BAB 11

1.7K 99 6
                                    

"Kau yakin ke nak buat semua ni?"

Faiq meneguk minumannya untuk membasahi tekak. Kemudian,wajah Din pula dipandangnya. Lama dia memandang Din sehingga membuatkan Din akhirnya mengetuk kepalanya.

"Oi,aku tanya ni. Kau ni betul-betul yakin ke?"soal Din lagi.

"Ya,Salehudin. Aku yakin. Lupa ke aku ni siapa? Aku takkan buat kerja separuh jalanlah,"kata Faiq.

"Kau ni.. Ada kena ketuk lagi nanti! Panggil aku Felix! Ya,aku tahu kau tu buaya darat. Bukan setakat buaya darat kau ni. Buaya lautan,buaya hutan, buaya bandar. Semuanya kau!" Sempat Din mengutuk Faiq secara depan. Tak mainlah kutuk belakang!

"Tapi,kau yakin ke nak buat semua tu dekat Adelia? Kau sanggup? Kau tak rasa sayang ke dekat dia?"soal Din lagi.

Berkerut dahi Faiq dibuatnya.

"Aku? Aku sayang dia? Jauh panggang dari api. Benda tu tak akan berlaku. Lebih-lebih lagi,dia tu anak kepada lelaki yang paling kejam dalam dunia ni. Tak ada sebab aku nak sayang dia." Faiq menggelengkan kepalanya. Dia duduk bersandar pada keretanya sambil memegang air tin minuman miliknya.

Sekali lagi,dia meneguk minumannya untuk membasahi tekaknya yang sentiasa terasa kering.

Kenapa sentiasa terasa kering? Takkan dia sedang menipu kot? Tak mungkinlah.

"Amboi ayat kau. Tak ada tapis langsung eh? Yakin ke kau tak akan sayang dia? Apa kau dapat kalau kau berjaya musnah hidup dia? Tak fahamlah aku."

"Din,kau kena ingat. Kalau kau nak jadi buaya berjaya macam aku,kau kena berpegang pada satu prinsip." Faiq memandang Din.

"Prinsip apa? Prinsip mengarut kau tu? Tak boleh jatuh cinta? Kau ingat,aku robot? Tak ada perasaan?"

Faiq tersenyum sinis.

"Inilah yang aku maksudkan. Kau masih lagi tak mampu nak bawa gelaran buaya tu. Jadi,jangan pertikaikan apa yang aku buat sekarang ni,okey?"

Din bercekak pinggang.

"Aku bukan tak mampu. Aku cuma tak nak jadi macam kau. Seteruk-teruk aku pun,aku tak akan musnah hidup perempuan. Weh,dia perempuan. Kau bayangkan,kalau kau kahwin dengan dia nanti. Dia mengandungkan anak kau. Tak kesian ke kalau tiba-tiba dia dapat tahu perangai sebenar kau?"kata Din.

"Tak perlu fikir sampai ke situ,Din. Aku dah cuba ajak dia kahwin,tapi dia tak setuju. Awal sangat katanya. " Faiq menunjukkan riak wajah menjengkelkan.

Bengang! Jarang perempuan nak menolak permintaannya. Ini kali pertama dia ajak perempuan untuk berkahwin. Tiba-tiba,kena tolak. Tak ke malu?

"Dia pun boleh fikir. Nampak tak? Fikirkanlah baik-baik. Aku bukan apa.. Aku boleh saja nak tolong kau. Cuma,aku risau nanti rancangan kau ni makan diri nanti. Kau yang gigit jari nanti,"kata Din lagi.

Faiq tetap dengan pendiriannya.

Ada aku kisah kalau aku gigit jari sekali pun? Jari aku. Bukan jari kau!

"Kau sibuk ajak Adelia tu kahwin. Sara tu macam mana? Kau nak campak mana? Aku ingat,kau betul-betul serius dengan Sara bila kau bertahan dengan dia dah tiga tahun. Rupanya,kau tetap sama. Kau nak kahwin dengan dia atau tak sebenarnya?"soal Din.

