BAB 21

1.6K 94 1
                                    

Adelia memeluk lengan Faiq sambil mulutnya tidak berhenti bercakap. Ada sahaja perkara yang ini dikatakannya. Bibir Adelia sentiasa terukir senyuman menandakan dia menikmati waktu bersama suaminya. Faiq yang sejak tadi hanya mendiamkan diri tidak memberi respon kepada Adelia. Dia hanya mengikut ke mana saja gadis itu mahu pergi.

Destinasi Melbourne menjadi pilihan mereka untuk meluangkan masa bersama. Adelia teruja mahu meneroka dunia Australia,namun Faiq pula beriak biasa. Keterujaannya seperti sudah menjadi kelam.

Adelia mahu mengambil hati suaminya,jadi dia cuba untuk membuatkan suasana menjadi seronok dan gembira. Macam-macam yang dia beli untuk membuat suaminya teruja namun Faiq masih tetap sama. Layan acuh tidak acuh saja.

"Abang,jom makan aiskrim nak?"pinta Adelia.

"Sejuk macam ni nak makan aiskrim? Tak naklah."

"Ala.. Jomlah. Saya tengok,nampak sedap!"

Faiq memandang ke tempat lain. Dia tidak memandang ke arah gerai yang ditunjukkan oleh Adelia.

"Abang.. Janganlah merajuk lagi. Saya minta maaf,okey? Senyumlah. Saya rindu sangat nak tengok abang senyum dekat saya,"kata Adelia. Dia memandang wajah Faiq. Tangan suaminya dicapai dan pegang erat.

"Kita datang sini nak happy-happy kan? Senyumlah.."pujuk Adelia. Dia menayang wajah comel untuk suaminya. Faiq terpandang wajah Adelia. Serba sedikit pipinya merona merah. Bibirnya menahan senyuman.

"Abang.." Adelia melenggokkan suaranya.

"Okay,fine. Kalau selesema,jangan merengek pula dekat abang. Abang cabut hidung tu nanti."

Adelia tersenyum. "Okey!"

Sempat Adelia mengucup pipi Faiq dan menarik Faiq pergi ke gerai aiskrim di hadapan mereka. Faiq agak terkejut dengan tindakan melulu Adelia namun dia masih dapat mengawal riak wajahnya.

Faiq,ini semua permainan dia. Jangan sesekali rasa berdebar disebabkan dia! Jatuh hati pada perempuan lain masih boleh diterima. Tapi,bukan pada anak Nasir!

"Abang nak perisa apa? Macam-macam ada,abang. Semua nampak sedap.."ujar Adelia. Dia melihat aiskrim yang berada di hadapan matanya. Semuanya nampak sedap. Rambang mata jadinya!

"Tak kisah. Pilih saja mana yang sedap,"jawab Faiq.

"Okey."

Faiq menyeluk tangannya ke dalam poket. Cuaca sejuk benar-benar terasa sehingga ke tulang!

Mata Faiq memandang sekeliling. Ramai pelancong yang datang ke dunia Melbourne dan berseronok bersama keluarga. Ada pasangan yang baru berkahwin seperti dirinya dan Amelia. Berbulan madu mungkin. Ada yang bawa keluarga kecil bercuti bersama.

Melihat anak-anak kecil,Faiq tersenyum tanpa sedar. Terasa rindu dengan keluarganya yang dahulu dibuai kebahagiaan. Namun,kini semuanya sudah hilang dalam sekelip mata.

Faiq menghela nafas berat.

"Abang,nah." Adelia menghulurkan secawan kecil aiskrim yang dibelinya. Faiq mengambilnya dan mengucapkan terima kasih.

"Lepas ni,nak pergi mana?"soal Faiq.

"Saya tak tahu. Abang lebih tahu kawasan sini,kan?"

"Kita balik hotel dululah. Nanti kita kita pergi Disneyland."

Adelia terus menjadi teruja. Disneyland? Yang selalu menjadi pusat tumpuan pelancong tu? Wajib pergi!

"Biar betul? Kita pergi sana?"

Faiq mengangguk. "Nak tak? Kalau tak nak,tak apa."

"Eh,nak! Mana boleh tak nak. Saya nak pergi sana. Saya nak tunjuk gambar dekat mama. Nanti boleh bawa mama pula,"kata Adelia seraya tersengih.

Faiq mengukir senyuman dan mengusap kepala isterinya.

"Baiklah Puan Adelia."






DIN merenung lama telefonnya seperti sedang menanti seseorang untuk menghubunginya. Makanan yang sudah lama terhidang di hadapannya pun sudah mula menjadi sejuk.

Auni memeluk tubuh. Dia memandang Din yang benar-benar nekad dengan niatnya mahu mengenakan Faiq semula.

"Din,kau ni sampai bila nak buat macam ni? Makanlah dulu. Dah satu jam kau tak sentuh makanan tu. Kau pandanglah telefon tu lama mana sekalipun,Adelia takkan telefon kau."

Din memandang Auni.

"Bila saatnya tiba,dia tetap akan telefon telefon aku,"jawab Din.

"Masalahnya,sekarang bukan saat yang kau nantikan tu. Kau pun tahu dia pergi bercuti dengan Faiq. Kau ingat,dia akan buka telefon ke? Orang tu dah bahagia dengan suami dia. Mestilah dia tak ingat kita dekat sini,"ujar Auni lagi.

"Kau ingat,Faiq bahagia ke? Mungkin Adelia bahagia sekarang. Tapi,Faiq?"

Din menghela nafas.

"Adelia pun satu hal juga. Baru kenal dengan Faiq,tapi dah gatal nak kahwin. Dia tak boleh fikir ke? Sekurang-kurangnya kenal dulu Faiq tu untuk setahun dua. Ini tak. Terus kahwin! Dah buta sangat ke tengok muka kacak Faiq tu? Atau,dah cair sangat bila dengar ayat manis jantan tu?" Din melepaskan geramnya.

"Macamlah kau tak kenal si Lia macam mana. Mulut saja cakap tak suka tapi sebenarnya hati suka. Kau tengoklah dia dulu. Bukan main kutuk Faiq. Cakap Faiq tu sombonglah,bisulah.. Macam-macam. Tapi,sebenarnya dalam hati dah suka. Bila Faiq buka langkah,itu yang terus dia setuju nak kahwin."

Auni menyedut air minumannya yang tinggal sedikit.

"Aku ingat,bolehlah kita nasihat sikit Lia tu. Rupanya,Faiq lebih cepat. Tahu-tahu dah bawa pergi berbulan madu."

"Bulan madu? Berbulan madu atau Adelia yang kena madu nanti?" Din tersenyum senget.

"Kau ni,Din. Tak baik cakap macam tu. Sekarang ni,aku risau satu perkara saja,"kata Auni. Dia memandang Din.

"Aku takut,Adelia akan lahirkan zuriat untuk Faiq."






FAIQ memandang Adelia yang sedang lena tidur disebelahnya. Faiq memandang jam di dalam telefonnya. Sudah pukul empat pagi,namun dia masih tidak boleh melelapkan mata.

Saat Adelia memeluk tubuhnya lebih erat,Faiq kaku.

Sekarang,apa yang perlu dia buat? Perlu ke dia tinggalkan terus isterinya disini tanpa meninggalkan apa-apa pesanan? Menghilangkan diri tanpa dijejak?

Ah,kalut! Faiq,sabar. Cuba fikir dengan lebih waras!

Wajah Adelia yang lena dibuai mimpi dipandang.

"Sampai bila aku nak melekat dengan dia?"gumam Faiq perlahan.

Pipi Adelia diusap perlahan.

"Kau cinta pertama aku,Adelia. Tapi,boleh ke kalau kau jadi cinta terakhir aku?"gumamnya lagi.

Faiq memejamkan matanya. Suara jeritan ibubapanya mulai terngiang-ngiang di dalam ingatannya.




Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now