BAB 6

2.2K 137 9
                                    

Bunyi burung berkicauan dan suasana yang masih sunyi membuatkan Faiq menguap melayan mata yang masih terasa mengantuk.

Awal pagi lagi dia sudah beredar dan terpacak di hadapan rumah Adelia. Tepat jam lapan pagi,muncul wajah Adelia keluar dari rumahnya.

Terkejut melihat Faiq yang sudah terpacak di hadapan rumahnya,Adelia berdiri kaku sambil memandang Faiq yang turut memandangnya.

"Awak buat apa dekat sini?"soal Adelia lantas mengalihkan pandangannya.

Giliran Faiq pula kelihatan gugup. Dia mengusap lehernya dan tersenyum malu.

"Saya nak jemput awaklah. Kita pergi kelas sama-sama. Lagipun,awak tak payah susah-susah naik teksi."

Pelik. Kenapa tiba-tiba nak jemput aku? Lain macamlah pula dia ni. Bisik hati Adelia.

"Awak jangan salah faham. Saya cuma nak tumpangkan awak pergi kelas.." Faiq menjelaskan niatnya kepada Adelia yang sudah memandang pelik kepadanya.

"Susahkan awak saja,Faiq.. Saya dah biasa naik teksi,"kata Adelia.

"Eh,tak susah pun. Memang niat saya nak tumpangkan awak. Lagipun,boleh saya kenal awak dengan lebih rapat.." Suara Faiq semakin perlahan apabila dia menyebut tentang berkawan.

Bertambah pelik! Kenapa tiba-tiba dia nak berkawan lebih rapat dengan aku? Bisik hati Adelia lagi. Dia menjadi semakin musykil dengan gerak-geri Faiq.

"Kalau awak tak suka.. Esok saya tak buat dah macam ni. Maaflah kalau saya buat awak tak selesa.."ujar Faiq.

"Eh,tak adalah. Saya cuma.. Terkejut sikit. Tak apa,saya tak kisah pun cuma saya takut susahkan awak saja." Adelia mengukir senyuman.

"Jangan risau. Awak tak susahkan saya pun. Saya yang tawarkan diri nak tumpangkan awak pergi kelas." Faiq turut tersenyum.

Haih.. Cair hati tengok dia senyum! Adelia mula tersipu tatkala matanya bertukar pandangan dengan Faiq.

"Eh,jomlah. Nanti lambat pula kita sampai." Faiq sempat membukakan pintu buat Adelia.

"Terima kasih.." Adelia tersenyum dan melangkah masuk ke dalam kereta Faiq.

Sebaik saja Adelia masuk ke dalam keretanya,Faiq tersenyum. Senyuman yang lebih kepada kepuasan.

Adelia menarik nafas sedalam-dalamnya. Berdebar juga sebenarnya bila berdepan dengan Faiq ni.

"Petang ni, awak sibuk tak?"soal Faiq seraya memakai tali pinggang keledar. Dia memandang ke arah Adelia.

"Petang ni?"

Faiq mengangguk.

"Kalau awak tak sibuk.. Saya nak ajak awak pergi makan."

"Kenapa petang? Baik kita pergi makan malam terus,"kata Adelia.

Faiq menggigit bibir bawahnya. Dia mencari alasan dan mengawal riak wajahnya.

"Saya tak suka sangat keluar waktu malam. Lagipun, saya boleh study sikit waktu malam,"kata Faiq. Dia tersengih bak kerang busuk menampakkan giginya yang tersusun cantik.

"Oh.. Saya sibuk sikitlah petang ni. Lain kali boleh?"

Faiq sedikit kecewa. Cis! Sibuklah pula!

Tak apa,boleh cuba lagi!

"Kalau esok boleh?" Faiq mencuba nasib lagi.

"Inshaa Allah, saya cuba." Adelia tersenyum.

Fuh,dia ajak keluar makan! Kau ada? Adelia terasa berbunga-bunga hatinya.

Sabar. Jangan terlalu rasa suka. Kau pun baru kenal dia. Jangan cepat menilai dari luaran,Adelia!

FAIQ merengus perlahan. Sesekali dia memandang telefon bimbitnya yang diam tidak berbunyi.

"Tadi cakap sibuk. Tapi,keluar dengan lelaki lain. Ingat aku ni apa?"gumamnya.

Teringat yang dia ternampak Adelia sedang gembira bergelak ketawa dengan seorang lelaki di sebuah gerai makan petang tadi membuatkan Faiq terasa geram.

Ingatkan sibuk sangat,rupanya ada masa untuk bersuka-ria dengan lelaki lain juga.

Gambar Adelia yang terletak cantik di atas meja dipandangnya.

"Kau pun nak ikut jejak bapak kau? Nak ikut perangai bapak kau yang tak senonoh tu? Kalau itu niat kau.. Aku takkan lepaskan kau walau sesaat,Adelia Qistina."

Telefonnya berbunyi menarik perhatian Faiq.

"Yes,Din? "

Lelaki yang bernama Din itu menyampaikan sesuatu kepada Faiq dan telah berjaya membuatkan Faiq tersenyum akhirnya.

"Kau pasti?"soal Faiq.

"Baik, terima kasih. Oh ya,Din. Aku nak bagitahu kau. Malam ni aku tak masuk KL. Aku pergi Johor malam ni. Mungkin aku akan balik esok malam. Kelas pun aku tak hadir esok. Kalau ada apa-apa,bagitahu aku. Paling penting.."

Faiq memandang semula ke arah bingkai gambar Adelia.

"Jangan lepaskan Adelia pergi mana-mana esok. Kalau dia cari aku esok petang.. Bagitahu dia aku tak dapat datang. Aku nak tengok,dia cari aku atau dia cari lelaki lain untuk layan dia.."

Faiq tersenyum sinis.

"DIA tak ada?" Adelia mengerutkan dahinya. Wajah Din dipandangnya.

"Ya,dia tak dapat datang. Aku tahu pun sebab dia bagitahu aku. Aku terserempak dengan dia pagi tadi. Dia minta tolong aku bagitahu dekat kau. Kau tak ada nombor telefon dia dan dia pun tak ada nombor telefon kau. Jadi,aku jadi orang tengah. Begitulah ceritanya.." Lancar bibir Din menyusun ayat buat Adelia.

"Haih.. Ingatkan boleh teman dia keluar makan. Kesian pula dia. Semalam aku sibuk. Hari ni, dia pula. Tak apalah,terima kasih bagitahu. Eh,kau ada nombor dia?"soal Adelia.

Din tersenyum nakal. Terangkat-angkat keningnya memandang Adelia mahu menyakat gadis itu.

"Kenapa tanya? Dah mula nak buka langkah ke? Haritu,kau tak nak pula? Bila si dia tak ada depan mata,baru terasa rindu ke?"

Adelia mengawal riak wajahnya.

"Mana ada. Kau ingat,aku syok dekat dia ke? Tak ada maknanya! Aku dengan dia cuma kawan. Lagipun,aku dengan dia baru kenal. Takkan nak tangkap cintan pula?"kata Adelia.

"Eleh,tak nak mengaku.. Tak apa. Percayalah,aku akan terima kad jemputan perkahwinan daripada kau juga nanti. Aku yakin!"kata Din pula.

"Apa yang buat kau yakin aku akan berkahwin dengan Faiq tu?"

"Aku yakin sebab kau satu-satunya perempuan yang dah berjaya tarik perhatian dia dan kau juga satu-satunya perempuan yang berjaya buat dia tersenyum,"kata Din.

Adelia terdiam. Selama ni,Faiq memang tak pernah tersenyum ke? Aku perempuan yang berjaya buat dia tersenyum?

Biar betul?






Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now