56

11.3K 511 9
                                    

Darin terbangun lebih awal dari selalu, Rayyan masih lena disebelahnya, jam dilihat

2:00 a.m

Haih baru pukul dua

Genap 4 bulan Waisa sudah meninggalkan mereka semua

Dia mengeluh perlahan

Bukan sahaja kerana teringatkan Waisa, belakangnya juga sakit, mungkin kerana perutnya sudah semakin membesar

Alhamdullilah doktor kata mereka bakal dapat baby twins

Jantina masih rahsia, Rayyan taknak tahu awal-awal. Dia pun ikutkan je, janji baby selamat, sihat, dan sempurna cukup untuknya

Twins mummy jangan gaduh-gaduh ok dalam perut ni, behave tau sayang

Perutnya diusap perlahan

Twinskan budak pandai

"Mummy love you sayang". Bisik Darin perlahan

Takut kejutkan Rayyan dari lena

Sedang Darin sibuk berbual dengan twins, Rayyan tiba-tiba menukar posisi tidurnya menghadap Darin. Dia bergerak sehingga mendapat posisi selesanya

Darin pula sedaya-upaya tidak membuat bunyi

Lihat dengkuran kecil keluar dari mulut Rayyan baru dia bernafas kembali

Muka suaminya ditilik

Hmm hansem jugak suami aku ni sebenarnya. Kenapa aku tak pernah perasan eh!

Rambut suaminya disentuh dengan jari telunjuknya perlahan

Fluffy..

Lalu jarinya turun dari rambut ke dahi Rayyan

Luas...

Mesti fikir banyak mamat ni...

Nevermind...

Jarinya jatuh lagi pada hidung Rayyan

Nak kata mancung?

Tak sangat pun, tapi bolehlah...

Pass la jadi aku punya type

Mata Rayyan juga disentuh

Hmm takda apa yang menarik ...

Jatuh lagi jarinya kali ni destinasi terakhir

Bibir Rayyan

Pink gituw, cukup dia tahu Rayyan tidak merokok

Tapi dia pernah lihat Rayyan merokok senyab-senyab belakang, kalau dia merokok depan aku siap la dia!!

Mungkin sebab Rayyan tak selalu sangat merokok tu sebab bibir dia pink lagi

Bibirnya didekatkan di telingga Rayyan

"Abang... I love you". Bisik Darin

Rayyan menutup telingganya

Dia merengek sedikit, tak suka tidurnya diganggu

Darin tergelak kecil

10 minit dia tenung Rayyan, tiba-tiba dia rasa jeles

Dia tidur lena, aku...

Tak boleh jadi ni!

Aku tak boleh tidur, dia pun tak boleh tidur!!

Hidung Rayyan dipicit, namun tangannya ditepis Rayyan

Ouhh main tepis-tepis nampak!

Darin tak putus asa, bibirnya didekatkan dengan telingga Rayyan

1...

2...

3...

"Abang!"

Rayyan terbangun

"Kenapa! Kenapa! Sayang nak beranak ke!?". Kelam-kabut Rayyan bangun dari lenanya

Darin tergelak melihat muka panic suaminya

Rayyan blur

5 minit kemudian baru dia perasan

Darin kenakan dia....

Haihlah bini...

Nak marah tak boleh... Takpa redha Rayyan

Janji bini kau happy

Selimut ditarik kembali, nak sambung tidur

"Abang...". Darin memanggil apabila Rayyan seperti hendak tidur kembali

Janganla...

"Hmmm". Matanya masih ditutup

"Temanlah, sayang tak boleh tidur". Lemah sahaja suara Darin

Rayyan buka mata melihat isterinya

Kesian la pulak

"Kenapa?"

"Sakit belakang"

Rayyan ambil bantal untuk orang mengandung di atas sofa lalu diberikan kepada Darin

"Ok? Sayang selesa tak?"

Darin menggeleng kepala, bantal ni memang selesa tapi ada benda lain yang tak cukup.....

"Meh sini abang dodoikan". Tangan Darin ditarik bagi mendekatinya

Darin senyum

Ini yang aku tunggu

"Sayang dah baca surah-surah yang abang suruh baca tu?". Rayyan bertanya, tanganya menepuk lembut belakang badan Darin

Tangannya lagi satu memeluk erat pinggang Darin

Darin mengangguk, memang itu kebiasaan sejak mengandung

Surah-surah yang penting memang diamalkan

Baik untuk baby

"Susu?"

"Dah"

Rayyan diam....

"Abang.... Sayang rindu Waisa la"

"Sedekahkan Al-Fatihah dekat arwah, semoga arwah tenang dekat sana". Pesan Rayyan

"Hmmm"

"Sayang tidur ok, nanti baby tak cukup tidur, abang pun nak pejabat esok"

Darin mengeratkan lagi pelukan

"Thanks abang.... I love you...."

Rayyan tersenyum

I love you too sayang

Kepala Darin dicium lembut sebelum menyambung kembali tepukannya

Selimut ditarik

Selamat malam sayang and my twins....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this story

Hargai sangat ✨✨

From me -

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now