BAB 34

2.4K 128 12
                                    

Beberapa jam lagi,azan Subuh akan berkumandang menandakan sudah masuk waktu. Puan Aida dan Auntie Ani setia menunggu di hadapan wad bahagian kecemasan. Selepas mendapat khabar berita daripada pihak hospital tentang keadaan Adelia,mereka terus bergegas ke hospital kecuali Faiq. Dia masih bersama egonya dan bertegas tidak akan mengambil tahu tentang isterinya sendiri walau apa pun yang terjadi. 

Egonya betul-betul tinggi melangit. 

Gara-gara hati yang terasa sakit dan kecewa,Adelia menangis sendirian. Emosinya terganggu dan mengakibatkan diri terbabit dalam kemalangan yang tak dijangka. Mungkin orang lain akan menganggap dirinya tidak matang kerana mempercayai kata-kata orang lain berbanding suami sendiri,tetapi ini kali pertama dia menghadapi situasi begini. Apa yang mahu dijangkakan?

Tak mungkin dia boleh terus kuat selepas apa yang dia dengarinya. Sikap aneh Faiq padanya selama ini sudah terbongkar. Mustahil orang yang baru kenal boleh terus jatuh cinta dan terus mahu melangkah ke alam perkahwinan. Itu agak mustahil buat dirinya. 

Kini,sudah tiga jam dia berada di dalam wad bahagian kecemasan. Tiada siapa yang tahu tentang keadaan dia sekarang sama ada stabil ataupun tidak.

"Puan ahli keluarga Adelia Qistina?"tegur doktor perempuan selepas keluar dari wad tersebut.

"Ya,saya. Dia anak saya. Macam mana dengan keadaan anak saya,doktor?"

"Saya ada satu berita baik dan dua berita buruk."

Puan Aida semakin takut mendengarnya. Ya Allah,semoga tak ada apa-apa perkara buruk yang berlaku. 

"Apa dia doktor? Bagitahu saja. Anak saya baik-baik saja,kan?"soal Puan Aida. Auntie Ani mengusap lengan Puan Aida untuk menenangkannya. 

"Saya beritahu berita baik dululah kalau macam tu. Alhamdulillah,anak puan stabil. Dia tak perlu ditahan wad di bahagian kritikal. Cuma,berita buruknya.. Anak puan keguguran. Kesan daripada kemalangan tu,anak puan kehilangan banyak darah semasa dalam perjalanan ke hospital. Kami tak sempat buat apa-apa untuk selamatkan kandungan dia."

"Ya Allah!" Menitis air mata Puan Aida. 

"Berita buruk lagi satu,doktor?" Auntie Ani turut berasa risau. Selepas mendengar khabar tentang Adelia kemalangan,dia risau kemalangan itu mungkin akan mengambil nyawa Adelia. 

"Berita buruk lagi satu.. Dukacita saya maklumkan,Adelia mungkin terkesan pada bahagian otaknya. Kepalanya mungkin terhentak kuat kesan daripada kemalangan yang dialaminya. Salah satu puncanya,mungkin dia tak pakai tali pinggang keledar. Jadi,kepalanya terhentak pada stereng kereta dan menyebabkan pendarahan dalam otak. Apa yang saya boleh cakap,mungkin dia boleh alami hilang ingatan buat sementara atau dia akan memberi kurang tindak balas kepada kita dan keadaan sekeliling dia."

Puan Aida memejamkan matanya serapat yang mungkin. Tak sanggup dia mahu mendengar lagi. Ibu mana yang sanggup dengar keadaan anak macam tu? 

"Dia boleh sembuh,kan? Benda ni boleh bahayakan nyawa dia ke,doktor?"

"Boleh sembuh. Inshaa Allah. Dia perlu diberi pantauan dan penjagaan yang baik untuk elakkan keadaan jadi lebiih buruk. Dia perlu menjalani beberapa rawatan lagi untuk mengurangkan tekanan dalam otak,"jawab doktor Afiqah. 

"Saya harap,puan dapat bersabar dan banyakkan berdoa. Inshaa Allah,semuanya akan baik-baik saja."

Selepas memberi penerangan tentang keadaan Adelia,doktor tersebut meminta diri. Puan Aida tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya. Hati seorang ibu terasa luluh selepas mendapat khabar berita yang kurang menyenangkan tentang anak perempuannya. Itulah satu-satunya zuriat yang dia ada. Ahli keluarganya yang paling rapat yang dia ada. Kalau Adelia tak ada,Puan Aida sudah serupa sebatang kara. 

Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now