BAB 30

2.1K 94 3
                                    

"Takkanlah nak jumpa sekejap pun tak boleh?"

Adelia menggigit jarinya. Sesekali dia memandang ke arah pintu bilik mandi yang berada di dalam bilik tidurnya. Dia menunggu Faiq yang sedang mandi untuk bersiap ke kerja.

"Suami aku tak bagi,Auni. Dia dah pesan awal-awal dekat aku. Aku tak boleh keluar tanpa izin dia,"ujar Adelia.

"Kau nak jumpa dengan aku, bukan jumpa lelaki lain. Kenapa dia kongkong sangat ni?"rungut Auni dari dalam telefon. Suaranya jelas kedengaran merungut.

"Auni,aku tak boleh lawan cakap dia. Dia suami. Lagipun,sekarang ni aku dah berbadan dua. Memang dia akan jaga betul-betul. Aku fahamlah kenapa dia halang aku.. Kita jumpa lain kali eh? Hujung minggu ni kita jumpa. Faiq ikut sekali,"kata Adelia.

"What?! Lia,kau dah berbadan dua? Janganlah bergurau!"

"Eh,betul. Kenapa pula aku nak main-main bab macam ni? Tak suka ke aku nak dapat baby?"soal Adelia. Dia duduk di birai katil.

Faiq yang baru selesai mandi keluar dari bilik mandi. Dia memandang Adelia yang sejak tadi asyik berbual di telefon.

"Bukan tak suka,cuma aku terkejut. Tak rasa awal sangat ke?"soal Auni.

Adelia memandang suaminya dan hanya tersenyum.

"Tak adalah. Rezeki. Eh,nanti kita sambung berbual. Aku ada kerja sikit ni. Bye! Assalamualaikum,"ucap Adelia lantas memutuskan talian.

"Siapa telefon?"soal Faiq,memandang sekilas ke arah Adelia. 

"Auni. Dia nak ajak keluar."

"Sayang.."

"Ya,abang. Saya tahu. Abang tak izinkan saya keluar. Abang,kalau Auni datang sini tak boleh ke? Dia kawan saya,"pujuk Adelia. Dia bingkas bangun dan pergi kepada Faiq. Lengan suaminya dipeluk.

"Tak boleh. Abang tak nak terima tetamu buat masa sekarang. Kalau sayang nak keluar,hanya dengan abang dengan mama." Faiq masih dengan pendiriannya,tidak memberi keizinan untuk Adelia keluar. 

"Kalau saya asyik duduk di rumah,saya jadi bosan. Saya nak juga ambil angin luar dengan Auni.. Kalau abang tak izinkan saya keluar dengan Din,saya faham. Saya tahu batas saya. Cuma,saya nak keluar dengan Auni.." Adelia mencebikkan sedikit bibirnya. 

"Adelia.. Ada sebab kenapa abang tak izinkan sayang keluar. Kita dah jumpa doktor. Doktor dah pesan supaya sayang rehat buat masa sekarang sebab kandungan sayang tu baru lagi. Kalau jadi apa-apa macam mana? Dekat luar tu,udaranya bukan bersih sangat. Tak elok untuk baby,"kata Faiq. Dia memusing dan merangkul pinggang Adelia. 

Anak rambut isterinya diselit ke belakang telinga.

"Abang cuma ikut pesanan doktor."

Bibir Adelia sudah tercebik. Dia memandang lantai dan menguis kakinya di atas lantai tanda dia merajuk. Faiq tersenyum. 

"Kata sayang baby? Kalau sayang,dengar cakap abang. Kalau nak sangat jumpa Auni,boleh. Abang izinkan."

Terus Adelia mendongak memandang suaminya. Wajahnya terus bertukar riak teruja.

"Betul ke?"

"Betul,tapi dengan satu syarat. Abang mesti ada sekali. Abang teman. Tak boleh pergi sendiri,"kata Faiq,memberi syarat buat isterinya.

"Ala,abang. Saya baru nak buat girl's outing dengan Auni.."rungut Adelia. Tercebik-cebik bibirnya merungut.

"Eh,nak jumpa Auni atau tak ni? Kalau tak boleh terima syarat abang,tak apa. Duduk saja di rumah."

"Ey,abang! Okey,okey.. Saya terima syarat abang."

Faiq kteawa kecil. Bibir isterinya dijentik perlahan.

