77

8.3K 438 53
                                    

"Hairah...."

Hairah memandang belakang, tanganya terhenti dari memilih baju pengantin. Wajah mencebik, tangan disilangkan di dada

"Maaflah Rayyan tak dapat datang harini. Saya gantikan dia, takpakan". Senyuman manis diberikan kepada bakal madunya

Sebenarnya Bukan Rayyan tak dapat hadir, Rayyan taknak datang sudah dipaksa pun tetap juga suaminya itu berdegil. Banyak betul alasan. Kalau dia seorang sahaja beri alasan takpa, ini Syafiq, Aliya, Aryan semua beri alasan, terpaksa lah dia yang pergi bagi pihak Rayyan ditemani Erin. Kakak kembarnya

"Rayyan tak dapat datang ke, kau yang tak kasih dia datang?".

"Dia memang tak dapat datang".

"Huh. Yelah tu". Mata menjeling sebelum kaki melangkah ke arah yang lain. Tangan memegang satu persatu baju pengantin yang ada digantung

"Awak nak mana satu?". Dia juga turut sama memilih baju yang ada. Cantik semuanya

"Kau rasa mana abang Rayyan akan suka?".

"Rayyan suka yang simple, tak nampak berat, dia tak suka baju yang penuh manik sangat, nanti dia serabut". Satu-persatu diterangkan. Tangannya sibuk memilih mengikut ciri-ciri yang dia sendiri cakap kepada Hairah

"Baju kahwin kau dengan abang Rayyan...."

"Huh?" Dia kurang dengar

"Ouh lupa kau mana ada sanding dengan abang Rayyan. Kahwin express kan. Kena tangkap basah. Lupa pulak". Hairah tergelak sedikit

Darin terdiam. Betullah tu apa yang dikatakan Hairah. Dia memang tiada majlis persandingan. Rayyan ingin buat tapi dia yang taknak. Membazir duit sahaja lagipun twins dah ada kan. Nak buat apa lagi persandingan. Cukuplah semua yang terdekat tahu hubungan dia dan Rayyan halal

"Eh perempuan cukup baik adik aku bagi suami dia kahwin dengan kau. Kalau tak kau ni lagi hina dari adik aku". Erin yang dari tadi hanya mendengar terasa berapi. Sudahlah adiknya sanggup menggorbankan kebahagiaan sendiri untuk perempuan ini. Tapi dia huh!

"Eh kalau adik kau ni tak datang balik dekat Rayyan. Aku dah lama jadi pengganti dia. Tapi nasib baik abang Rayyan pandai pilih. Dia pilih aku berbanding perempuan curang. Bukti dia ni dalam perut aku ni". Balas Hairah. Sedikit pun tidak rasa bersalah dalam dirinya

"Kau!.."

Darin memegang tangan kakaknya, tidak mahu kakaknya berbalah dengan Hairah. Biarlah apapun Hairah ingin cakap dia tak kisah

"Saya balik dulu. Awak pilihlah baju nanti saya suruh PA Rayyan ambil". Ingin dia berlalu pergi telingganya menangkap apa yang dikatakan Hairah. Sabarnya tercabar

"Eh perempuan. Jangan acah baik ye. Kau ingat aku tak tahu. Twins tu anak haram"

Pang!

Semua yang berada disitu terkejut dengan tindakan Darin. Pekerja-pekerja butik pantas membantu Hairah. Hairah memandang geram wajah Darin yang masih tenang itu

"Don't ever cross the limit Hairah. Sabar saya pun ada had yang perlu awak jaga. Beringat sikit perkataan tu. Saya tak suka nak naikkan tangan saya dekat muka awak lagi". Sebaik sahaja dia berkata begitu, tangan Erin dicapai dan ditarik keluar dari butik pengantin itu. Dia takut kemarahannya tidak terkawal. Baik dia yang pergi dahulu

"Arghhh!!!". Hairah menjerit kuat. Mata tajam memandang belakang badan Darin. Tangan digepalkan. Dia rasa tercabar

"Kau ingat kau bagus sangat ke! Aku akan pastikan hidup kau takkan aman perempuan!". Beg tangannya diambil laku dia berjalan keluar dari butik itu. Pipi yang terasa perit akibat ditampar Darin dipengang. Nampak merah kesan tamparan

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now