Faiq tersenyum. Dia membelek-belek air minumannya sedangkan fikirannya sedang galak merancang sesuatu.

"Hak aku kalau aku nak batalkan perkahwinan aku dengan Sara. Sekarang pun boleh kalau aku nak batalkan. Dia tak penting. Yang penting pada aku sekarang.."

Faiq memandang Din.

"Adelia Qistina."

Terlepas telefon yang dipegang Sara. Sara yang sejak tadi berdiri di belakang kereta Faiq berdiri kaku apabila terdengar perbualan antara dua orang lelaki tersebut. Mendengar isi hati sebenar Faiq,hati Sara hancur.

Matanya mula dikaburi dengan air mata.

"How could you do this to me?"

Hati seorang perempuan sekali lagi dikecewakan oleh lelaki yang bernama Faiq Evans.



ADELIA merenung lama ke arah telefonnya. Lama dia menunggu mesej daripada Faiq. Sudah 30 minit berlalu,namun masih tiada respon.

"Dia sibuk ke? Takkan dia dah lari rumah?" Adelia mula berspekulasi sendiri.

"Atau.. Dia dah redha? Takkanlah dia sibuk siapkan persiapan majlis dia?" Adelia mula terasa gelisah.

Dia mendail nombor lelaki itu berkali-kali namun tidak berangkat.

"Kalau betul dia dah pasrah,habis aku macam mana? Aku baru nak tolong dia. Aku ingat,kalau aku jumpa keluarga dia.. Mungkin dapat bantulah dia sikit. Tapi.."

Adelia mengeluh.

"Takkan aku dah terlambat?"

Tiba-tiba dia terasa menyesal pula. Kalau betul Faiq dah pasrah tentang rancangan makciknya,haih. Berputih mata sajalah jawabnya. Teman lelaki kena kebas dalam sekelip mata!

Telefon Adelia berbunyi dan tertera nama Auni pada skrin telefonnya. Kecewa hati Adelia. Sangkanya,Faiq yang akan menelefonnya. Tetapi,Auni pula yang berbuat demikian.

"Assalamualaikum. Kenapa Auni?" Suara Adelia sedikit kedengaran bengang.

"Waalaikumussalam. Amboi,salah ke aku telefon?"

"Tak adalah. Kenapa kau telefon ni? Aku sibuk sikit. Nak buat kerja,"kata Adelia,acuh tak acuh saja. Tipu sunat. Dia sudah hilang mood!

"Oh,maaflah ganggu. Aku ada benda nak bagitahu ni. Aku rasa,kau belum tahu lagi pasal Faiq."

Adelia menayang wajah bosan.

"Aku dah tahulah."

"Eh,kau dah tahu? Habis,kau tak datang?"soal Auni.

Berkerut dahi Adelia.

"Datang? Datang ke mana?"

Auni ni.. Takkan nak suruh aku datang majlis dia? Memang taklah! Kut ye pun bagilah aku tenangkan jiwa raga aku dulu. Baru nak merasa angau dengan dia,tiba-tiba kena berpisah sebab dia nak jadi suami orang. Haihlah nasib!

"Kata dah tahu? Kau tak datang ke hospital ni? Kau tak nak tengok Faiq ni ke? Dia kan kemalangan. Kau ni pun,"bebel Auni dari dalam corong telefon.

Terbuka luas mata Adelia apabila mendengar berita tersebut. Terus dia menjadi gugup.

"B-Bila dia kemalangan? Teruk ke? Hospital mana tu? Aku datang sekarang!"

"Sabar,Lia! Ya Allah.. Dia dekat wad kecemasan ni. Datanglah sini. Aku ada dekat HKL ni."

Adelia terus memutuskan talian tanpa membalas apa-apa. Bergegas dia bersiap untuk melihat keadaan si dia. Dalam hati,dia mengutuk dirinya sendiri kerana sudah bersangka buruk terhadap Faiq. Menyesal tak sudah!





Faiq Evans [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu