BAB 45

2.2K 97 4
                                    

Stereng kereta dihentaknya. Satu rengusan dilepaskan bersama satu perasaan geram yang sedang membara di dalam hati.

Din memandang kereta milik Faiq melalui cermin sisinya.

"Tak guna kau,Faiq. Kau betul-betul tak guna!"bentaknya.

"Kau dah buat macam-macam dekat Lia dan sekarang kau nak kutip dia balik? Manusia jenis apa kau ni?"

Din meraup wajahnya.

Lepas arwah Sara,giliran Adelia pula mahu dicantas oleh Faiq.

Aku dah penat nak mengalah dalam segala benda,Faiq. Aku penat! Jerit Din di dalam hatinya.

"Lia pun satu. Apa yang mamat tu buat sampai boleh terima dia balik? Eh,dah buta sangat ke? Mamat tu dah hina kaulah,Lia! Dia dah buat anak kau mati!"

Din melepaskan geramnya pada stereng kereta. Merah padam wajahnya menahan marah. Kalau ikutkan hatinya,memang sudah lama dia bertumbuk dengan Faiq.

Disebabkan rasa hormat pada Puan Aida,dia tidak mengikut kata hati. Dia perlu berfikir dengan waras.

"Tak apa,Faiq. Tak apa.. Mungkin sekarang,Adelia masih boleh bagi peluang kedua untuk kau. Kau gunakan air mata lelaki kau untuk lemahkan dia. Tapi,kau jangan lupa. Aku pernah belajar dari kau semua benda ni. Aku akan ikut cara kau.

Pada masa akan datang, Adelia tak akan pandang kau sebelah mata sekalipun. Macam mana kau buang arwah Sara dulu, macam tu la Adelia akan buat benda yang sama pada kau."

Din tersenyum.

Berbaloi juga pernah berkawan dengan si Faiq ni dulu. Sekarang, dapat belajar segalanya daripada lelaki itu.

Terima kasih,Faiq!




LISA termenung jauh sambil menguis-nguis makanan yang terhidang di hadapannya. Sassy memandang Lisa.

Sejak tadi,hanya Sassy yang banyak bercakap. Lisa hanya diam tidak berkutik.

"Lisa. Kau okey tak? Diam saja. Kenapa ni?"soalnya.

Lisa masih berkhayal. Sassy menggelengkan kepalanya.

"Alisa Farhana!"

Lisa tersedar juga akhirnya.

"Ha?" Lisa terpinga-pinga.

"Teruk betul kau ni. Nak makan ke nak berangan?" Berkerut dahi Sassy.

"Kau nak apa? Ish,jerit pula. Orang pandang. Buat malu saja,"balas Lisa. Dia mencebik.

"Aku ni dah berbuih mulut panggil kau. Kau yang tak dengar. Kau fikir apa?"

"Tak ada apalah." Lisa menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya.

"Kau jangan tipu aku. Kau mesti ingat Faiq kan?"

Mulut Lisa terhenti daripada mengunyah. Wajah Sassy dipandangnya.

"Kenapa pula aku nak fikir dia? Buang masa."

"Tak payah nak tipu aku. Aku kenal kau macam mana. Aku dah cuba contact dia,tapi dia tak nak. Dia langsung tak jawab panggilan aku,"ujar Sassy.

"Kenapa kau telefon dia? Untuk apa?"

"Dah tu,kau nak aku diam saja tengok kau macam ni? Helo Cik Lisa,kau tu demam tiga hari. Ambik cuti sampai seminggu. Apa kes?" Sassy mengangkat keningnya sambil mengajukan soalan pada Lisa.

"Dah nak sakit,aku boleh buat apa lagi?" Lisa menayang wajah selamba.

"Ya,aku tahu kau sakit. Kau demam. Tapi disebabkan siapa? Kau pun ego. Kau pecat dia buat apa? Kalau marah,tak perlu pecat dia. Sekarang,dia dah tak ada depan mata kau. Padan muka,"bidas Sassy semula.

Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now