BAB 44

2.2K 113 5
                                    

Suasana hening menambahkan rasa beban di hati Faiq. Sudah 10 minit dia berada di hadapan Puan Aida dan wanita itu masih lagi tidak lepas memandangnya.

Faiq diam tidak berkutik seperti pesalah yang sedang menunggu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya.

"Sebelum tu,mama nak tanya."

Perlahan-lahan Faiq memandang Puan Aida.

"Jujur dengan mama. Siapa Lisa dan siapa Sassy?"

Faiq meneguk air liurnya yang terasa kelat. Tentang Sassy dia tak kisah sangat tapi Lisa yang membuatkan dirinya gugup.

"Mama nak bagi peluang pada Faiq sekarang ni. Jawab jujur dengan mama. Kalau mama dapat tahu Faiq menipu, Faiq tahu apa yang mama akan buat, kan?"gertak Puan Aida.

"Sassy tu cuma kawan Faiq,Ma. Tak lebih dari tu. Sumpah." Faiq menjawab dengan jujur sehinggakan dia berani bertentang mata dengan Puan Aida. Tidak takut kerana dia jujur dengan jawapannya.

"Lisa?"

"Lisa.." Faiq mula gugup. Pandangannya dialihkan. Gerun pula apabila direnung lama-lama oleh Puan Aida.

"Tak penting dari mana mama tahu tentang Lisa dan Sassy tu. Yang penting,mama nak jawapan jujur dari Faiq. Now,"tegas Puan Aida.

"Lisa tu kawan Faiq juga.. Ya,Faiq mengaku memang Faiq pernah bercinta dengan dia sekejap.." Semakin perlahan suara Faiq.

Aduh,habislah aku kena ganyang dengan mak mertua aku! Bisik hati Faiq.

"Bercinta dengan Lisa sedangkan waktu tu Faiq dah ada isteri?"

Nampak gayanya Puan Aida sudah tahu semuanya. Kalau menipu sekarang,habislah.

It's over for you,Faiq.

"Faiq minta maaf,mama. Memang salah Faiq. Faiq terlalu ikutkan perasaan. Tapi,sumpah. Faiq tak ada simpan apa-apa perasaan pun dekat Lisa. Faiq hanya gunakan dia untuk .. Untuk.." Sekali lagi,dia gugup di hadapan Puan Aida.

"Untuk apa? Apa yang Faiq dapat kalau gunakan perempuan? Berapa banyak Faiq dah mainkan perasaan perempuan?"

Puan Aida meletakkan gambar-gambar Faiq bersama perempuan-perempuan yang dia pernah keluar bersama di atas meja.

"Apa yang Faiq dapat lepas Faiq buat semua ni? Bukan anak mama saja yang jadi mangsa,tapi ramai lagi perempuan. Apa yang Faiq nak sebenarnya?"soal Puan Aida lagi.

Faiq melihat gambar-gambar tersebut. Terkilan juga sebenarnya. Ada yang memerhatinya dalam diam rupanya!

"Mana mama dapat semua gam-"

"Tak perlu tanya,Faiq." Puan Aida memintas pertanyaan Faiq.

"Jangankan kes mainkan hati perempuan saja malah mama tahu kes arwah Sara. Faiq tak rasa berdosa ke? Tak rasa bersalah? Tak kesiankan arwag orang tua Faiq ke?"

"M-Mama.. Faiq boleh jelaskan semua ni."

"Then? Explain all of these!"

Gigih Faiq berfikir cara untuk memulakan penjelasannya. Terlalu banyak penjelasan yang dia perlu buat untuk bersihkan semula namanya.

Walau susah macam mana sekalipun,dia tetap juga perlu bersihkan semula namanya demi meraih kepercayaan mertuanya.

Itu pasti!



ADELIA membawa barang-barang dapur yang dibelinya bersama Auni pulang ke rumah. Nasib baik ada pasar pagi berdekatan dengan rumahnya. Tak perlu susah-susah pergi ke pasaraya yang jauh.

Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now