"Cebiklah lagi. Abang jentik kuat-kuat baru tahu. Nanti baby keluar,bibir terus mencebik. Semua mama dia punya pasal.. Semata-mata sebab tak dapat jumpa auntie Auni dia.."kata Faiq. Pelukannya dieeratkan lagi.

"Janganlah cakap macam tu! Tak baiklah abang ni. Jadi betul-betul nanti baru tahu.."

"Kalau macam tu,senyum. Biar baby asyik senyum saja. Biar manis mukanya."

Adelia menayang senyuman pendek saja buat suaminya. Kemudian,bibirnya kembali tercebik semula.

"Tengok tu. Memang nak kena jentik bibir tu,"ugut Faiq.

"Okey,okey. Saya senyum."

Adelia menayang senyuman lebar sehingga menampakkan giginya yang tersusun cantik. Faiq memandang Adelia.

Ya Allah,cantik sungguh isteri aku.. Bisik hati Faiq. 

"Dah,jomlah. Saya lapar." Adelia mahu melepaskan peukan suaminya namun Faiq tidak berganjak dan peukannya dieertkan seolah-olah tidak mahu dilepaskan. 

"Abang? Jomlah."

Faiq tetap merenung wajah Adelia. Tiba-tiba,dia tersenyum tanpa sedar. 

"Abang? Kenapa senyum? Perli saya ke?"soal Adelia. Dia mengecilkan matanya memandang Faiq. 

"Abang sayang Lia.."gumam Faiq. Dia masih berkhayal. 

"Abang? Abang okey tak ni? Ya,saya tahu abang sayang saya. Dah,jom makan. Saya dah lapar ni. Nanti lauk sejuk,"ujar Adelia.

Tiba-tiba,Faiq mengucup pipi Adelia. Terkejut Adelia dibuatnya. Matanya terbuntang memandang Faiq. 

"Abang!" Lengan Faiq dipukul manja oleh Adelia dan wajahnya kemerahan. 

"Y-ya?" Faiq seolah-olah tersedar.

"Abang ni kenapa? Nak bodek saya ke? Ada sesuatu yang abang nak ke?"soal Adelia. Dia memandang tempat lain. Malu woi!

Tiba-tiba kena cium pipi. Memang seganlah jawabnya!

"A-abang nak bodek? Maksud sayang?"

"Yang abang cium pipi saya kenapa? Nak bodek?"

"Ha? Abang cium pipi sayang ke?"soal Faiq. Dia mulai cuak. 

Biar betul? Takkan aku cium pipi dia? Tiba-tiba? Kau jangan buat hal,Faiq!

"Terkejut pula? Amboi.. Ey,abang ni. Nasib baiklah suami saya. Dahlah tiba-tiba cakap sayang saya. Lepas tu,cium pipi saya. Kalau nak sesuatu,bagitahu. Jangan minta yang bukan-bukan pula. Saya tak banyak duit,"bebel Adelia. 

Faiq memegang bibirnya. Kemudian,dia menampar pipinya sendiri menyebabkan dia sendiri mengaduh kesakitan. Berkerut mukanya kerana menampar pipi sendiri. 

"Abang ni okey tak? Kenapa dengan abang harini? Takkan sebab saya minta nak keluar dengan Auni saja abang terus.. Tak betul?"soal Adelia. Selamba dia saja mengata suaminya.

"Mana ada! Abang okey." 

Faiq terus melepaskan pelukan isterinya dan terus berjalan keluar dari bilik. Giiran dia pula untuk terasa segan. Pipi dan telinga mulai merona kemerahan. 

"Oh.. Abang angau dengan saya ya?" Adelia mula mahu mengusik Faiq. Dia mengikut jejak Faiq.

"Mana ada!" Faiq masih menafikan kenyataan.

"Tipu! Mengaku sajalah. Bukan salah pun nak mengaku abang angau dengan saya!" Adelia mengekek ketawa. 

"Ey,tak ada! Jangan perasan!"

Faiq memegang dadanya. 

Tiba-tiba berdebar ni kenapa? Takkan sebab Adelia senyum saja terus jadi macam ni? Sebelum ni tak ada. 

Takkan seri ibu mengandung dah naik dekat muka Adelia! Ish,macam tak masuk akal saja!

Tak! Aku tak angau dengan dia! 











Hye! Maaf lambat update. Busy sikit hehe. Btw,sis nak ucap happy new year! Semoga kita semua dapat jadi lebih baik dan jadikan tahun 2021 tahun yang diberkati! Wuv you guys! 

HAPPY NEW YEAR!!

Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now