BAB 41

2.3K 106 5
                                    

"Termenung jauh nampak?" 

Sassy melabuhkan punggungnya di sebelah Lisa dan menghulurkan segelas air coklat panas. Lisa menghela nafas. Air yang dihulur oleh Sassy diambilnya. 

"Fikirkan lelaki tu? Siapa namanya? Aku lupa pula,"ujar Sassy. Dia menyisip airnya. 

Lisa mencebikkan bibir. Saja mahu buat aku sebut nama dia! Bisik hati Lisa. 

"Faiq."

"Kau nak fikirkan apa lagi? Sepatutnya kau tahu apa yang patut kau buat. Dia suami orang dan kau pun tahu dia ada isteri. Kau kena bersedia segala kemungkinan. Lisa,kau cantik. Ramai lagi lelaki yang beratur untuk dapatkan hati kau."

"Aku tahu yang dia suami orang. Aku tak pernah paksa dia dari awal. Cuma,dia yang beri aku harapan,Sassy. Dia janji dengan aku macam-macam. Dia luangkan masa dengan aku lebih dari isteri dia. Jadi,aku ingat aku akan bersatu juga dengan dia. Aku pun manusia biasa,Sassy. Hati aku lemah bila tengok dia,"jawab Lisa. Dia memandang Sassy. 

"Itu kesilapan dia. Kau pun ada kesilapan kau. Sepatutnya kau kena kuatkan hati supaya tak termakan dengan kata-kata manis dia. Macam ni lah,kau pergi ambil wudhuk. Pergi solat. Kau doa banyak-banyak supaya urusan kau dipermudah. Doa supaya hati kau tenang. Kalau kau asyik fikirkan dia,sampai bila-bila kau tak akan dapat lupakan dia,"cadang Sassy. Dia memeluk bahu Lisa. 

"Dah,jangan fikirkan sangat pasal dia. Bukan dia seorang lelaki yang ada dalam dunia ni."

Lisa mengeluh. Dia menyisip air coklat panas yang dipegangnya. 

Bunyi deringan telefon mili Lisa menarik perhatian dua orang gadis itu. Sassy memandang Lisa sambil keningnya terangkat. 

"Apa?" Lisa menayang wajah seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

"Kau masih ada hubungan dengan Fikri? Bukan ke kau dah putus dengan dia?"

Lisa mencapai telefonnya dan terus menjawab panggilan daripada lelaki yang bernama Fikri,sekaligus merangkap sepupu rapat Faiq. Lisa tersenyum.

"Hai,Fikri.."

Sassy bingung. 

Apa yang Lisa fikirkan sebenarnya?



FAIQ mengetuk beberapa kali pintu rumah Adelia. Sudah 10 minit diketuknya namun tiada sahutan. Nak kata tak ada orang,selipar ada di luar pintu rumah. 

Atau,Adelia sengaja tidak mahu membuka pintu?

"Assalamualaikum. Adelia,abang datang ni."

Akhirnya,pintu dibuka juga setelah diberi salam beberapa kali. Muncul wajah Adelia yang kelihatan mamai seperti baru bangun dari tidur dan tudung sarung yang tersarung di kepala Adelia hanya dipakai sekadar ala kadar saja. Faiq tersenyum. 

"Siapa-" Adelia memandang Faiq dan mencelikkan matanya beberapa kali. Terkejut riak wajahnya melihat Faiq yang sudah terpacak di depan pintu rumahnya pada jam tujuh pagi. Gila ke mamat ni?

Tergopoh-gapah Adelia membuka pintu lantas segera menarik Faiq keluar dari perkarangan rumah sewanya dan berdiri jauh sedikit dari rumahnya. Risau sekiranya Puan Aida ternampak kedatangan Faiq.

Melihat tangannya dipegang Adelia,Faiq tersenyum lagi. Dia hanya mengikut ke mana saja Adelia menariknya. 

Tersedar dirinya memegang erat tangan Faiq,Adelia segera melepaskan tangan Faiq. 

"Eh,kenapa lepas? Pegang sajalah." Faiq menghulurkan tangannya lagi.

"Ish! Merepek. Awak datang sini kenapa? Tak faham ke yang saya tak selesa awak datang sini? Tak malu ke kalau jiran nampak?" 

"Salah ke saya datang? Saya datang nak jumpa isteri dan ibu mertua saya. Saya rasa,tak salah pun."

Adelia mengerutkan dahinya. 

"Jangan merepek boleh? Awak pergi balik sekarang. Tahu tak sekarang pukul berapa? Awak ni waras ke tak?Lagi satu,awak tak payahlah nak beramah mesra dengan saya. Awak pergi beramah mesra dengan orang lain dulu baru mesra dengan saya. Saya takut berkawan dengan orang sombong ni,"jawab Adelia lagi. Walaupun dirinya masih terasa mamai,namun rahsianya masih kuat terpahat di ingatannya. Tak boleh bocor rahsia tentang dirinya kepada Faiq. 

'Ujian' tetap akan dijalankan supaya Faiq belajar dari kesilapannya!

"Okey,saya mengaku saya sombong. Saya minta maaf,okey? Sekarang,saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan awak,Lia. Takkan saya nak berkawan pun tak boleh? Orang lain tak nak berkawan dengan saya.." Faiq menayang wajah sedihnya,mahu meminta simpati daripada  isterinya. 

Adelia memandang wajah Faiq. Ditenungnya wajah lelaki itu lama. 

Dulu,awak merayu dengan saya macam ni untuk berkawan dengan saya demi melunaskan dendam awak pada saya. Sekarang awak buat demi apa,Faiq? Apa pula rancangan awak kali ni? Bisik hati Adelia. 

Mendengar pujuk rayu Faiq,hati Adelia sebak. Seandainya Faiq jujur dengan hubungan mereka dari awal,pasti semua ni takkan terjadi. Perkahwinan ini turut tak akan pernah tercipta. 

"Adelia? Awak okey? Kenapa? Ada rasa sakit ke?" Faiq memegang isterinya namun Adelia segera menarik tangannya. Riak wajahnya dikawal sebaik mungkin. Redup pandangan Faiq terhadap Adelia menunjukkan dia risau dengan keadaan isterinya. 

"Baliklah,Faiq. Saya nak rehat. Lepas ni,tolong jangan datang sini lagi. Saya tak nak jiran nampak kita macam ni. Tak manis,"kata Adelia.

"Awak baliklah. Saya masuk rumah dulu. Assalamualaikum."

Adelia segera berjalan masuk ke perkarangan rumahnya. Kelam-kabut Faiq mengikuti langkah Adelia yang laju masuk ke perkarangan rumah.

"Adelia. Adelia,tunggu."

Adelia tetap tidak menoleh memandang Faiq. 

"Adelia Qistina!" Faiq menahan Adelia dan memegang tangannya erat.

"Faiq? Apa yang Faiq buat dekat sini?"tegur Puan Aida yang sudah berdiri tegak di muka pintu. 

Niatnya mahu mencari Adelia yang keluar menghilang tanpa menutup pintu,namun lain pula yang dilihatnya. 

"M-Mama.." 

Melihat Faiq yang memegang erat tangan anak perempuannya,Puan Aida tidak menggariskan sebarang senyuman. Adelia dan Faiq bersama-sama menjadi gugup. 




Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now