BAB 5

2.2K 147 8
                                    

"Mana pula pergi aku punya buku ni? Siapa pula yang ambil? Aku rasa,aku dah simpan dalam beg."

Adelia mencari buku notanya di mereta tempat. Matanya memandang sekeliling dan dia cuba mengingati semula dimana kali terakhir dia letak buku tersebut.

"Ish, aku yakin aku dah simpan!"

Adelia mengeluh.

"Cari buku ni ke?"

Adelia menoleh. Buku nota yang dicarinya berada di tangan Faiq. Adelia terkejut juga. Ada dua sebab dia terkejut.

Pertama, macam mana buku tu boleh ada dekat Faiq? Yang kedua, Faiq tegur dia? Biar betul?

"Saya terjumpa buku ni dekat perpustakaan tadi. Nasib baik awak ada  tulis nama,"kata Faiq.

Oh, dia kenal nama aku? Aku ingatkan, dia tak kenal. Manalah tahu, dia kan tak ambil tahu tentang orang sekeliling.

"Terima kasih.. Nasib baik awak jumpa." Adelia tiba-tiba menjadi kekok. Serba salah dia mahu memandang mata lelaki yang berada di hadapannya ini.

"Sama-sama. Lain kali jangan jadi cuai. Nasib baik awak tertinggal buku saja. Kalau dompet? Kan bahaya tu,"kata Faiq lagi.

Adelia tersengih bak kerang busuk.

"Okey, saya janji tak cuai dah. Terima kasih sekali lagi.."

Faiq tersenyum.

Adelia pula yang menjadi kaku.

Dia senyum? Dia senyum dekat aku? Atau dia senyum dekat orang belakang aku?

Adelia menoleh ke belakang. Manalah tahu ada orang di belakangnya. Tak ada pula.

"Nak pergi mana sampai terburu-buru ni?"soal Faiq dengan ramah.

"Saya nak balik rumah sebab saya kena temankan mama saya pergi klinik. Itu yang saya nak cepat,"kata Adelia.

"Oh.. Kalau macam tu,jomlah saya hantar awak. Kebetulan hari ni saya bawa kereta."

"Eh! Tak apa. Susahkan awak saja. Saya boleh naik teksi,"tolak Adelia dengan penuh sopan. Segan pula nak naik kereta berdua dengan lelaki ini. Sekarang pun dah kekok,apatah lagi dalam kereta nanti.

"Jomlah. Tak susahkan saya pun. Kalau awak naik teksi,takut awak lambat pula. Saya tak nampak pula bayang teksi yang lalu. Kalau saya hantar,boleh awak jimat duit tambang."

Adelia menjadi serba salah. Perlu ke dia terima tawaran lelaki ni? Tapi,dia memang betul-betul dah lewat. Nanti mama dia bising pula.

"Jom?"pelawa Faiq lagi. Dia tersenyum.

Akhirnya,Adelia terpaksa akur. Kalau tidak,dia akan lambat tiba di rumah. Nanti lambat pula mamanya mahu ke klinik.

"Okey.."

Mereka berjalan beriringan pergi ke kawasan parkir kereta. Setelah masuk ke dalam kereta,masing-masing tetap diam tidak berkutik. Terasa kekok.

"Mama awak tak sihat ke?"soal Faiq.

Adelia menoleh dan memandang Faiq sekilas.

"Biasalah,sakit orang tua. Dia ada darah tinggi dengan kolestrol tinggi. Jadi, dia kena buat checkup selalu dengan doktor." Adelia tersenyum kekok. Dia bermain dengan jari-jemarinya.

"Oh.."

Suasana kembali menjadi hening. Kekok kian terasa.

Adelia memandang ke arah luar tingkap.

Ah,ni yang dia tak suka. Kekok sangat! Banyangkan,selama ni Faiq buat diri dia macam tak wujud. Tiba-tiba jadi peramah dan sampai satu tahap, dia pelawa mahu hantarkan Adelia balik rumah! Tak pelik ke?

Ada sesuatu atau dia dah buang tebiat?

"Em,Adelia."

"Y-ya?" Adelia memandang Faiq.

"Saya nak minta maaf sebab tak layan awak haritu."

Adelia terpempan. Wah,Faiq betul-betul buat dia terasa seram!

Tadi jadi peramah. Sekarang,minta maaf pula? Kenapa dengan dia ni?

"Saya memang jenis tak bergaul dengan orang lain. Saya minta maaf kalau layanan saya buat awak malu atau tersinggung,"kata Faiq lagi sambil memandang ke arah Adelia sekilas.

"Eh,tak apalah. Saya tak ambil hati pun. Saya faham sebab kawan saya pun ada bagitahu yang awak memang tak suka bergaul dengan orang." Adelia mengukir senyuman.

"Saya harap,awak faham,"kata Faiq lagi.

Adelia tersenyum dan mengangguk. "Jangan risau,saya faham."

Tiba sahaja di rumah Adekia,Faiq melihat rumah persekitaran rumah gadis itu.

"Terima kasih sebab hantar saya,"kata Adelia.

"Sama-sama."

Adelia mahu meminta diri,namun ditahan pula oleh Faiq. Sempat lagi kata-kata Faiq membuatkan Adelia menjadi tidak keruan.

"Ingat pesanan saya. Jangan jadi cuai lagi. Saya tak selalu ada dengan awak untuk jaga awak,"kata Faiq. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Adelia.

Terdiam Adelia dibuatnya. Segera Adelia meminta diri dan keluar daripada kereta lelaki itu.

Adelia memegang dadanya. Jantungnya berdegup pantas dan pipinya juga mula berona merah.

Dia meneguk air liur yang terasa kelat.

"Adelia.. Adelia! Sabar! Dia bergurau tu. Dia bukannya maksudkan betul-betul!"gumamnya. Adelia menarik nafas sedalam-dalamnya dan melepaskan nafas bagi menenangkan hatinya.

Sempat dia menoleh dan melihat Faiq yang masih belum bergerak pergi. Lelaki itu menurunkan tingkap keretanya dan mengukir senyuman.

"Masuklah. Jaga diri. Kirim salam saya pada mama awak."

Adelia mengangguk dengan pantas. Segera dia berpaling daripada terus memandang Faiq.

Makin lama, makin tidak keruan dibuatnya.

Kenapa Faiq tiba-tiba berubah secara drastik ni? Tiba-tiba berubah jadi peramah dan bermulut manis!

"Dah,dah! Jangan fikir sangat,Adelia!"

Adelia segera melangkah masuk ke dalam rumahnya. Faiq yang memerhatikannya dari dalam kereta masih tidak berganjak pergi.

"Adelia Qistina.."

Nama itu terus keluar daripada bibir Faiq tanpa henti.


Faiq Evans [C]On viuen les histories. Descobreix ara