BAB 40

2.7K 106 3
                                    

Faiq termenung sambil tangannya bermain dengan pen. Dirinya hadir ke pejabat seperti biasa namun jiwa dan fikirannya entah ke mana.

Kata-kata Auni semalam sekali lagi menusuk ke dalam hatinya.

"Adelia perlukan kau,Faiq."

Faiq memandang Auni.

"Ya,aku tahu dia masih tak sihat sekarang. Kau kena faham keadaan dia buat masa ni. Tapi,kau sebagai suami dia.. Kau kena ada disisi dia. Kau faham,kan?"kata Auni.

"Aku tahu, dia takkan maafkan aku semudah tu,Auni. Aku dah tipu dia. Kau rasa,dia masih sudi terima aku? Anak kami pun dah tak ada. Apa perasaan dia kalau dia tahu anak dia dah tak ada?"

"Faiq,semua orang tak sempurna dalam dunia ni. Kau ada kesilapan kau dan Adelia pun ada kesilapannya tersendiri. Kau tak boleh cepat putus asa. Kalau Lia tengok kau macam ni, dia pun putus asa nak teruskan perkahwinan dia dengan kau,"jawab Auni.

Melihat Faiq yang memilih untuk mendiamkan diri,Auni menepuk bahu lelaki itu perlahan.

"Macam ni lah. Aku percayakan kau,Faiq. Kau baik orangnya. Kalau kau betul-betul sayang Adelia.. Kau patut tahu apa yang kau perlu buat."

Faiq menggigit perlahan bibir bawahnya.

"Hati Adelia lembut. Kau pun tahu pasal tu." Auni tersenyum.

Melihat Auni tersenyum, Faiq turut terikut tersenyum walaupun senyimannya tidak begitu ceria.

"Aku cuba."

"Faiq!" Suara Lisa yang memetir di dalam pejabat menyedarkan Faiq daripada lamunannya.

"Y-Ya?" Faiq seperti orang mamai. Dia memandang Lisa yang sudah memandang tajam ke arahnya. Semua pekerja di dalam pejabat itu memberikan perhatian kepada mereka berdua selepas mendengar suara Lisa.

"I panggil daripada tadi lagi. Tak dengar? Pekak? Fikir apa? Kerja berlambak! Kalau nak berangan,ambik ni."

Lisa meletakkan sepucuk sampul di atas meja Faiq.

Faiq memandang sampul tersebut kemudian dia memandang Lisa.

"Apa ni?"

"You're fired!" Lisa menjelingnya lantas berlalu pergi. Faiq terpinga-pinga.

"Pecat? Lisa,tunggu!"

Faiq mengejar langkah Lisa. Lengan Lisa ditariknya dan menahan gadis itu daripada masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Lepaslah!" Lisa menarik lengannya.

"Okey,maaf." Faiq melepaskan pegangannya. Dia memandang Lisa.

"Kenapa ni? Tiba-tiba pecat I. Takkan sebab I mengelamun sekejap terus kena pecat?"soal Faiq.

"Suka hati I lah! You dah tak diperlukan dekat sini. Jadi,you boleh cari kerja lain." Lisa memandang ke arah lain. Tak teringin dia mahu melihat wajah penipu.

"What? Lisa,janganlah campur urusan peribadi kita dalam urusan kerja.."

"Tengok muka I ni." Lisa menunjuk wajahnya.

"Ada I kisah? You pergi kemas barang-barang you sekarang. I dah tak nak tengok muka you dalam pejabat I. Get out!"halaunya.

"Lisa.."

"Keluar sebelum I panggil sekuriti!"tegas Lisa. Faiq memandang wajah Lisa yang sedang menyinga itu kemudian menghela nafas. Dia mengangguk perlahan tanda faham.

"Terima kasih." Faiq terpaksa akur.

Lisa melihat Faiq yang berlalu pergi dari hujung matanya. Tanpa berfikir panjang,Lisa terus mengeraskan hatinya.

Jangan rasa simpati walau sikit,Lisa! Penipu macam dia layak dilayan buruk. Dasar buaya tak sedar diri.


ADELIA menyelak sedikit kain langsirnya dan matanya mengintai ke luar rumah. Kereta Hyundai milik Faiq diparkir berdekatan dengan rumahnya.

Pasti Faiq sedang menunggunya.

"Kenapa dia ni degil sangat? Tak faham ke? Aku dah cakap,aku tak suka,"ujar Adelia perlahan.

"Lia,intai apa tu?"tegur Puan Aida.

Adelia terkejut. "Eh,mama."

"Intai apa? Ada sesiapa ke dekat luar?" Puan Aida menyelak langsir dan melihat ke luar.

"Tak ada sesiapa pun. Lia tunggu siapa? Auni?"soal Puan Aida yang masih belum tahu apa-apa.

Adelia tersenyum sumbing. "Ya.. Tunggu Auni.."

Maaf,mama! Tipu sunat!

"Bukan ke dia ada urusan? Dia tak dapat datang,kan? Lupa?" Puan Aida ketawa kecil.

Adelia menepuk dahinya. Lupa! Aduh,nak menipun pun agak-agaklah Lia oi..

"Lupa.. " Adelia menayang sengihan.

"Dah,pergilah makan. Mama masak nasi lemak tu." Puan Aida mengusap rambut Adelia.

"Mama masak? Kan Lia dah pesan,tak payah masak. Kaki mama belum baik sepenuhnya. Kalau sakit macam mana? Kalau jatuh?"bebel Adelia.

"Tak adalah.. Mama dah sihat. Cuma,mama berjalan lambat sikit saja. Alhamdulillah,yang lain dah okey." Puan Aida tersenyum.

"Degilnya mama saya ni!" Adelia mencubit perlahan pipi Puan Aida. Tergelak dua beranak itu menikmati masa berdua.

"Dah,jom kita makan sama-sama. Lepas ni,biar Lia masak. Mama tak dibenarkan memasak."

"Yelah.." Puan Aida mengikut Adelia yang menariknya untuk pergi ke dapur.

Bau nasi lemak yang sudah siap terhidang menusuk ke rongga hidung Adelia. Terus naik seleranya apabila terbau nasi lemak buatan air tangan mamanya sendiri.

"Sedapnya bau!"

"Mama ada bungkuskan sikit untuk Din dengan Auni. Petang nanti Din datang,"ujar Puan Aida.

"Din datang petang ni?"

"Ya. Mama minta dia datang. Nasi lemak ni ada banyak lebih. Jadi,mama bungkuskan sikit untuk Auni dengan Din."

Adelia meneguk air liur yang tiba-tiba terasa kelat.  Aduh,Faiq ada dekat luar rumah pula. Kalau dia dengan Din bertembung nanti,silap-silap bergaduh lagi!

"Kenapa? Lia tak suka Din datang?" Puan Aida memandang anaknya.

"Eh,taklah! Lia okey saja." Adelia tersenyum.

Faiq.. Faiq. Semoga kau pergi dari sini cepat. Kalau mama tahu kau ada dekat sini, tak tahulah apa yang jadi. Jangan pindah sekali lagi sudahlah!



Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now