BAB 52

4.5K 102 3
                                    

"Maaflah sebab minta puan jumpa saya secara mengejut.."

"Eh,tak apa. Panggil saya Lia saja."

Adelia mengukir senyuman untuk Lisa.

"Tujuan saya nak berjumpa ni sebab.." Lisa kelihatan serba salah.

Adelia menanti ayat Lisa.

"Saya nak minta maaf. Disebabkan saya,awak dengan Faiq bergaduh. Saya minta maaf sangat-sangat." Lisa ikhlas mengucapkan maaf.

"Eh,saya dah lama lupakan hal tu. Cik Lisa jangan risau ya? Saya dah lama maafkan Cik Lisa. Kisah lama saya dah tak nak ingat. Kita buka buku baru,"kata Adelia.

"Panggil saya Lisa saja." Lisa membalas senyuman Adelia.

"Saya bersalah sebab menaruh harapan pada suami orang. Sekali lagi,saya minta maaf."

"Lisa.. Semua orang pernah buat kesilapan termasuk diri saya. Jadi,saya tak ada hak untuk hukum sesiapa. Saya dah lama lupakan kisah lama. Lagipun,sekarang saya dan Faiq dah berbaik. Saya cuma minta awak doakan kebahagiaan rumahtangga kami berkekalan hingga ke Syurga saja,"kata Adelia lagi.

Dia tak mahu bermusuh. Kalau bermusuh,apa yang dia dapat? Tak baik bermusuhan sesama Islam. Sepatutnya hubungan perlu dieratkan dan bukan diputuskan.

"Saya juga nak minta maaf sebab buang Faiq daripada syarikat saya. Saya terlalu ikutkan emosi sampai saya libatkan kerja dalam masalah peribadi. Saya minta maaf ya?"pinta Lisa sekali lagi.

"Jangan risau. Saya tak salahkan awak pun. Lagipun,rezeki ada dimana-mana saja. Alhamdulillah,sekarang dia baru dapat kerja di syarikat kereta. Tak tinggi pun jawatannya tapi dia tak kisah. Asalkan ada gaji yang halal,"ujar Adelia.

Dia tersenyum apabila terkenangkan wajah gembira Faiq setelah mendapat berita baik bahawa Faiq sudah diterima bekerja selepas pergi ke temuduga.

"Selagi dia tak dapat kerja,saya jadi serba salah sebab saya tutup periuk nasi dia.. Kalau dia dah ada kerja,baguslah. Lega hati saya." Lisa menumpang senang.

"Jadi,kita tak perlulah simpan apa-apa perasaan tak baik ya? Kita buka buku baru. Hidup yang baru. Ambil yang jernah dan buang yang keruh. Kita muda lagi,jadi perjalanan masih panjang."

Lisa mengangguk setuju. "Ya. Kita buka buku baru. Terima kasih,Adelia."

Adelia tersenyum. Alhamdulillah,tiada lagi perasaan buruk antara dirinya dan Lisa.

Semoga apa yang telah berlaku sebelum ini diambil menjadi pengajaran untuk semua.







RAMBUT Adelia dielus perlahan. Selepas rambut Adelia diusap,tangan Adelia pula menjadi sasaran seterusnya. Adelia tersenyum melihat gelagat suaminya.

Mata Faiq fokus memandang ke arah TV,tetapi tangan pula menjalar ke sana ke sini.

"Abang,tangan abang ni robot ke?" Adelia ketawa perlahan.

"Kenapa,sayang?"

"Macam mana saya nak fokus tengok drama kalau tangan abang tak duduk diam?"soal Adelia. Pada saat itu juga,tangan Faiq mencubit perlahan pipi Adelia yang semakin tembam.

"Tengok tu. Pipi saya pula jadi mangsa."

Faiq tersengih.

"Entahlah,sayang. Abang suka sebab rambut sayang lembut. Wangi pula tu. Pipi sayang tembam. Macam mana abang tak usik?"

"Perut abang tu buncit. Tak nak pula usap perut sendiri?" Adelia tergelak.

"Eh,perut abang lain. Kalau abang usap,nanti dia minta makanan lagi macam mana? Perut abang sensitif. Dia tak boleh kena sentuh. Kalau sentuh,abang terus lapar balik. Bahaya,sayang."

Faiq Evans [C]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz