BAB 2

2.6K 161 2
                                    

Aduh! Malu!

Adelia menggigit bibir bawahnya. Wajahnya merah menahan malu. Auni punya pasallah ni!

"Dia cakap apa,Lia?" Auni memandang Adelia yang sudah berkerut wajahnya. Sesekali Auni mencuri pandang ke arah Faiq yang sudah berkemas untuk beredar dari cafe tersebut.

"Cakap apa? Dia pandang aku pun tak apatah lagi nak bercakap. Malu tahu tak? Dahlah ada orang lalu-lalang tadi. Orang pandang saja aku dengan dia. Nampak macam aku ni terhegeh dengan dia,tahu tak?"kata Adelia. Dia menekup wajahnya. Wajah yang tidak berperasaan Faiq terus bermain di minda.

Ya Allah.. Kalaulah aku tahu dia layan aku macam tu,memang taklah aku nak tegur dia! Bisik hati Adelia.

"Takkan dia tak pandang?"soal Auni.

"Auni,kau faham tak? Dia tak pandang aku langsung. Dia buat macam aku ni halimunan."

Adelia memandang Faiq yang sudah jauh berlalu pergi.

"Aku pelik. Kenapa dia pendiam sangat?
"gumam Adelia sendirian.

Auni memandang Adelia kemudian dia berdeham. Beg sandangnya segera digalas.

"Eh,kita ada kelas kan? Jomlah. Nanti lambat pula." Auni menolong Adelia mengangkat beg sandangnya dan tangan Adelia ditarik.

"Eh,sabarlah. Yang kau kelam-kabut ni kenapa? Belum mula lagi kelas kita. Macamlah kau tak biasa masuk lambat,"kata Adelia. Dia membetulkan sedikit tudungnya.

"Hari ni aku nak masuk awal sikit. Apa salahnya masuk awal hari ni. Jom!"

"Ish,Auni! Tunggulah aku!" Adelia segera mengikut Auni yang sudah mula membuka langkah.

ADELIA yang sedang kusyuk menulis nota terganggu dengan bisikan Auni yang berada di sebelahnya. Dia cuba untuk membuat tidak endah namun Auni masih mengganggunya.

"Auni,boleh tak kau fokus dulu? Habis kelas nanti kita sambung berbual okey?"tegur Adelia dalam nada berbisik.

"Tak boleh. Cuba kau pandang Faiq dekat belakang tu. Aku rasa,tadi dia pandang kau."

Adelia mengerutkan dahinya.

"Kenapa pula dia nak pandang aku? Mengarutlah,"kata Adelia.

"Aku rasa,dia suka kau. Cuma dia segan nak berbual dengan kau. Aku yakin,"kata Auni lagi untuk meyakinkan Adelia.

"Mengaru-" Kata-kata Adelia terhenti tatkala matanya bertembung dengan mata Faiq semasa dia cuba mahu memandang Faiq yang berada di meja belakang.

Pantas Adelia mengalihkan pandangannya. Dia berdeham. Kenapa tiba-tiba rasa semacam ni? Jangan nak berdebar sangat! Tak adanya nak 'adakah ini cinta' sangat!

"Betul apa yang aku cakap,kan? Dia pandang kau." Auni menahan senyuman.

"Mana ada. Dia cuma terpandang aku. Kebetulan,aku pun pandang dia. Kau jangan perasanlah,Auni. Dah,fokus." Adelia menggelengkan kepalanya.

Nampak macam tak suka,tapi dalam hati? Berdebar juga sebenarnya! Macam manalah boleh terpandang mata dia tadi?

Usai sahaja kelas tamat,Adelia mengemas barang-barangnya. Sesekali Adelia mencuri pandang Faiq yang turut mengemas barangnya.

Tak ada sesiapa pun yang tegur Faiq. Orang lain semuanya berkawan dan kadang-kadang mengajak untuk makan malam bersama-sama. Faiq? Tak pernah pun dia nampak orang lain cuba untuk berkawan atau mengajaknya pergi ke mana-mana.

