BAB 38

2.4K 114 10
                                    

Tiga bulan kemudian..

Faiq menurunkan sedikit tingkap keretanya untuk melihat sebuah rumah yang dihuni oleh isterinya dan juga ibu mertuanya.

Pada mulanya,dia memang tak jumpa rumah sewa ini. Namun,setelah dipujuk Din berkali-kali, akhirnya dapat juga alamat rumah ini.

Itu pun Din susah mahu beri kerjasama. Pelbagai syarat yang diberi.

"Jangan jumpa dia buat masa sekarang. Jangan buat apa-apa selagi tak ada keizinan aku dengan Auni dan kau jangan muncul depan mak mertua kau kalau kau tak nak kena halau." Itu syaratnya.

Faiq tahu,orang akan pandang serong padanya selepas apa yang dia sudah lakukan terhadap Adelia dan Puan Aida.

Dia mengaku,dia memang egois. Dia pentingkan diri. Namun,semua itu mula makan dirinya sendiri apabila hidupnya mula terasa sunyi dan tak tenteram. Setiap malam,dia sering bermimpikan Adelia. Walau banyak kali sudah dinafikan,namun dia tidak dapat melawan.

Hatinya sekarang meronta-ronta mahu berjumpa isterinya. Dendamnya dahulu bagaikan hilang dibawa angin apabila perasaan rindu mengatasi segalanya.

Melihat Adelia yang muncul di muka pintu,Faiq segera menyembunyikan diri dan menunduk.

Adelia keluar dari rumahnya dan pergi membuang sampah. Melihat kereta Hyundai yang parkir berhampiran rumahnya,Adelia mengecilkan matanya.

Malas mahu mengambil tahu,Adelia hanya membuat tidak endah dan berjalan masuk semula ke dalam rumahnya. Faiq mengintai sedikit melalui tingkap keretanya.

"Adelia!"panggil seseorang. Suara lelaki sayup-sayup kedengaran di telinga Faiq.

Adelia menoleh dan tersenyum manis.

"Din. Auni mana?"soal Adelia. Faiq hanya memerhati dari jauh.

"Auni tak dapat datang. Dia ada hal. Aku ada bawa makanan sikit ni. Nanti kau dengan mama kau makanlah,"kata Din seraya memberi bekal makanan kepada Adelia.

"Susah-susah saja,Din. Aku dah masak tu. Jomlah makan sekali,"pelawa Adelia.

"Eh,tak apalah. Tak manis pula kalau aku lama-lama dekat sini. Aku pun ada hal sekejap lagi. Nak pergi Shah Alam sekejap. Kalau kau perlukan apa-apa,telefon aku. Kalau rindu pun,telefon. Jangan segan." Din tersengih.

Berkerut dahi Faiq.

Mamat ni kenapa mesra sangat? Helo,aku belum berpisah lagi dengan dia! Faiq mencebikkan bibirnya.

"Baik aku rindu Auni daripada aku rindukan kau." Adelia ketawa kecil.

"Tak apalah,Lia. Aku tunggu kau rindukan aku. Aku tunggu!"

Faiq menggenggam stereng keretanya. Matanya tidak lepas memandang Din yang seronok beramah mesra dengan Adelia.

"Dia ni tak sedar ke Adelia tu masih isteri aku?"

Faiq merengus.

"Atau, dia dengan Lia memang ada hubungan yang aku tak tahu?" Faiq mula berspekulasi sendiri.

"Kau ni kalau aku layan memang sampai ke sudah tak habis. Asyik merepek saja!"bebel Adelia.

"Sekurang-kurangnya kau terhibur. Betul tak?"

Adelia hanya tersenyum.

"Kau nak laksa? Kalau nak, aku boleh bawa esok. Esok aku free. Boleh aku masak untuk kau."

"Boleh ke? Nak!" Bulat mata Adelia tatkala mendengar perkataan laksa. Makan banyak mana sekalipun tetap tak jemu!

"Dah agak.. Saja aku pelawa." Din ketawa.

"Esok aku nak masak laksa. Aku nak bagi makcik aku dekat Subang. Alang-alang tu boleh tapau bagi kau sikit,"ujar Din lagi.

"Untung aku dapat kawan pandai masak macam kau,"puji Adelia,ikhlas.

Din tersipu malu. "Terima kasih."

Adelia tergelak dan menggelengkan kepalanya perlahan.

"Eh,mama kau sihat? Dengar khabar dari Auni,katanya mama kau demam."

"Semalam dia demam. Mungkin cuaca sejuk agaknya.."jawab Adelia.

"Dah bawa pergi klinik? Harini macam mana? Dah kebah demamnya?"

Adelia menggeleng. "Belum. Tak apalah,ubat lama ada lagi. Nanti bagi dia makan ubat lama tu, harap boleh kebah demamnya tu."

"Kenapa tak bawa pergi klinik? Kalau melarat macam mana? Mama kau tu dah berusia. Antibodi dia tak kuat,"kata Din lagi. Dia mengintai sedikit ke dalam rumah Adelia.

"Macamlah kau tak tahu masalah aku dengan mama aku,Din. Setakat jual nasi lemak tu mana cukup duit nak pergi klinik. Kalau Auni dengan kau tak ada,silap-silap duit rumah pun kami tak mampu. Aku nak pergi cari kerja pun susah. Tak ada kerja kosong area sini,"jawab Adelia.

Kesian pula Din mendengarnya. Selepas apa yang jadi tiga bulan lepas,kehidupan senang Adelia dan Puan Aida bagai diragut. Dua beranak ini berdepan dengan kehidupan yang agak susah selepas Adelia kemalangan dulu.

"Tak apa,aku boleh bawa mama kau. Sepatutnya kau bagitahu aku. Auni pun satu. Bukannya nak bawakan mama kau pergi klinik. Tak apa,nanti aku cepuk dia."

"Eh,tak payahlah Din. Auni tak bawa mama aku sebab aku yang tak bagi. Kau dengan Auni dah banyak berhabis duit untuk aku dengan mama aku. Tak payahlah susah-susah.. Aku tak terbayar jasa kau dengan Auni. Aku tak ada duit nak ganti balik semua duit korang berdua,"kata Adelia. Serba salah wajahnya.

"Siapa suruh ganti? Aku tak suruh pun. Kau kawan aku,Lia. Mama kau tu aku dah anggap macam mama aku. Kita bawa dia pergi hospital ya? Kesian mama kau. Mesti dia tak larat tu." Din mahu masuk ke dalam rumah Adelia,namun langkahnya terhenti apabila satu suara menahannya.

"Siapa izinkan kau masuk rumah dia?"

Din menoleh. Wajah Faiq yang serius memandangnya dipandang.

"Dia tak bagi kau keizinan untuk masuk rumah tu. Kau beria sangat kenapa? Tolong jangan kusutkan fikiran isteri aku."

Adelia terkedu melihat kemunculan Faiq. Mulutnya terkunci seribu kata manakala matanya tidak beralih dari memandang Faiq yang berdiri di sebelahnya.

Faiq menoleh memandang Adelia.

"Abang dah datang,Lia."








Faiq Evans [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon