80

10.1K 450 57
                                    

"Kau boleh pergi jauh dari aku tak! Aku rimaslah!" Bantal dicampak kepada Rayyan yang ingin mendekatinya. Dia benci melihat Rayyan. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Yang pasti dia benci! Benci yang sukar diungkapkan

"Sayang, kenapa ni? Abang ada buat salah ke?". Kaki masih cuba melangkah ke arah isterinya. Bantal yang dibaling ke tubuhnya sikitpun tidak dihiraukan. Dia pelik dengan perangai Darin yang tiba-tiba sahaja bertukar sejak seminggu lepas. Benci sungguh isterinya itu dengan dirinya

"Tolonglah! Aku muak la tengok muka kau! Aku muak! Pergilah Rayyan! Aku merayu dekat kau...". Dia menjauhi Rayyan yang semakin mendekat

"Ya Allah sayang! Apa kena dengan awak ni!". Kesabarannya hilang melihat Darin yang semakin menjauh. Dia ada buat salah ke? Atau dia sakitkan hati gadis itu? Apa yang dia buat sehingga Darin membencinya begini sekali?

"Aku nak kau pergi je. Tolonglah....". Suaranya sudah mengendur. Namun masih dia merayu supaya Rayyan pergi dari pandangannya.

"Taknak, cuba sayang cakap dengan abang, sayang kenapa?". Punggung sudah dilabuhkan dihadapan Darin. Tangan memegang kedua belah bahu isterinya. Namun tangannya ditepis kasar oleh Darin

"Keluar! Aku nak kau keluar!". Tubuh Rayyan ditolak kasar. Nasib sahaja Rayyan bersedia menahan dengan kaki kalau tidak sudah terjatuh tubuhnya di atas lantai

"Keluarlah!". Masih menolak, memaksa lelaki itu menghilang. Rayyan mengalah dia bangun dari duduknya. Tanpa memandang isterinya dia keluar, namun sempat juga dia mengutip bantal yang dibaling isterinya dan dicampak kembali ke arah katil.

Kakinya menuju ke ruang tamu, sofa dijadikan tempat melabuhkan punggungnya, mata ditutup, kepala cuba memikirkan mengapa Darin berubah begitu sekali. Sejak perempuan itu masuk semuanya berubah, Darin seperti membencinya, anak-anak mereka juga Darin tidak peduli. Masanya banyak dihabiskan didalam bilik. Sampai satu tahap Darin mengunci pintu dari dalam. Mengurung dirinya sendiri kerana tidak mahu berjumpanya

Sampai Sebegitu sekali Darin membenci dirinya. Dia mengeluh perlahan. Kenapa sayang berubah

Terasa ada tangan merayap di dadanya. Pantas sahaja Rayyan membuka mata. Mencerlung matanya memandang Hairah yang berada ditepinya. Tangan itu ditepis kasar.

"Abang Rayyan..."

"Mana tudung kau?". Dia bertanya kasar. Dirinya menjauh sedikit dari gadis itu.

"Kenapa perlu pakai tudung dalam rumah?". Berkerut dahi Hairah. Tidak faham dengan pertanyaan Rayyan

"Kau ingat aku dengan kau ni halal ke? Aku pun tak sudilah nak memperisterikan kau, jadi tolong jaga sikit aurat kau untuk bakal suami kau nanti". Rayyan bangun, hendak naik bertemu Darin tidak pasal-pasal nanti dibaling bantal lagi nanti, duduk dibawah pula ada si pengacau ini, akhirnya dia membawa diri keluar dari rumah tersebut.

Rumah sendiri terasa seperti menumpang pula sekarang. Terasa sungguh asing dalam rumah sendiri. Kereta yang dipandu tanpa arah, akhirnya terhenti ditepi jalan. Lamunannya merangkak jauh, melayang mengingatkan si isteri yang tiba-tiba berubah, lagi berserabut kepalanya apabila perkhawinan paksa antara dia dan Hairah semakin menghampiri

Kalau dulu Darin yang memujuk, membelainya ketika dia berserabut begini, memberikan ciuman istimewa yang mampu buat dia tenang. Sentuhan yang tidak terganti dengan sesiapa. Tapi kini, orang yang paling dia berharap untuk berada dengannya sudah semakin membenci dengan diri ini, menjauh tanpa suara, menghalau tanpa sebab munasabah

Dia hanya benci... Ya, benci yang entah dari mana datangnya. Perit sungguh untuk terima kenyataan itu, isterinya benci dengan kehadiranya. Tiada lagi suara romantis pagi si isteri berbisik di telingganya, gelak-ketawa yang semakin jarang antara mereka sudah semakin berubah. Segalanya terasa lain... Semakin lain

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now