BAB 27

1.5K 84 3
                                    

"Assalamualaikum.."

Pinggang Adelia dirangkul. Faiq meletakkan dagunya di atas bahu Adelia namun Adelia pantas meleraikan pelukan suaminya. Bibirnya sudah muncung sedepa.

"Merajuk? Maaflah,sayang. Abang sibuk tadi. Banyak urusan abang kena selesaikan,"ujar Faiq.

"Baik buang saja telefon tu. Tak payah pakai." Adelia memandang ke luar tingkap biliknya.

"Abang tak sengajalah,sayang. Telefon abang silent.. Abang janji,abang tak buat dah. Okey?"pujuk Faiq. Dia menekup pipi Adelia dan menarik perlahan wajah Adelia agar gadis itu memandang ke arahnya.

"Janganlah merajuk.. Nak abang belanja makan? Shopping?"pelawa Faiq. Dia mengangkat kening.

Adelia menjeling manja suaminya.

"Penat saya masak untuk abang. Abang pula senang hati nak belanja saya makan. Tak payahlah. Saya pun ada duit nak beli makanan,"kata Adelia dalam nada rajuk.

"Adelia.. Janganlah macam ni. Abang betul-betul ada banyak urusan tadi. Nak pergi temuduga,nak berurusan dengan kawan abang tu.. Nak selesaikan dokumen apa yang patut.. Abang minta maaf okey? Abang nak cari rezeki untuk kita juga,"pujuk Faiq lagi. Pipi Adelia diusapnya.

"Saya ni risaukan abang. Saya call abang tak dapat. Mesej apatah lagi. Tak tenang saya harini sebab fikirkan abang. Dah makan atau belum, selamat atau tak, lancar ke urusan abang tu? Semua tu saya fikir."

Adelia memandang suaminya. Bibirnya dicebikkan sedikit.

"Saya membebel sebab saya sayang. Tak nak apa-apa jadi dekat suami kesayangan saya ni."

Faiq mengukir senyuman. Dia menarik Adelia ke dalam dakapannya dan dagunya diletakkan di atas bahu Adelia.

"Terima kasih sebab ambil berat tentang abang. Terharu abang."

Faiq menunduk sedikit memandang wajah isterinya.

"Abang sayang Lia sangat-sangat."

Hati Adelia tersentuh. Dia menahan senyuman. Merajuk tetap merajuk!

"Jangan hanya berkata-kata. Nanti ke laut juga.."

Faiq ketawa kecil. "Mana ada. Perasaan abang ni kekal sampai bila-bila. Macam mana abang nak berubah hati kalau isteri abang ni asyik mencuit hati abang?"

Akhirnya,Adelia tewas. Dia tersenyum juga akhirnya. Tubuh Faiq dipeluk erat.

"Kalau macam ni,biarlah abang jadi pendiam. Muka tu biar nampak sombong sikit. Biar tak ada perempuan nak dekat abang. Saya saja yang boleh tahu sisi abang yang sweet macam ni,"kata Adelia.

Ubun-ubun Adelia dikucup oleh Faiq. Adelia terasa disayangi.

"Anything for you,dear."

Adelia tersenyum. Namun,senyumannya hanya bertahan seketika. Senyumannya mati apabila hidungnya terbau sesuatu.

"Abang."

"Hm?"

"Abang pakai minyak wangi apa?"soal Adelia.

Faiq sudah berubah riak wajahnya.

"Abang pakai.. minyak wangi jenama Versace tu la.. Kenapa?"soal Faiq. Dia memandang Adelia.

"Tak.. Bau minyak wangi abang ni macam.."

Adelia mengambil bau pada baju yang dipakai Faiq.

"Macam perempuan. Bau dia lembut. Bau dia macam.." Adelia menggaru kepalanya.

"Macam mana nak cakap eh? Senang cerita,bau dia macam boleh menarik perhatian orang. Sedap juga bau dia."

Faiq mengekalkan senyuman dibibirnya. Rileks,Faiq!

"Mungkin bercampur dengan bau pencuci baju yang sayang pakai? Sayang basuh baju guna Downy,kan? Mungkin bercampur bau dengan minyak wangi abanglah agaknya.." Faiq mengawal riak wajahnya.

"Mungkin.." Adelia mengangguk perlahan. Dia mengambil bau pada baju Faiq lagi. Dia tersenyum.

"Wangi. Abang punya minyak wangi pun dah mahal. Memang wangilah jawabnya. Saya punya beli dekat pasar malam saja. Murah tapi tahan lama bau dia. Best!" Adelia bercerita tentang minyak wangi pula.

Faiq hanya melayan. Tak mahu kantoilah katakan!

"Sayang,abang rasa abang patut pergi mandi. Lepas mandi,baru sayang sambung bercerita okey? Sayang nak promote ikan dekat pasar pun tak apa,"kata Faiq.

Adelia tersengih. "Okey."

Faiq segera mencapai tuala mandi dan bergegas masuk ke bilik mandi. Dia menghela nafas lega.

"Bahaya. Perempuan macam ni memang bahaya!"gumamnya perlahan.



LISA termenung memandang ke luar sambil tangannya lincah bermain-main dengan pen. Sesekali bibirnya tersenyum.

"Betul cakap Bahrin. Untung arwah Sara dapat Evans tu. Patutlah dia gilakan Evans tu separuh mati. Rupanya memang betul-betul 'panas' orangnya."  Lisa menggigit perlahan bibir bawahnya.

"Kalau dia jadi staf bawahan aku.. Aku boleh arahkan dia apa saja yang aku nak. Dia tak boleh bantah. Hm.."

Lisa sudah tersenyum-senyum.

"Macam seronok.."

Lisa berpusing sedikit memandang ke arah komputer ribanya dan melihat gambar Adelia yang terpampang di skrin komputer ribanya.

"Tentang dia ni.. Aku tak perlu risau. Aku boleh nampak masa depan dia macam mana. Bila-bila masa boleh jadi gelap." Lisa ketawa kecil.

"Memang aku lebih lawa. Antara aku dengan isteri dia ni.. Dah serupa langit dan bumi!"

Telefon Lisa berbunyi tanda satu mesej telah masuk. Lisa hanya mengerling ke arah telefonnya dan ternampak nama Faiq tertera.

"My sugar baby is coming.."

Lisa membaca mesej daripada Faiq dengan senang hati.

Tomorrow night, KLCC , 8 PM.

-Faiq

"Siang jadi staf, malam jadi sugar baby.. Hm, interesting.. "gumam Lisa sendirian. Dia tersenyum lebar. Senang betul hatinya selepas bertemu dengan Faiq.

Semua beban yang ditanggungnya terus terasa ringan. Hati yang gelisah terus menjadi tenang. Malah menjadi lebih teruja dan bahagia untuk menempuh hari-hari yang seterusnya bersama orang baru!

"Walaupun dia suami orang.. Tapi.. Tak salahkan kalau aku cuma nak berkawan dengan dia?"

Lisa memandang gambar Adelia di dalam komputer ribanya sekali lagi. Bibirnya terukir senyuman.



Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now