87

10.4K 503 68
                                    

"Awalnya abang balik". Darin berkata dari arah dapur apabila mendengar pintu rumah dibuka, tangan dilap dengan kain sebelum berlalu ke ruang tamu. Mendapatkan suaminya

Namun langkah Darin terhenti dari mendekati suaminya. Melihat tetamu didepan mata membuatkan dia tidak berkata. Hanya mata memainkan peranan memandang atas dan bawah tetamu dihadapan. Bagaimana dia harus memberikan reaksi terhadap tetamu dihadapan matanya ini?

"Sayang, tetamu kita. Diorang tidur rumah kita sementara waktu. Boleh kan?". Rayyan yang melihat isterinya tidak bergerak akhirnya dia yang mendapatkan isterinya. Tubuh itu dipeluk dan diusap perlahan belakang badan Darin.

Siapa sahaja tidak terkejut melihat kawan baik yang sudah tiada berada didepan mata? Dan tidak seperti biasa Darin tidak membalas pelukan suaminya. Dia masih tidak tahu bagaimana harus memberikan tindak balas dengan tetamunya.

Akhirnya tubuh Rayyan ditolak perlahan sebelum melangkah ke tingkat atas tanpa memandang ke arah belakang. Dia perlukan masa.

"Isteri kau tak suka kedatangan kitaorang. Aku keluar dulu". Gabril ingin melangkah keluar namun terasa ada tangan memegang lengannya. Isterinya dipandang.

"Kalau kau nak aku terima kau kita bermalam dekat rumah ni". Waisa memandang Gabril dengan pandangan berharap. Menunggu jawapan ya dari lelaki itu

Gabril kalah. Dia memandang Rayyan, melihat anggukan Rayyan, dia mengeluh perlahan. "Okay"

"Aku bawak korang pergi bilik tetamu".

Waisa dan Gabril ikut langkah Rayyan. Naik ke tingkat atas. Memang ini rancangan Rayyan dan Gabril. Buatkan Darin dan Waisa berada dalam satu rumah.

Namun melihat reaksi Darin membuatkan Rayyan dan Gabril ragu-ragu dengan rancangan mereka ingin meletakkan mereka berdua satu rumah. Tapi ini satu-satunya yang mereka boleh lakukan untuk menjernihkan hubungan kedua-duanya.

"Aku keluar sekejab dengan Rayyan. Kau jangan buat hal". Sempat Gabril memberikan amaran kepada Waisa sebelum berlalu keluar dari bilik tersebut bersama Rayyan. Waisa hanya menjeling sahaja

Macamlah dia tu tak pernah buat hal!

Tertutup sahaja pintu. Waisa membaringkan tubuh diatas katil. Memikirkan cara untuk mendekati kawannya. Mesti Darin terkejut dengan kehadirannya secara tiba-tiba. Lihat sahajalah tadi. Gadis itu langsung tidak menegurnya

Gabril juga tidak memberitahunya tentang perkara ini. Tahu-tahu sahaja mereka sudah berjumpa Rayyan. Lelaki itu suka buat keputusan sendiri

Dan dia tidak suka perkara itu

Akhirnya dia bangun dari pembaringannya. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Dia harus menyapa dahulu. Waisa berjalan keluar dari bilik tetamu menuju ke bilik utama. Sebelum Rayyan keluar tadi dia sempat memberi tahu Darin di bilik yang mana satu

Pintu bilik diketuk. Namun masih tiada respon. Waisa duduk dihadapan pintu tersebut. Dahinya didekatkan di depan pintu. Nafas ditarik

"Darin. Aku tahu kau ada dekat dalam...". Waisa memulakan bicara. Berharap gadis itu mendengar luahannya

Darin di dalam bilik juga sama. Duduk dihadapan pintu bersandar sambil mendengar luahan dari orang di sana. Dia tiada kekuatan untuk bersua muka dengan Waisa sekarang

"Aku tahu kau mesti terkejutkan aku ada depan mata kau. Aku minta maaf terlalu lama menghilang....".

Air mata mula bergenang di tubir mata kedua-duanya. Darin menggigit bibirnya supaya tidak terdengar sebarang bunyi

"Percayalah aku pun taknak benda ni jadi. Tapi Gabril tak beri aku pilihan. Aku terpaksa kahwin dengan dia....."

"Aku nak telefon kau, telefon mak ayah aku, bagitahu aku selamat. Tapi Gabril tak beri. Dia kata dia taknak sesiapa pun tahu aku hidup. Adil ke untuk aku Darin?"

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now