BAB 18

1.6K 98 2
                                    

Pejam,celik,pejam celik. Masa berlalu dengan pantas. Segala peperiksaan penting sudah selesai dan kini Adelia dan Faiq sudah boleh bersenang sedikit memandangkan mereka tidak perlu berjaga malam untuk mengulangkaji. 

Memandangkan mereka mempunyai banyak masa terluang,Adelia mengambil kesempatan itu untuk melihat tempat-tempat yang sesuai untuk dirinya dan Faiq pergi berbulan madu. Dah beberapa bulan menjadi suami isteri,takkan tak mahu pergi berbulan madu,kan? Alang-alang ada duit lebih. 

"Sayang buat apa tu? Kusyuk tengok telefon sampai tak nak tengok abang dah."

Adelia tersenyum. Dia memandang suaminya sekilas kemudian dia memandang semula ke arah telefonnya. 

"Saya tengok tempat-tempat yang menarik ni. Boleh kita pergi,"kata Adelia.

"Bukan ke kita dah pergi bercuti sebelum final exams haritu,sayang?"soal Faiq. Dia mencelah untuk melihat apa yang ada pada skrin telefon Adelia.

"Memanglah. Haritu,kita pergi bertiga dengan mama. Kali ni,kita pergi berdua."

Faiq memandang Adelia. Wah,berdua? Jarang Adelia nak ketepikan mama dia sendiri.

"Saya tahu,abang nak bercuti dengan saya berdua. Jadi,saya rasa kita patut luangkan masa berdua,"kata Adelia lagi. Dia mengukir senyuman manis.

"Mama macam mana?"soal Faiq.

"Saya dah bagitahu dengan Kak Minah. Dia boleh saja jagakan mama sepanjang kita pergi bercuti nanti. Rasanya mama pun tak kisah. Kesian abang. Saya jarang luangkan masa dengan abang. Jadi,saya dah buat keputusan untuk luangkan masa dengan suami saya ni nanti dekat Terengganu."

"Terengganu? Wah,dah pilih. Cepat eh?" Faiq ketawa kecil. Dia melentokkan kepalanya di bahu Adelia.

"Abang tak kisah. Asalkan Lia ada dekat dengan abang pun dah cukup."

Adelia tersenyum sipu.

"Sayang." 

"Em?"

"Minggu depan ada party hari lahir sepupu abang. Sayang nak pergi tak?"soal Faiq.

"Sepupu abang? Sepupu mana satu? Kalau abang nak pergi,saya ikutlah. Saya tak kisah,"jawab Adelia. Matanya masih fokus tertumpu pada telefonnya. Faiq pula bermain-main dengan rambut ikal mayang  Adelia yang semakin panjang.

"Sepupu abang,Darren. Dia ada kembar. Ala,dia tak dapat datang waktu kita kahwin haritu. Dia duduk dekat Australia. Alang-alang kita nak pergi majlis dia,kita boleh duduk sana lama sikit. Kita bulan madu dekat Australia. Nak?"

Terbuntang mata Adelia mendengarnya. Bercuti luar negara? Mimpi ke ni? Pertama kali dapat tawaran nak bercuti luar negara!

"Biar betul,abang? Kita bercuti dekat sana?"soal Adelia.

"Ya,sayang. Nak tak?" Faiq tersenyum melihat Adelia yang sudah ketara kelihatan teruja. Habis telefonnya tidk dihiraukan lagi.

"Mestilah nak! Omg,tak sangka saya dapat pergi luar negara." Adelia tersenih bagai kerang busuk. Biasalah,pertama kali nak jejak ke nagara orang. Mestilah teruja!

"Darren jemput kita. Dia kata,kalau nak datang boleh bagitahu dia. Dia belikan kita punya tiket untuk ke sana nanti."

Adelia masih tidak dapat berhenti tersenyum.

"Betul ni?"'soalnya sekali lagi. 

"Ya sayang,intan payung,permata hati abang.."Faiq menggelengkan kepalanya perlahan. Ni betul-betul jakun ni!

Adelia memeluk Faiq. "Thank you! Sayang abang!"

"Amboi,dapat berjalan baru nak sayang abang ya?"usik Faiq.

Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now