BAB 10

2K 103 3
                                    

"Faiq?"

Adelia menegur Faiq. Lelaki itu termenung memandang tasik yang tenang di hadapannya. Adelia tersenyum seraya berdiri di sebelah lelaki yang sudah berjaya mencuri hatinya itu.

"Awak okey? Macam ada masalah saja." Adelia memandang Faiq.

Faiq tersenyum dan menggeleng.

"Tak ada apalah. Biasalah,kadang-kadang masalah datang tanpa diminta. Awak dah habis kelas?"soal Faiq pula.

Adelia mengangguk.

"Dah. Awak betul ke okey? Saya tengok awak asyik termenung saja sejak kebelakangan ni."

Faiq hanya tersenyum. Dia melemparkan pandangannya ke arah tasik. Senyumannya membuatkan Adelia bingung.

Tak apalah,mungkin dia tak bersedia nak bercerita tentang masalah dia. Fikir Adelia.

"Kalau saya nak awak jadi isteri saya,awak sudi?"

Adelia terpempan. Dia memandang Faiq yang mempunyai riak wajah yang tenang.

"Apa dia?" Adelia mengerutkan dahinya.

Faiq memandang Adelia. Dia berdiri benar-benar di hadapan gadis itu.

"Kita kahwin. Nak?"

Adelia kaku. Terkedip-kedip matanya memandang Faiq yang memandangnya dengan pandangan yang agak serius. Kalau tadi Faiq kelihatan tenang,kini lelaki ini kelihatan serius.

Kahwin? Betul ke?

"Saya tahu,semua ni secara tiba-tiba. Saya faham. Awak mesti tak setuju,kan?  Tak apa. Cuma,saya tertekan dengan masalah keluarga saya sekarang." Faiq menghela nafas berat.

Adelia masih lagi terkunci bibirnya. Tidak terkata mahu membalas kepada pertanyaan Faiq yang mahu mengajaknya untuk mendirikan rumahtangga.

"Saya tak suka dipaksa. Saya betul-betul tak suka bila dipaksa. Saya dapat tahu yang makcik saya nak saya kahwin dengan anak perempuan kepada kawan dia."

Faiq mengusutkan rambutnya.

"Ish,saya tak faham. Sekarang zaman modenlah. Kenapa masih ada lagi benda macam tu? Nak jodohkan orang bagai. Saya ni dah besar. Saya nak tentukan masa depan saya sendiri. Salah ke?"luah Faiq lagi.

Adelia memandang Faiq. Bila mendengar luahan masalah daripada Faiq,terbit rasa serba salah pula. Ada jugalah terasa cemburu. Tapi,apakan daya. Lelaki ini belum menjadi miliknya yang sah sepenuhnya.

"Jadi,hanya satu saja jalan penyelesaian yang saya terfikir. Kalau saya kahwin dengan awak,mungkin dapat selesaikan masalah saya ni. Maafkan saya sebab terburu-buru dan libatkan awak pula dalam masalah saya ni,Lia." Faiq tertunduk.

Hati Adelia menjadi kasihan melihat Faiq. Dahlah tak ramai kawan. Siapa lagi nak bantu Faiq kalau bukan dia sendiri?

Kalau tak dibantu,silap-silap lelaki ini boleh buat perkara yang tak sepatutnya pula. Contohnya,lari dari rumah. Atau lebih teruk, dia akan bunuh diri. Ish! Minta dijauhkan!

"Saya bukan tak sudi.. Tapi,saya rasa macam terlalu awal untuk kita dirikan rumahtangga. Kalau boleh,saya nak kenal awak dengan lebih mendalam lagi sebelum kita bersedia nak jadi suami isteri.."kata Adelia. Berhati-jati dia menyusun ayat agar tidak menyinggung perasaan Faiq.

"Awak jangan risau. Apa yang saya boleh bantu,saya cuba bantu. Okey?"pujuk Adelia.

Faiq memandang Adelia. Bibirnya tersenyum.

