BAB 8

2K 107 10
                                    

Adelia menongkat dagunya di atas meja sambil termenung memandang lalu lintas yang tidak pernah lengang. Dia menghela nafas.

"Hebat sangat ke dia? Aku baru kenal dia. Bukannya dah berkawan dengan dia bertahun lamanya. Kenapa aku cepat sangat tangkap cintan dengan dia ni?"gumamnya sendirian.

Air sirap limau disedut perlahan membasahi tekak yang terasa kering. Dia melihat jam di tangan kirinya.

"Haih,jaranglah aku rasa malas nak masuk kelas.."

Adelia menggalas begnya.

"Ada orang tu cari saya ke?"

Adelia mengerutkan dahinya.

Macam kenal suara tu.

Adelia pantas menoleh. Jantungnya rerus berdetak laju tatkala dia terpandang wajah Faiq.

Betul juga,hebat penangan Faiq ni. Nampak saja muka dia terus jantung berdegup laju!

"Faiq!"

Faiq tersenyum. Dia duduk di sebelah Adelia.

"Bukan ke awak..?" Adelia bingung.

"Sekarang,saya dah ada depan mata awak ni. Tak cukup lagi ke? Masih rindu?"usik Faiq.

Pipi Adelia mulai merona merah. Dia mengawal riak wajahnya.

"M-Mana ada. Saya ingat,awak tak balik lagi. Maaflah,saya kacau waktu awak semalam."

"Eh,tak apalah. Saya tak kisah pun. Cuma,saya terkejut sebab awak tiba-tiba telefon saya. Saya pelik juga. Mana awak dapat nombor telefon saya?"soal Faiq.

Adelia meneguk air liur yang tiba-tiba terasa kelat.

"Awak nak makan?" Adelia mengubah topik.

"Boleh juga. Alang-alang dah ada dekat sini,kita makan sama-samalah. Dah lama berjanji,kan?" Faiq ketawa kecil. Dia memanggil pelayan restoran untuk mengambil pesanan mereka.

Adelia tersenyum sipu. Dia meletakkan semula begnya di tepi. Tak jadi mahu beredar ke kelas. Biarlah masuk lambat sikit. Bukan selalu!

Usai memesan makanan,Faiq memandang wajah Adelia lama. Pada mulanya,Adelia hanya beriak biasa. Namun,setelah ditenung lama,segan pula jadinya.

"Awak,kenapa? Ada apa-apa ke dekat muka saya?"soal Adelia. Dia mengelak daripada terpandang mata Faiq yang jelas memandang tepat ke arahnya.

"Tak ada apa pun. Cuma,rindu nak tengok muka awak."

Adelia terpempan dengan jawapan Faiq. Semakin tidak keruan dibuatnya.

"Awak ni boleh tahan ya? Saya ingat,awak ni pendiam orangnya. Tak pandai bermanis mulut. Rupanya boleh tahan juga,"kata Adelia.

Faiq berdeham. Dia berpeluk tubuh dan bersandar pada kerusinya.

"Memang saya pendiam,tapi saya hanya jadi pendiam dengan orang luar sahaja. Saya akan jadi sebaliknya bila dengan orang yang penting buat saya,"jawab Faiq. Dia memandang Adelia lagi.

"Maksud awak? Setahu saya,awak pendiam dan pemalu.."

"Tapi,saya bukan seorang yang pendiam dan pemalu bila dengan orang yang penting buat saya. Contohnya macam sekarang. Ada saya jadi pendiam? Saya rasa,awak yang asyik diam dari tadi."

Adelia menggigit perlahan bibir bawahnya. Kekolah pula!

Faiq menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus perlahan. Wajahnya tampak tenang.

"Adelia,saya tahu mungkin saya agak keterlaluan. Tapi,saya rasa lebih baik kalau saya beritahu awak sekarang."

Adelia gugup. Apa pula kali ni? Banyak betul perubahan mendadak si Faiq ni. Buat orang rasa suspen saja!

Faiq Evans [C]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora