BAB 9

1.8K 99 5
                                    

"Ha! Berangan!"

Auni menepuk meja menyedarkan Adelia daripada terus hanyut di dalam lamunannya. Adelia hanya menayang sengihan dan tidak pula dia memarahi Auni kerana menegurnya secara mengejut.

Maklumlah,orang sedang hangat bercinta. Ops,itulah berita yang sudah tersebar dalam masa yang pendek saja.

"Amboi.. Bukan main lagi dia termenung fikirkan encik abang ya?"

Adelia tersenyum sipu.

"Ish,mana ada.."

"Eleh.. Malu-malu kucing pula. Kau punya berita tu dah tersebar satu kampus,tahu tak? Sekejap saja 'bawang' dah 'digoreng' tau!"kata Auni. Dia mengambil air milik Adelia dan menyedut air sirap limau ais itu untuk membasahi tekaknya.

"Kau biar betul? Siapa bagitahu? Aku tak ada bagitahu sesiapa pun,"kata Adelia. Dia memandang Auni.

"Kau ingat,orang lain tak ada mata? Mestilah orang nampak kau asyik makan berdua dekat kafeteria tu. Kau asyik tersenyum-senyum pandang Faiq. Faiq pun nampak mesra dengan kau. Apa lagi kalau bukan bercinta?"ujar Auni.

"Lagi satu. Faiq tu jarang nak bermesra dengan orang. Lebih-lebih lagi bila dengan perempuan. Din pun ada cerita pada aku pasal kau. Kau sebenarnya dah jatuh hati dekat Faiq,kan? Eleh,siap minta nombor lagi!"kata Auni lagi. Dia mengusik Adelia.

"Ish,Auni! Perlahankan sikit suara kau tu." Adelia menepuk perlahan lengan Auni. Dia memandang sekeliling untuk memastikan tiada orang yang akan mencuri dengar perbualannya dengan Auni.

"Memang aku suka Faiq. Cuma,aku tak sangka dia pun ada perasaan dekat aku. Lagipun,dia yang luahkan perasaan dulu. Aku boleh buat apa?"ujar Adelia.

"Ya,aku tahu. Jadi,kiranya kaulah perempuan pertama dekat kampus ni yanh berjaya tarik perhatian Faiq ya? Amboi.. Aku dah terbau-bau nasi minyak ni!"

"Ish,terpesong betul kau ni. Takkanlah aku nak kahwin dah? Cepat sangat. Mestilah aku nak kenal hati budi dia dulu,"jawab Adelia. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Aku nak kenal hati dia. Aku nak kenal dengan diri dia yang sebenar. Aku nak kenal keluarga dia.." Adelia tersenyum sendiri.

Auni berdeham.

"Betul ke ni? Kau yakin ke nak kenal dengan dia?"soal Auni.

"Kenapa kau tanya aku macam tu? Salah ke aku nak kenal dengan dia?"

Auni tersenyum lantas menggeleng.

"Tak adalah. Boleh saja kau nak kenal dengan dia. Cuma,aku risaukan kau. Kau jaga diri baik-baik,"pesan Auni.

Adelia pelik. Dah kenapa dengan Auni ni? Tiba-tiba suruh orang jaga diri. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke?

Auni tersenyum. Melihat riak wajah Adelia,segera dia menukar topik agar gadis itu tidak mencurigai apa-apa.

"Eh,kau dah siap assignment Puan Rashidah? Aku tak siap lagi ni. Pening kepala aku nak cari sumber.." Auni mengeluarkan sebuah fail dari beg sandangnya.

Adelia memandang Auni. Sangkaan buruk yang mahu menyinggah ke fikirannya segera ditepis.

"Dah nak siap. Kau tak cukup sumber ke? Nak aku tolong?"

Adelia tersenyum.




DIN melihat jam di tangan kirinya menanti kedatangan yang paling dialu-alukan. Sudah lewat 20 minit daripada waktu yang mereka berjanji untuk berjumpa.

Din berdecit. Dia memandang sekeliling dan matanya meliar mencari kelibat orang yang dinanti.

"Din."

Din menoleh. Berkerut dahinya memandang Faiq yang seperti biasa hanya menayang riak wajah yang selamba walaupun dirinya sudah lewat 20 minit.

