BAB 32

2K 117 17
                                    

"Isteri you tahu ke you kerja dengan I?" Lisa mengais-ngais nasi yang terhidang di hadapannya. Matanya mencerlung ke arah Faiq yang sudah membatu apabila soalan tentang AAdelia keluar dari mulutnya.

"Faiq?" Lisa menegur Faiq setelah lelaki itu membatukan diri buat seketika.

"Dia cuma tahu yang majikan I perempuan. Dia tak marah pun,"jelas  Faiq. Dia segera meneguk air minumannya membasahkan tekaknya.

"You serius ke berkawan dengan I ni? Tak takut isteri mengamuk?"

"Berani dia mengamuk? Sebelum dia nak mengamuk, I yang mengamuk dulu nanti kalau dia nak marah. I ada hak untuk berkawan dengan sesiapa pun. I tahu,dia isteri I. Tapi,tak bermakna dia boleh kongkong hidup I juga."

Lisa menongkat dagunya di atas meja makan dan memandang Faiq dengan pandangan yang redup. Manis senyumannya dilemparkan buat lelaki yang berada di hadapannya.

"You baik,Faiq. I tahu,you lelaki yang baik. Disebabkan I tahu you lelaki yang baiklah I ambil you kerja dengan I,''puji Lisa dengan penuh ikhlas. 

"Terima kasih atas pujian tu. I cuma boleh cakap yang diri I tak sempurna. I manusia biasa. I pun buat silap. Hati I bukannya terlalu murni dengan semua orang. I mengaku,kadang-kadang I ni boleh terfikir untuk buat sesuatu yang jahat. "

"Termasuk berkawan dengan I?"soal Lisa.

"Maksud you?" Berkerut dahi Faiq,tidak memahami maksud tersirat gadis itu.

Lisa tersenyum. Perlahan-lahan tangannya menyentuh tangan Faiq dan memegangnya erat. Tangan lelaki Faiq diusap-usapnya sekaligus membuatkan Faiq menjadi berdebar. Gaya seorang penggoda. Semua lelaki boleh berdebar kalau berdepan dengan situasi begini. Tipulah kalau tak rasa apa-apa.

"I suka dengan kesilapan you yang ni. Kalau boleh.. I tak nak you betulkan kesilapan you berkawan dengan I. I nak berkawan dengan you.. I nak bersama dengan you.. I nak kenal dengan lebih mendalam tentang you.. I tak kisah siapa pun diri you,Faiq. Baik atau buruk,I terima." Lisa mengambil tangan Faiq dan mengucup tangan lelaki itu. 

Pantas Faiq menarik tangannya. Tak senang duduk dibuatnya. Tiba-tiba,bulu romanya meremang. Seram sejuk oi!

"Lisa.. I suka berkawan dengan you juga. I mengaku,you lebih cantik dari isteri I. Cuma, I rasa macam terlalu awal pula. I lebih selesa kalau kita berkawan dulu okey?"

Tahu pun cuak,Faiq! Selama ni,kau yang mengayat perempuan. Sekarang,bila kau pula digoda.. Kau gelabah. Rasa tergoda atau tiba-tiba takut dosa? Selama ni,semua kau bedal!

"I tak kisah. Kalau itu yang buat you selesa, I ikut saja." Lisa tersenyum.

"Betul ni? You jangan kecil hati ya? I dahlah baru dapat kerja ni.."

"Eh,jangan fikir macam tu. I okey. I bukan orang yang bawa hal peribadi masuk dalam pejabat. Jadi,jangan risau. Kerja tetap kerja."

Faiq menghela nafas lega. Melihat Lisa yang sudah berkelakuan seperti biasa,dia menjadi semakin lega.

"Okey. Terima kasih,Lisa. I know, I can trust you."

Lisa hanya tersenyum.





AIR kolam yang tenang dipandang tidak sama dengan fikirannya yang berserabut. Jujur,selama ini fikirannya tidak pernah tenang. Dia sedar,dosa-dosa yang dia sering lakukan setiap hari itu membuatkan fikiran dan jiwanya tidak tenang. Faiq menghela nafas berat. 

