"Yes Rayyan?". Aryan mendekatkan telingganya di telefon Malika. Ingin mendengar sekali kenapa abangnya itu menelefon isterinya.

"Nope". Malika rimas. Pelukan dilengannya dileraikan sebelum berlalu pergi ke arah dapur. Menyibuk sungguh la manusia bernama Aryan ni

"Sayang.....! No....! Aryan pun nak dengar juga....!". Ingin ikut ke dapur, namun Darin sudah siap pula. Terpaksa la dia membatalkan niatnya. Malika memang ingin kena denganya. Tunggu la!

"Kakak ipar, tunggu dalam kereta kejab boleh? Nak jumpa Malika sekejab je". Tangan disatukan meminta kebenaran.

"Ok, kunci kereta".

Aryan memberikan kunci kereta kepada Darin. "Jangan pergi sendiri, tunggu Aryan tau". Amaran diberikan. Darin bawak kereta sangat la berbahaya. Silap-silap surat saman sampai di rumahnya.

Darin buat muka. Baru nak buat dah kantoi. "Iyalah". Kunci kereta dirampas. Dia terus berlalu pergi keluar dari rumah

Aryan pula berlalu pergi ke arah dapur. Malika masih dengan telefonnya. Entah apalah yang mereka bicarakan. Belakang tubuh isteri dipeluk. Terasa tubuh itu kaku sebentar mungkin terkejut dengan pelukan yang tiba-tiba

"Hisy Aryan!". Terus dia putuskan talian. Main peluk je

"Kenapa Rayyan call?"

"Takda apa. Saja tanya khabar". Tangan turun menyiang ikan. Pelukan di tububnya sikitpun tidak menganggu kerjanya. Malika sekarang dah pakai masak tau.

Malika dah berubah kerjaya. Dari mafia ke suri rumah.... Hebatkan?

"Tanya khabar? Macam pelik je". Setahunya abangnya itu tak bermasyarakat sangat. Ini tiba-tiba sahaja nak bertanya khabar. Dengan Malika pula tu, lagi tak boleh percaya ni

"Kenapa, tak boleh ke abang ipar tanya adik ipar sihat ke tak? Takkan itu pun nak cemburu".

"Mestilah, abang ipar kau tu bekas crush kau".

"Dah la, kata nak pergi rumah Rayyan, Darin dah tunggu tu kan". Malika mengalihkan topik malas ingin bergaduh dengan suaminya

"Eh ahah la, lupa pulak, dah la bye sayang". Pipi isterinya dicium sebelum berlalu pergi. Habis kena bebel ni. Haih boleh lupa pulak

Masuk sahaja dalam kereta. Darin sedang berbaring, mungkin sudah lena dah pun agaknya. Tanpa membangunkan kakak iparnya. Kereta digerakkan menuju kerumah abangnya

Minta-minta la abang dapat tahu rancangannya....

_____
"Sayang....?". Wajah pelik ditayangkan. Sudah kenapa semalam minta cerai harini balik ke rumah? Ke isterinya mahu minta rujuk balik? Tapi bagus jugak rujuk balik, aku pun sayang dia lagi

"Awak, Aryan kata awak sakit". Darin juga pelik, sihat je lelaki ini, boleh berjalan, takda la terlentang pun?

"Abang!". Aryan dari jauh sudah menjerit memanggil abangnya, terus dia meluru ke arah lelaki itu, sesampai dihadapan abangnya, tubuh itu dipeluk. Lagi pelik Rayyan dibuatnya.

Sudah gila ke Aryan? Kuat sangat ke aku tumbuk dia semalam sehingga jadi begini? Ke kepala dia terhantuk di mana-mana masa dia jatuh di tumbuk semalam? Pelbagai persoalan bermain di mindanya

"Abang kalau kau nak kakak ipar balik, kau pura-pura sakit sekarang". Bisik Aryan, hanya dia dan Rayyan sahaja dengar

"Huh?"

"Auchhh!". Rayyan terus tertunduk.  Tanganya memegang bahu adiknya. Aryan sedaya-upaya menahan gelak yang hampir sahaja terlepas. Dia mencubit perut abang tadi, nak tunggu Rayyan loading otaknya lambat sangat. Nak tumbuk perut abangnya, Darin sudah ada di depan mereka.  Nampak sangat la nanti. Itu je cara dia boleh fikir

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now