88

11.6K 490 50
                                    

"Nah". Surat ditangan Rayyan bertukar tangan. Dalam pelik Syafiq menyambut juga. Pantas sahaja tangan mengoyakan surat tersebut. Jarang-jarang Rayyan serajin ini mengarang surat untuk diberikan kepadanya.

"Surat apa ni? Berhenti kerja?". Rayyan tidak menjawab. Sebaliknya Syafiq pula yang terdiam apabila membaca surat tersebut. Mendengar ada langkah datang ke arah mereka pantas sahaja Syafiq menyorokkan surat tersebut di belakang badanya.

Hannah yang hadir sambil membawa dulang di tangan dipandang dengan senyuman manis. Hailah isteri siapalah yang manis sangat ni..... Saya cair....

"Tuan Rayyan jemputlah minum. Awak tolong tuangkan air untuk Tuan Rayyan. Saya masuk bilik dulu tengok Saifa".

"Okay sayang". Syafiq membalas. Sebelum Hannah masuk ke dalam bilik sempat Hannah membalas mesra senyuman Rayyan yang sedang memandang ke arahnya dengan senyuman. Syafiq berdehem. Amboi! Depan suami dia buat macam itu!

"Tak payah nak senyum dekat bini aku. Bini sendiri ada kan". Tegur Syafiq. Jelingan tajam diberikan kepada Hannah. Hannah hanya buat tidak tahu sahaja. Cemburu Syafiq bukan boleh pakai sangat. Doktor lelaki yang menjaganya semasa dia selepas bersalin pun diberi amaran.

Nasib sahaja suami. Kalau tidak sudah tinggal tegak agaknya!

"Senyum pun salah ke? Pahalakan".

"Pahala tak pahala. Bini aku tak payah senyum-senyum....". Dan bebelan Syafiq bermula kembali. Rayyan menjeling matanya menyampah dengan bebelan Syafiq.

Macam mana Hannah boleh tahan dengan mamat ni? Membebel sahaja kerjanya.

"Senyablah Syafiq".

"Lantak aku la nak senyab ke tak. Rumah aku. Tak menyusahkan hidup kau kan. Dah nak air tuang sendiri. Takda siapa nak tuangkan untuk kau". Surat dibawa keluar kembali. Mulutnya ditutup. Apa yang tertulis dibaca kembali.

Syafiq. Saya Waisa. Pertama sekali saya nak minta maaf sebab menghilang masa perkhawinan kita. Saya tak berniat nak tinggalkan awak macam tu. Saya diculik Gabril masa tu. Maafkan saya. Jujur saya kata saya masih ada perasaan dekat awak. Sampai sekarang....

Syafiq mengeluh perlahan. Masih ada perasaan dekat aku? Maaf aku dah takda perasaan dekat kau. Perasaan aku sepenuhnya dekat Hannah. Salah aku ke aku lupakan dia terlalu cepat?

Darin cerita, Hannah jadi penganti saya masa perkhawinan kita atas arahan Puan Sri Aisyah. Saya tak tahu kena bersedih atau gembira dengan berita itu. Tapi sekurang-kurangnya keluarga awak tak berapa malu dengan kehilangan saya masa perkhawinan kita. Dan Hannah perempuan paling sempurna untuk awak.....

Syafiq tersenyum nipis. Hannah perempuan paling sempurna untuk awak... Terlampau sempurna untuk lengkapkan hidup aku

Dan saya tahu Hannah pilihan hati awak sebelum saya hadir kali kedua dalam hidup awak. Dekat cafe awak kenalkan dia. Tunang 4 tahun. 4 tahun yang awak sembunyikan perasaan pada dia. 4 tahun cuma untuk kaburkan mata orang sekeliling sahaja. Tahniah Syafiq awak dah berjaya dapatkan apa yang awak nak. Saya tumpang bahagia....

Syafiq terkedu sebelum senyuman makin melebar di wajahnya. 4 tahun yang awak sembunyikan perasaan pada dia... Waisa yang baru sahaja dengan dia pun nampak akan hal itu. Tapi Hannah? Sikitpun tidak curiga dengan 'pertunangan 4 tahun itu'.

Hailah sayang....

Terima kasih pernah beri saya tahu apa rasa cinta. Saya hargai pengalaman tu. Awak dah buat yang terbaik. Hannah dah jadi milik awak. Tolong hargai dia Syafiq. Saya harap sangat awak bahagia dengan dia. Sebab saya baru rasa bahagia dengan suami saya. Dan perasaan itu indah....

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now