BAB 19

1.5K 95 0
                                    

"Mama,abang ambil coklat Yan! Dia habiskan pula tu. Ish,tu papa yang belikan untuk Yan sebelum dia pergi Jepun minggu lepas,"adu Dayyan. Dia mencebikkan bibirnya sambil menunjuk ke arah Darren yang sedang menikmati coklat miliknya bersama riak wajah yang tidak bersalah. Pening kepala Puan Raissa. Asyik bertekak saja kembar ni!

"Siapa suruh kau pakai baju abang,"kata Darren. 

"Mana ada pakai! Tu baju Yan! Kau saja perasan. Ingat kau saja ada baju tu? Lupa ke mama belikan kita baju sama? Kau campak baju kau entah ke mana lepas tu tuduh Yan pula curi baju kau." Dayyan muncungkan bibirnya.

Faiq yang hanya mendengar perbualan keluarga itu tersenyum. Suka benar dia melihat sepupunya,Dayyan diusik. 

"Darren,nak sikit." Faiq sengaja mahu mnurut serta untuk mengusik Dayyan. 

"Faiq! Tak payah! Kau jangan ikut abang aku tu. Dahlah suka curi barang aku. Kalau kau ikut perangai dia,siap kau!" Dayyan menjegilkan matanya. Faiq tergelak. 

"Coklat saja. Bukannya emas. Kalau kau nak sangat,nanti aku belikan baru. Kalau Darren usik,aku patahkan jari dia tu."

"Eh,tak adil! Aku dah belanja kau tiket datang sini. Kau kena belanja aku juga!"' Darren mengerutkan dahinya. Sesekali dia menyuap mulutnya dengan coklat milik Dayyan.

"Tak boleh! Kau dah curi aku punya. Sibuk!"

Puan Raissa menggelengkan kepalanya. Macam-macam perangai!

Mata puan Raissa memandang sekeliling,mencari bayang Adelia yang sejak tadi tidak muncul. Selepas saja mereka menjamu selera bersama,Adelia terus hilang dari pandangan.

"Faiq,mana Adelia? Tak nampak pun dari tadi."

Faiq memandang Puan Raissa kemudian dia memandang sekeliling,turut mencari kelibat isterinya.

"Tadi dia dalam bilik. Mungkin tertidur agaknya,"jawab Faiq.

"Oh ya. Mama terlupa pula. Mesti dia penat. Faiq pergilah rehat dulu. Mesti penat lepas perjalanan jauh,kan?"

Faiq tersenyum. "Tak apa. Faiq dah biasa. Lagipun dah lama tak luangkan masa dengan si kembar ni."

"Faiq,lepas ni kita pergi jalan-jalan. Alang-alang kau nak belanja aku,aku boleh bawa kau jalan-jalan sekali. Kedai burger yang dulu kita selalu pergi tu dah tak ada. Jadi,aku nak bawa kau pergi tempat baru. Nak?"soal Dayyan. Dia tersengih-sengih.

"Kau nak bawa dia pergi mana? Jangan cakap kau nak bawa dia pergi tempat Danish." Darren mencelah. 

"Ada la! Kau duduk rumah. Makan la coklat tu sampai rongak. Macam perempuan! Suka sangat coklat sampai curi adik sendiri punya. " Dayyan menjeling abang kembarnya. 

Faiq ketawa kecil. "Okey,aku ikut. Darren,jomlah sekali. Nanti adik kau culik aku entah ke mana. Naya aku nanti."

"Hey,mana ada!"

"Baru kau tahu adik aku ni otak senget!" Darren dan Faiq ketawa bersama. Memang hobi mereka mengusik Dayyan.

"Nak keluar tu jangan lama-lama. Dah nak malam ni. Bawa Adelia sekali tak? Nanti dia tercari-cari pula suami dia ni. Ingat,Faiq ni bukan bujang dah." Puan Raissa mencelah. Dia menumpukan perhatian pada kaca TV yang menyiarkan rancangan masakan kegemarannya. 

"Sekejap saja,mama. Biarlah Adelia rehat dulu. Kesian pula nak kejutkan dia. Faiq,nak bawa Adelia sekali? Sebelum keluar,kena tanya kau dulu. Manalah tahu tak boleh berjauhan sekejap dengan isteri tercinta.." Dayyan pula mengusik Faiq.

"Eh,tak ada maknanya. Biarlah dia rehat. Lagipun kita keluar sekejap saja,kan? Kalau ada apa-apa,mama kan ada." 

"Biar aku temankan isteri kaulah,"ujar Darren.

Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now