BAB 25

1.7K 84 2
                                    

Adelia bersiul perlahan sambil menyediakan sarapan buat keluarganya. Awal pagi lagi dia sudah bangun dan bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak, seorang isteri dan juga sebagai seorang suri rumah.

Selepas menguruskan urusan Puan Aida,Adelia terus menyiapkan sarapan tanpa melengahkan masa.

"Faiq tidur lagi?"soal Puan Aida.

"Dia dah bangun tadi. Dia tengah mandilah tu. Nanti dia turun,"balas Adelia bersama senyuman. Dia menuangkan air teh untuk mamanya.

Puan Aida mengangguk tanda mengerti. "Macam mana dengan percutian dekat Australia? Seronok?"

"Seronok! Lia dapat kenal dengan saudara-mara Faiq yang tinggal dekat sana. Semuanya baik dan peramah." Adelia tersengih.

"Alhamdulillah. Seronok mama dengar. Lega sikit hati mama ni bila dapat tahu keluarga dia dapat terima Lia,"ujar Puan Aida.

"Mama Raissa baik sangat dengan Lia. Dia selalu teman Lia kalau Lia tak ada teman nak berborak. Dia banyak bercerita dekat Lia. Jadi,Lia tak ada rasa kekok sangat dengan dia."

"Baguslah kalau macam tu. Ingat,teruskan ambil hati keluarga dia. Berbaik-baik dengan semua. Inshaa Allah,nanti semua orang senang dengan kita,"pesan Puan Aida. Dia mencapai tangan anak perempuannya dan mengusap perlahan.

Adelia tersenyum dan memeluk Puan Aida.

"Inshaa Allah. Lia dengar pesan mama ni."

Dua beranak ini ketawa bersama. Faiq yang baru selesai bersiap melangkah masuk ke ruang dapur. Bau wangiannya yang agak kuat menusuk ke rongga hidung Adelia.

"Amboi,wanginya. Nak pergi mana pakai segak macam ni?"soal Adelia.

"Mama,tengoklah anak mama ni. Faiq pakai kemas pun dia tak puas hati." Faiq mengusik isterinya.

"Bukan tak puas hati,tapi saya cuma nak tahu. Mana boleh nampak terlalu segak. Nanti perempuan lain terpikat macam mana? Saya cemburulah,"kata Adelia. Dia mencebikkan sedikit bibirnya.

"Ada orang cemburulah,mama.." Faiq berbisik kepada ibu mertuanya membuatkan Adelia menepuk bahunya perlahan.

"Abang!"

Tersenyum Puan Aida melihat gelagat anak menantunya yang sudah bermesra di pagi hari.

"Cemburu tanda sayang. Mengusik tanda mahu bermanja. Betul?"kata Puan Aida.

"Betul tu mama! Dengar tu,Puan Adelia."

Adelia tersenyum juga. Dia menguidangkan nasi goreng untuk Puan Aida dan Faiq.

"Abang nak keluar sekejap. Pukul dua abang baliklah. Abang nak jumpa kawan abang sekejap. Mana tahu ada rezeki dapat kerja dengan dia,"kata Faiq. Dia mengambil secawan teh yang dihulur oleh isterinya.

"Kawan abang yang mana? Kerja apa? Dekat mana?"

"Amboi Lia.. Dah boleh jadi wartawan ya? Tunggulah suami tu jawab satu per satu.."tegur Puan Aida. Adelia tersengih. Dia duduk di sebelah suaminya.

Faiq ketawa kecil.

"Abang nak jumpa dia dekat Bangsar. Kawan abang tu duduk dekat kawasan Bangsar. Dia ada syarikat kecil. Memandangkan abang fresh graduate,abang boleh cuba apply kerja dekat situ. Dia kata,ada jawatan kosong untuk bahagian financial management. "

"Sayang tak nak cuba apply dekat situ?"soal Faiq.

"Bukan tak nak,tapi saya rasa nanti dululah. Saya nak fokus jaga mama. Saya ada buat part time kerja dalam talian. Ada jugalah dapat duit sampingan untuk bantu kita sekeluarga. Abang izinkan saya jaga mama,kan?"

"Eh,boleh. Abang tak ada masalah. Abang tak kisah kalau sayang tak nak kerja sekalipun. Abang boleh tanggung kita sekeluarga. Tentang kos rawatan mama pun abang boleh uruskan. Jangan risau,"kata Faiq.

Puan Aida memandang Faiq dan tersenyum. "Terima kasih,Faiq.."

"Sama-sama. Faiq tak kisah. Kalau nak apa-apa,bagitahu. Okey?"

Adelia tersenyum. Haih! Dahlah handsome, bijak. Baik hati pula tu! Jatuh cinta lagilah aku kalau macam ni hari-hari.. Bisik hati Adelia.





PINGGANGNYA ramping. Lehernya jinjang dan kulitnya putih dan licin serta lembut seperti kulit bayi. Rambutnya panjang ikal mayang melebihi paras bahu membuatkan dirinya bertambah menawan. Bibirnya merah menarik perhatian semua mata yang memandangnya.

Langkahnya yang berkeyakinan menonjolkan personalitinya yang positif sebagai seorang wanita. Air americano ais yang sudah terhidang dicapainya dan disedut perlahan.

"This is.. Lisa. Am I right?"

Gadis itu menoleh. Bibirnya terukir senyuman.

"Ya,saya Lisa. Awak Evans?"

Faiq turut tersenyum. "Ya. Saya Evans."

"Eh,duduklah."

Faiq duduk berhadapan dengan gadis muda yang bernama Lisa tersebut.

"Jadi,awaklah kawan kepada Bahrin?"

"Ya. Arwah Sara dengan Bahrin kawan saya."

Lisa mengangguk perlahan.

"Bahrin ada juga bagitahu saya yang awak ni fresh graduate. Tahniah ya,"ucap Lisa.

"Thankyou." Faiq tersenyum manis.

"Jadi,saya rasa awak dah tahu tentang jawatan kosong dekat syarikat saya. Rasanya saya tak perlu jelaskan lagi. Awak baca apa yang terkandung dalam fail ni ya?" Lisa menghulurkan sebuah fail.

Faiq mengambil fail tersebut dan menyelak beberapa muka surat.

Lisa memerhatikan Faiq dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Hm.. Boleh tahan. Patutlah nama dia 'panas' di seluruh kelab malam. Orangnya memang 'panas'!

"Awak 25 tahun,kan?"soal Lisa,tiba-tiba.

"Ya. Kenapa?"

"Sebaya dengan saya." Lisa tersenyum. Dia memandang mata Faiq.

Mulalah tu. Nak buka langkah la tu. Bisik hati Faiq. Dia meletakkan fail yang dipegangnya dan perhatiannya ditumpukan kepada Lisa.

"Saya perlu ditemu duga ke?"

Lisa menggeleng perlahan.

"No need."

"Kenapa? Rasanya,saya perlu ditemu duga sebelum diterima masuk jadi pekerja kan?"soal Faiq,sekadar berbahasa sedangkan jauh disudut hatinya dia sudah tahu bahawa dia sudah pun diterima oleh gadis ini.

"No need because.. I think,i like you."

Bibir mugil Lisa mengukir senyuman manis. Faiq ketawa kecil. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"I'm Faiq Evans. I would love to know you.. More."

Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now