka. Dayah berada dikumpulan lain. Kumpulan yang sama dengan senior Aiman.

Punyalah merungut si Dayah apa bila pensyarah memberikan kumpulan. Ada sahaja dia bantah apa yang dikatakan senior Aiman. Memang tak sehaluan langsung dua orang manusia itu. Jika dihadapan mereka ada jalan mungkin seorang kiri seorang kanan

"Tapi siapa kita nak temubual ni?". Faizal bertanya. Semua memberi tumpuan kepada Lalila. Siapalah agaknya yang akan menjadi mangsa mereka kali ini? Darin juga memberikan tumpuan. Pen sudah tersedia ditangan. Dia memang si tukang catit. Perancangan mereka semua dia yang tulis setiap kali perjumpaan

"Tuan Rayyan Aiden...". Terlepas pen ditangan Darin mendengar suaminya. Semua memandang ke arah nya.

"Kenapa Darin?"

"Tak... Tak ada apa. Terkejut dengar nama orang yang kita nak temubual tu. Sorry". Pantas pen dikutip kembali. Nama suaminya dicoretkan di dalam buku. Dalam hati sudah gelabah. Macam mana kalau diorang tahu Tuan Rayyan Aiden ni suami dia?

Tak ke tiba-tiba populer dia nanti?

"Aku dah telefon PA Tuan Rayyan, dia kata nanti kalau Tuan Rayyan setuju. Dia akan call aku beritahu. Tapi aku harap Tuan Rayyan setuju lah. Dah lama aku nak jumpa dia....". Darin memandang Lalila. Nampak muka berharap disitu. Kesian pula Darin lihat.

Patut ke dia pujuk suaminya supaya setuju? Lagipun ini untuk projek final exam dia jugak kan? Tak salah rasanya

"Apa kata kita pergi je syarikat Tuan Rayyan tu. Jumpa PA Tuan Rayyan terus". Darin memberi cadangan. Lagi senang daripada tunggu sahaja. Bukan dia tak kenal suaminya itu. Dia takkan setuju punya.

Rayyan Aiden kan?

"Betul tu. Tak ada lah kita tunggu je. Kitakan ada deadline. Kalau Tuan Rayyan tak setuju bolehlah kita cari yang lain. Tak terganggu sangat dengan tugasan yang lain". Faris menyokong. Yang lain mengangguk. Mereka bukan ada tugasan ini sahaja. Banyak lagi tugasan yang mereka perlu lakukan untuk markah yang bagus

"Ok. Lepas perjumpaan ni aku pergi. Tapi aku nak seorang teman aku". Lalila bersetuju. Betul juga apa yang dikatakan Faris

Tak boleh berharap sangat pada benda yang tidak pasti kan?

"Aku teman kau". Dengan rela hati Darin berkata. Lalila menganggukkan kepala. Mereka meneruskan perbincangan. Hampir 2 jam baru mereka selesai.

"Nanti apa-apa aku update dekat dalam group ok".

"Okay, selamat berjaya!". Sara memberi semangat kepada Darin dan Lalila. Sebelum berpisah sempat mereka bertiga melambai ke arah Darin dan Lalila.

"Aku tumpang kau boleh. Pagi tadi ada orang hantar aku".

"Boleh, jom". Sampai sahaja di kereta. Mereka bergerak syarikat Rayyan. Meminta kepastian.

Sampai di sana. Mereka berdua bergerak ke tingkat atas selepas bertanya pada pekerja yang ada. Namun Darin sedaya-upaya mencuba menyembunyikam wajahnya. Taknak ada sesiapa mengenalinya

Yelah dulukan dia terkenal dengan gelaran 'perempuan jalang' yang ada hubungan dengan Tuan Rayyan. Buat hal lagi...

Sampai ditingkat yang sepatutnya. Mereka bergerak ke meja PA. Tok... Tok... Meja diketuk Lalila apabila gadis didepan matanya tidak memberikan perhatian kepadanya.

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now