"Faiq?"tegur Auntie Ani dari belakangnya. 

"Auntie."

"Buat apa? Boleh auntie cakap sikit?"

Faiq mengangguk. "Apa dia?"

"Macam mana dengan kehidupan Faiq lepas bergelar suami? Seronok tak?"

Mendengar soalan itu,Faiq ketawa kecil. 

Auntie Ani.. Nampak sangat nak perli tu!

"Faiq dah besar. Tahulah Faiq nak uruskan semua.. Apa yang penting,Faiq tak minta duit belanja dari auntie dah,"perli Faiq pula.

"Macam mana kalau Adelia tahu?" Auntie Ani berterus-terang. 

"Tahu apa? Maksud auntie?" 

Auntie Ani melihat sekeliling bagi memastikan tiada orang lain disekitar mereka dan hanya mereka berdua yang mendengar perbualannya.

"Tak perlu berpura-pura lagi,Faiq. Semua orang dah tahu kecuali Adelia. Kami semua rahsiakan daripada dia demi jaga perasaan dia. Faiq? Ada terfikir nak jaga perasaan isteri?"

Faiq merengus.  Wajahnya bertukar serius.

"Tak,sekarang ni.. Apa maksud auntie? "

Auntie Ani memegang lengan anak suadaranya yang sejak kecil dia menjaganya itu. Bukan setakat anak saudara saja,malah dia sudah mengganggap Faiq seperti anak sendiri. 

"Faiq.. Kalau papa dengan ibu tahu apa yang Faiq nak buat ni.. Mesti diorang kecewa. Sedih. Seorang suami nak aniaya isteri sendiri? Tergamak ke Faiq nak buat macam tu? Kenapa? Faiq berdendam sangat ke dengan dia? Hidup dia pun tak sempurna. Sekarang,Faiq nak tambah lagi masalah pada dia? 

Faiq,you're going to be a daddy. Dah nak ada anak. Kalau Faiq rancang nak tinggalkan Lia waktu dia bersalinkan anak tu nanti.. Tak rasa sedih ke? Tak rasa ralat ke nak tinggalkan anak kecil tu? Semua lelaki tertunggu-tunggu saat isteri diorang melahirkan zuriat untuk diorang tapi Faiq? Auntie tanya ni,Faiq. Sanggup ke? Sanggup nak tengok anak kecil tu kehilangan bapa dia sendiri sejak lahir? Nak dia rasa sedih macam mana Faiq rasa sedih selepas kehilangan papa dulu?" Bersungguh Auntie Ani cuba memujuk dan menyedarkan Faiq. 

Tak tahulah berhasil atau tak.

Faiq terdiam. Ada betulnya kata-kata Auntie Ani.

Tapi,dia sudah separuh jalan. Perasaan sayangnya pada Adelia terasa disekat hanya disebabkan sebuah dendam. 

"Betul ke apa yang saya dengar ni,Faiq?"

Faiq dan Auntie Ani segera menoleh. Terkejut dek ditegur secara tiba-tiba. Tiba-tiba,pucat wajah Faiq melihat Adelia yang sudah berdiri tegak memandang dirinya seorang. 

"L-Lia.. Abang boleh terangkan. Okey?"

"Abang tak ikhlas sayangkan Lia,"ucap Adelia sekaligus setitis air matanya jatuh. 

Pada masa yang sama,loceng pintu ditekan dan kedengaran sehingga ke ruang dapur. Perlahan-lahan Puan Aida bergerak ke arah pintu dan membukanya untuk melihat siapakah gerangan yang datang ke rumahnya pada waktu malam sebegini. 

"'Assalamualaikum,makcik.. Saya Lisa. Ni rumah Faiq,kan? Dompet dia tertinggal dalam kereta saya."

"Waalaikumussalam.. Lisa?"

Lisa tersenyum manis.





Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now