"Kau ni. Aku dah cakap banyak kali. Jangan panggil aku Din dekat sini. Kampung sangat nama tu,"bebel Din dalam nada berbisik.

"Macam-macamlah kau ni. Baiklah Encik Felix. Saya menurut perintah. Dah,kau tunggu siapa lagi ni? Jomlah masuk." Faiq berjalan masuk ke dalam kelab malam tersebut dan meninggalkan Din yang terkocoh-kocoh mengejar jejaknya.

"Ish,dia yang lambat! Aku pula yang kena."  Din sempat merungut.

Suasana kelab malam yang riuh dengan iringan muzik yang rancak membuatkan semua pengunjung kelab malam tersebut berseronok dan berhibur bersama-sama.

Air minuman keras sudah menjadi perkara biasa kepada Faiq dan juga Din kerana itulah aktiviti mingguan mereka.

Seorang gadis yang memakai skirt paras lutut menegur dan lantas memeluk Faiq.

"Eh,ada Sara rupanya! Bila datang sini?" tegur Din. Faiq hanya tersenyum. Tangannya turut memeluk pinggang ramping milik Sara.

"Baru saja. I datang sebab ada perkara nak selesaikan dengan Evans.."kata Sara. Dia mendongak memandang Faiq dan tersenyum manis.

"Ada perkara nak selesaikan dengan I? Apa dia? You cuma bagitahu I yang you datang sini sebab rindukan I saja,"kata Faiq pula.

Sara tersenyum-senyum. Jarinya bermain-main di dada bidang Faiq.

"I will get married to Faiq soon. "

Terbuka luas mata Din memandang Faiq dan Sara.

"You dengan Faiq? Kahwin? Biar betul?"

Sara mengangguk. "Betul. Mungkin lebih kurang tiga bulan dari sekarang. You doakanlah semua urusan I dengan Faiq dipermudahkan.."

Faiq turut terkejut. Dia memandang Sara dengan riak wajah kebingungan.

"Sekejap.. I tak tahu apa-apa pun. I rasa,I belum melamar you?"soalnya. Berdebar juga hatinya. Tiba-tiba nak kahwin!

Masa bila pula aku serius dengan perempuan ni? Kahwin? Buang masa! Mengarut sajalah nak kahwin dengan perempuan kaki sosial macam Sara ni.

"Memanglah you tak tahu. Keluarga kita sebenarnya rancang perkara ni secara rahsia. Tapi,apa salahnya? Takkan you tak nak kahwin dengan I?"

Din menahan tawa.

Faiq nak kahwin?

Mimpi sajalah! Perempuan pun keliling pinggang. Betul-betul yakin ke nak kahwin dengan buaya darat ni?

Faiq tidak menjawab pertanyaan Sara malah dia hanya tersenyum. Hanya dia saja yang tahu jawapan untuk pertanyaan Sara.

Ya atau tidak?

Itu bergantung kepada dirinya. Sekarang,Adelia sudah masuk ke dalam genggamannya. Kini,Sara turut bakal menjadi miliknya.

Tapi,kalau mahu jadikan Sara sebagai isteri,berbaloi ke? Kalau jadikan Adelia sebagai isteri,ada juga keuntungan yang dia dapat.

Wajah Adelia mula bermain di fikiran Faiq. Dia perlukan jalan penyelesaian untuk menyelesaikan perkara ini.

Satu rancangan perlu dirancang. Hanya Din yang boleh membantunya.

Mata Faiq melirik ke arah Din dan memberi syarat kepada lelaki tersebut. Faham dengan isyarat Faiq,Din hanya tersenyum.

"Sara,you dah lama tak jumpa I,kan? I nak kenalkan you dengan kekasih hati baru I." Din menarik Sara.

"Amboi,you pun nak ikut jejak Evans ya!"usik Sara. Dia ketawa dan meminta dari daripada Faiq. Kemudian dia mengikut Din dan meninggalkan Faiq sendirian.

"Kahwin dengan Sara? Ni mesti idea Aunty Ani. Idea tak masuk akal langsung. Tak membantu aku langsung!"gumamnya sendirian.

Dia benar-benar memerlukan rancangan yang kukuh untuk mengelak daripada berkahwin dengan Sara. Mesti!




Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now