83

9.4K 434 128
                                    

Maaf siang tadi tertekan publish tanpa sengaja. Maaf sangat-sangat kalau keliru. Jadi ini yang sebenar-benarnya Dan maaf kalau bab ini hambar

So enjoy guys!!!

-syai-





























3 bulan kemudian....

"Mana isteri aku!". Kolar baju kemeja adiknya ditarik. Namun hanya senyuman sinis sahaja yang Rayyan terima daripada Aryan.

"Disebabkan permintaan dia la aku datang tunjuk muka aku dekat sini, kalau tak, muka kau pun aku taknak pandang la abang". Tangan Rayyan ditolak kasar menjauhi abangnya itu daripada dirinya.

"Kau...!"

"Kau tak layak la abang!".

"Kau siapa nak tentukan aku layak ke tak! Hah!". Wajah Aryan ditumbuk sehingga terjatuh adiknya itu. Kolar adiknya dicengkam kembali

"Aku tanya kau lagi sekali kau. Mana. Isteri. Aku.". Aryan ketawa. Darah yang mengalir di tepi bibir dilap dengan tangannya.

"Kalau kau bunuh aku sekali pun. Kau takkan dapat Darin. Jadi silakan. Aku tak kisah, tapi jangan salahkan aku kalau kau tak dapat jumpa isteri kesayangan kau tu lagi".

Nafas Rayyan sudah tidak teratur menahan amarah yang semakin memuncak. Ikutkan hatinya ingin sahaja dia bunuh adiknya sekarang. Namun amaran tadi buatkan dia teragak-agak. Takkan dia nak kehilangan Darin pula

"Pukullah! Kenapa kau dah tak berani ke!? Huh! Pengecut!". Tubuh Rayyan ditolak kasar dari menindih badanya. Dia bangun. Kolar baju dibetulkan. Mata beradu dengan mata tajam si abang. Nampak betul wajah itu menahan marah

"Mana dia"

"Aku datang sini nak minta tandatangan kau untuk surat cerai kau dengan Darin. Dan ini permintaan dari Darin sendiri". Sampul envelop yang sudah tercampak tadi dikutip lalu dicampak kembali kepada Rayyan.

Terus Rayyan mencapai dan membuka envelop itu. Surat yang berada di dalam envelop dibaca satu persatu dengan teliti. Yang pasti semuanya sudah ada tandatangan isterinya. Tidak tertinggal satu pun. Dia terdiam. Otaknya cuba mentafsir apa yang sedang berlaku sekarang

Mengapa jadi begini? Cerai? Tidak pernah terlintas sedikit pun dalam fikirannya dia akan bercerai dengan Darin

"Aku nak jumpa dia"

"Aku tak pasti dia nak jumpa kau atau tak"

"Aku nak jumpa dia! Aku tak kisah dia nak atau tak!". Rayyan menengking adiknya. Matanya tajam memandang Aryan. Dia tahu Darin mesti tersalah, ini semua palsu!

"Sekejab aku cakap dengan dia". Telefon dikeluarkan. Nombor telefon Darin ditekan. Tiga deringan panggilan dijawab

"Hello". Telefonnya dirampas Rayyan.

"Apa semua ni! Kau kata kau rela aku kahwin dengan Hairah. Sekarang timbul isu cerai ni kenapa!".

Darin menggigit bibir. Dia tidak tahu ingin menjawab apa. Air matanya mula bergenang.

"Abang...."

"Jawablah!"

"Memang! Memang saya rela awak kahwin dengan dia, sebab saya tahu dia boleh jaga awak. Saya tak sebaik dia Rayyan. Saya tak boleh jaga awak. Saya tak boleh buat awak bahagia. Awak faham tak!? Saya tak boleh Rayyan. Saya tak boleh....". Air matanya jatuh.  Teresak-esak dia menangis.

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now