"Saya faham. Saya minta maaf sebab susahkan awak. Saya tak tahu nak minta tolong siapa lagi. Awak pun tahu yang saya tak ramai kawan,kan?"

Adelia mengangguk dan tersenyum.

"Jangan risau. Saya akan cuba bantu awak."


SARA menyelak satu per satu helaian katalog untuk busana perkahwinannya. Matanya menjadi rambang tatkala melihat pelbagai aneka busana yang terpampang di dalam katalog tersebut. Semuanya cantik-cantik belaka pada matanya.

"Majlisnya bila,Sara?"soal Kak Ana,pemilik butik busana pengantin tersebut.

"Lebih kurang tiga bulan dari sekarang,kak." Sara tersenyum sipu.

"Oh,dah tak lama. Tak bertunang dulu?"

Sara menggeleng. "Tak. Rasa macam membazir pula. Jadi,saya rasa baik terus nikah. Waktu nikah,boleh sarung cincin tunang tu sekali. Senang."

"Oh.. Betul juga. Lagipun,kalau bertunang ni banyak dugaannya. Hati betul-betul kena kuat. Kalau tak kuat,hm faham sajalah. "

"Itulah,kak. Sara tak nak tangguh lagi dah. Benda baik ni kita percepatkan lagi bagus,kan?" Sara ketawa kecil. Kak Ana tersenyum.

"Betul. Kak Ana setuju. Jadi,dah decide nak tema apa? Warna apa? Design macam mana?"

Sara tersengih. Dia menunjuk satu design busana yang telah menarik perhatiannya kepada Kak Ana.

"Oh, Sara nak buat tema klasik ya?"

Sara mengangguk. Sudah terbayang-bayang majlis persepsi idamannya bersama lelaki yang dicintainya,Faiq Evans!

"Okey tak kalau Sara buat tema ni,kak?" Sara meminta pendapat daripada Kak Ana yang lebih pakar bab wedding planner ini.

"Okey saja. Sara dah semula jadi cantik. Tak perlukan gaun yang berlebihan dan make up yang tebal pun,"puji Kak Ana.

Mendengar pujian Kak Ana,Sara tersenyum sipu. Kembang hatinya!

"Eh,Kak Ana ni.. Janganlah puji lebih-lebih. Malu Sara,"kata Sara.

Kak Ana ketawa. "Betullah. Kalau Sara setuju, Kak Ana boleh uruskan semua. Cuma tetapkan tema dan tarikh saja. Yang selebihnya biar Kak Ana uruskan."

"Betul ke ni,Kak Ana?"

"Ya,Sara. Kak Ana akan buat cantik-cantik untuk Sara dan Kak Ana akan pastikan wedding Sara ni jadi Wedding Of The Year!" Bersungguh Kak Ana meyakinkan Sara untuk meletakkan kepercayaan kepadanya.

Sara menjadi teruja. Bibirnya tidak henti terukir senyuman.

"Thank you so much,Kak Ana!"




ADELIA tidak dapat melelapkan matanya. Kata-kata Faiq masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya.

Apa yang aku boleh buat untuk bantu dia? Takkan aku nak setuju untuk kahwin? Ish,mengarut! Awal sangat! Bisik hati kecil Adelia.

Adelia menggigit bibir bawahnya sambil memikirkan jalan penyelesaian untuk Faiq.

"Kalau aku tak tolong,siapa lagi nak tolong dia?"gumamnya. Adelia mengeluh.

Dia termenung buat seketika.

Disaat dia termenung memikirkan jalan penyelesaian,satu idea menjengah ke fikirannya membuatkan Adelia tersenyum.

"Yang ni,aku yakin. 60% akan dapat bantu untuk hentikan rancangan makcik dia tu daripada terus jodohkan dia dengan perempuan tu. Aku yakin!"

Adelia tersenyum. Dia memeluk bantal peluknya.

Haih.. Barulah dapat tidur dengan lena! Bijak betul kau ni,Lia!

Faiq,awak jangan risau. Saya sentiasa jadi tulang belakang awak untuk bantu awak!

Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now