"Lia,lepas ni aku nak keluar. Kau nak ikut ke?"soal Auni. Dia mengeluarkan kunci keretanya.

Adelia masih lagi mengelamun memandang Faiq. Auni tersenyum-senyum.

"Adelia Qistina.. Kalau teringin nak berbual dengan Faiq,pergilah tegur dia. Kalau dia buat tak tahu,biarlah dia. Nanti lama-lama dia mesti akan bagi respon,"kata Auni. Dia menepuk perlahan bahu Adelia.

Adelia yang tersedar terus mengalihkan pandangannya.

"Tak adalah.." Adelia menggelengkan kepalanya. Dia menyandang begnya dan terus berlalu keluar pergi meninggalkan Auni.

"Amboi,dah kantoi usha orang.. Kau terus tinggalkan aku eh!" Tergopoh-gapah Auni mengikut Adelia.

Faiq yang masih berada di dalam kelas tersebut dalam diam memerhati. Telinganya sentiasa peka untuk mendengar apa yang orang disekelilingnya bercakap tentangnya.

Selepas melihat Adelia menegurnya di cafe,entah kenapa dia tertarik untuk menunggu tindakan Adelia yang seterusnya. Agaknya apa yang dia akan buat? Biarkan dirinya sepi tidak berkawan atau terus berusaha untuk menjadi kawan?

Adelia pulang seorang diri tanpa Auni memandangkan gadis itu mahu melencong ke tempat lain sebelum pulang ke rumah. Dah biasa dengan perangai Auni.

Macam ni lah kalau ada kawan yang sudah berpasangan. Asyik keluar dengan pasangan. Nasiblah menjadi bujang macam ni. Nak keluar dengan siapa? Kebanyakan kawan-kawan semuanya keluar dengan teman lelaki. Tabahlah!

Adelia menghela nafas. Dia menahan panas terik matahari. Apalah nasib. Dahlah tak ada kekasih,kereta pula rosak. Terpaksa balik naik teksi.

"Ya,aku dah habis kelas. Aku dah makan tadi. Tak perlulah susahkan Mak Jah masak. Kalau aku lapar,nanti pandailah aku masak sendiri."

Satu suara menangkap pendengaran Adelia. Dia menoleh sedikit untuk melihat tuan empunya suara.

Adelia terdiam buat seketika. Pantas dia mengalihkan pandangannya. Dia cuba untuk tidak mendedahkan wajahnya kepada lelaki tersebut.

Faiq! Pertama kali dia dengar suara Faiq! Betul,dia tak tipu!

"Nanti cakap dekat Mak Jah,dia boleh balik awal. Malam ni aku keluar. Kalau Mak Jah kerja macam biasa,kesian pula dia. Aku tak ada dekat rumah apatah lagi kau. Nanti penat saja dia tunggu dekat rumah tu. Biar dia balik awal sikit hari ni. Lagipun,dia bukannya sihat sangat. Pagi tadi aku tengok dia asyik batuk."

Adelia menahan senyuman.

Ini rupanya diri Faiq? Ambil berat tentang orang lain. Hormat orang yang lebih tua.

"Ya,aku tahulah. Tak perlu nak ingatkan aku banyak kali.." Faiq bingkas bangun tatkala sebuah kereta Honda berhenti di hadapan mereka dan Faiq terus masuk ke dalam kereta tersebut tanpa menoleh.

Melihat Faiq yang sudah beredar,Adelia terus mengukir senyuman. Nasib baik Faiq tak perasan kewujudan dia dekat sini!

"Aku ingatkan,dia bisu. Tak pun,pekak. Sihat rupanya,"gumam Adelia. Dia tersenyum lagi saat suara Faiq sebentar tadi terngiang di mindanya.

Faiq.. Aku rasa,aku boleh buat kau untuk bercakap dengan aku. Aku yakin!  Aku tak rasa Faiq ni orangnya sombong. Kemungkinan dia hanya seorang yang pemalu.

Tak apa,lama-lama nanti mesti dia buka mulut juga. Confirm!

Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now