82

9.5K 456 132
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Hairah binti Karim dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai".

"Sah!"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdullilah....". Semua disitu mengucapkan syukur apabila selesai Rayyan melafazkan akad kepada Hairah. Majlis kecil sahaja diadakan sesuai permintaan Rayyan

"Rayyan, pergilah sarung cincin dekat Hairah". Bisik Tan sri Alfi ditelingga Rayyan apabila melihat anak lelakinya itu hanya duduk di tempat dia melafazkan akad tadi

"Huh?".

"Sarung cincin"

"Ouh". Rayyan bangun dari duduknya mendekati pengantin perempuan. Cincin di dalam kotak baldu diambil dan disarungkan ke jari manis Hairah. Namun matanya jatuh pada si isteri lagi satu

Darin seperti tidak faham apa yang berlaku, tiada setitik pun air matanya jatuh, dia hanya tersandar lemah dibahu Malika dan Hannah yang sedang mengusap belakang badannya

"Abang Rayyan...". Hairah memanggil Rayyan agak manja apabila tahu kemana arah mata suami barunya itu

"Cium lah dahi isteri kamu ni". Puan sri Aisyah menegur kasar. Sejujurnya dia sendiri tidak tahu apa yang cuba Rayyan lakukan, tiba-tiba sahaja anak lelakinya itu ingin cepatkan perkhawinan

Terburu-buru!

Rayyan yang mendengar suara kasar itu mengeluh perlahan. Perlahan dia melabuhkan ciuman di dahi Hairah, tidak lama cukup sekadar syarat sahaja.

"Ibu, Aryan balik dulu". Dia sakit hati melihat perkhwinan yang sedang berlangsung di depan matanya. Tidak fikirkah Rayyan dengan perasaan Darin, kakak iparnya? Lagi-lagi sekarang Darin memang memerlukan Rayyan disisi

"Pergilah". Puan sri Aisyah memberikan kebenaran. Dia juga ingin beransur pulang sebentar lagi. Baik dia menjaga cucu daripada melihat persatuan yang tidak menyenangkan hatinya ini

"Jom Malika". Darin yang sedang tersandar lemah dicapai lengan kakak iparnya itu. Ditarik bangun dari duduk. Kalau abangnya tidak mahu menjaga Darin biar dia jaga. Dia rela

Darin pula tidak mampu melawan sudah, akhirnya di terlentok lemah didada Aryan, sumpah kakinya lemah, tubuhnya terasa lemau. Dia tak larat.

"Berhenti!". Keras suara itu kedengaran. Rayyan bangun dari duduknya mendekati Darin dan Aryan. Takkan dia mahu lepaskan isterinya bersama adiknya

Aryan tiada hak! Langsung!

Aryan memandang tepat ke arah mata abangnya. Tidak gentar walau sikitpun. Siapa yang patut takut? Aku atau Rayyan?

"Kau takda hak bawa Darin keluar dari rumah ni tanpa kebenaran aku". Masih lagi keras nada suaranya

"Dan kau takda hak nak buat kakak ipar aku menderita tengok kau bergelak ketawa dengan perempuan tu nanti". Aryan membalas dingin

Rayyan terdiam.

"Suami jenis apa kau ni ha abang? Orang lain pertahanan kan perkhawinan diorang tapi kau? Menghacurkan lagi, kau bukan tak tahu siapa bapak budak dalam perut betina tu, yang kau tiba-tiba baik hati sangat kenapa? Tiba-tiba simpati? Huh?". Sudah diberi bukti. Masih lagi ingin bertanggungjawab?

"Aku ada..." Belum habis ayatnya. Aryan menyampuk

"Ada apa? Kau nak bersuka ria dengan betina tu dipersilakan, aku tak kisah, tapi kau jangan harap aku nak biarkan kakak ipar aku tengok benda yang menyakitkan hati dia"

"Yang kau kisah sangat pasal isteri aku apahal!". Rayyan menengking. Panas pula hatinya melihat prihatinnya Aryan kepada isterinya

Diorang buat hubungan haram belakang aku ke apa!?

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now