BAB 13

1.8K 98 4
                                    

Buku  yang tersusun rapi di atas rak dilihat dan dicarinya satu per satu. Sesekali Adelia memandang ke arah Auni yang berada di sebelahnya. Dia ketawa perlahan apabila melihat reaksi wajah Auni yang seperti dikejar hantu.

Sejak tadi,Auni asyik mengekorinya ke mana saja dia pergi. Tak tahulah apa kena dengan gadis seorang ini. Dah serupa mahu menyorok daripada penjahat pula. 

"Kau kenapa ni,Auni? Dari tadi aku tengok kau macam tak senang hati saja. Kau kena kejar dengan penculik ke?"soal Adelia. Dia perlahankan sedikit suaranya memandangkan mereka berada di dalam perpustakaan.

"Kau yakin ke nak kahwin dengan Faiq?"

Adelia memandang Auni. Kemudian,dia memandang sekeliling.

"Kenapa? Ada masalah ke kalau aku kahwin dengan dia?"soal Adelia.

"Tak ada apa. Aku cuma tanya kau saja. Kau tak rasa yang semua ni awal sangat ke?"soal Auni pula.

"Maksud kau?"

"Maksud akku.. Kau tak nak kenal dia lebih lama lagi? Aku rasa macam kau terlalu terburu-buru untuk jadi isteri dia. Aku bukan nak bantah perkahwinan kau tapi aku cuma nak yang terbaik untuk kau. Kau kawan aku,Lia. Aku tak nak kau tersilap buat keputusan."

Adelia tersenyum nipis. Dia berjalan  pergi ke tempat yang agak tersorok agar dapat privasi untuk berbual dengan Auni. 

"Auni,listen. Aku faham yang kau nak aku bahagia. Terima kasih banyak-banyak. Tapi,aku rasa dah sampai masanya untuk aku bina keluarga kecil aku.Mungkin agak muda untuk aku jadi seorang isteri tapi, kau pun tahu macam mana keadaan mama aku,kan? Aku tak mampu nak tanggung kos perubatan dia sorang-sorang. Aku perlukan seseorang untuk bantu dan sokong aku.

Lagipun,aku dah mula sayangkan Faiq. Aku tahu,dia orang yang baik. Aku yakin,dia boleh jadi suami yang baik. Dalam hal ni,aku cuma perlukan sokongan kau sebagai kawan aku. Boleh?"ujar Adelia.

Auni memandang Adelia,lama. Dia mahu Faiq untuk dapatkan Adelia bukan untuk berkahwin. Tapi,sekarang lain pula yang jadi. Faiq betul-betul sudah menukar rancangan mereka tanpa berbincang terlebih dahulu.

Apa pula rancangan Faiq? Nampak seperti lebih teruk dari biasa yang Faiq lakukan kepada perempuan lain sebelum ini.

"Okey.. Kalau itu keputusan kau.. Aku tak boleh cakap apalah. I wish you the best,Adelia."

Adelia tersenyum. Dia memeluk Auni seeratnya. Auni tersenyum nipis. 

Faiq,kau kena jelaskan semuanya pada aku sebelum segalanya musnah. Gumam Auni di dalam hatinya. 

Tubuh Adelia dipeluk juga.


DIN  bermain-main dengan pen sambil matanya melirik ke arah Adelia yang duduk tidak jauh daripadanya. Semua pelajar menumpukan perhatian kepada sesi pembelajaran yang sedang berlangsung,tetapi Din pula sebaliknya. 

Fikirannya melayang dan sibuk memikirkan apa yang bakal dilakukan Faiq kepada Adelia. Kenapa Faiq sanggup ambil risiko untuk berkahwin dengan Adelia? Dia tak takut ke pada cinta? Cinta yang sejati mungkin akan memberi kesan kepada hidup Faiq.

 Perkahwinan yang bakal dibina turut berisiko untuk berputik sebuah cinta yang sejati. Faiq betul-betul tak takut yang dia mungkin akan jatuh cinta kepada gadis itu? 

Telefon Din bergetar menandakan satu mesej telah diterimanya. Saat Din membuka dan membaca mesej tersebut,terus membulat matanya.

"Sir! Maaf mencelah,tapi boleh izinkan saya keluar? Saya ada kecemasan." Din mengangkat tangannya dan meminta diri. Setelah mendapat keizinan,Din bergegas keluar dari kelasnya. Adelia menoleh ke belakang untuk melihat Din yang bergegas pergi meninggalkan kelas mereka.

Kecemasan apa yang berlaku agaknya? Bisik hati Adelia. Dia mengangkat bahunya dan terus memberi perhatian kepada kelasnya. Mungkin Din mempunyai masalah keluarga. Semoga semuanya baik-baik saja.

Din bergegas pergi ke keretanya dan tangannya ligat mendail nombor telefon Sara. Namun,tidak dijawab. Din semakin resah.

"Jawablah,Sara! Kau suka buat orang risau! Aku harap sangat kau tak buat benda mengarut tu,Sara!" Din mendengus geram dan segera masuk ke dalam kereta. Tanpa membuang masa,dia terus memandu pergi rumah sewa Sara di Semenyih.

Telefon Din berdering lagi. Panggilan telefon daripada Sara. Pantas Din menjawab panggilan telefon tersebut dan matanya fokus memandang jalan raya untuk memandu keretanya.

"Sara! Kenapa I telefon you tadi tak jawab? I risau tahu tak?"sergah Din.

"Ni Din,kan? Aku Bahrin."

Dahi Din berkerut.

"Bahrin? Mana Sara?"soalnya.

"Sara dah tak ada."

Din terdiam. Hampir saja telefonnya terjatuh dari pegangannya dan segera dia berhenti di tepi jalan. 

"Apa kau cakap? Mana Sara? Aku nak bercakap dengan dia. Sekarang,"tegas suara Din berkata-kata. Ini kali pertama melihat Din menjadi begitu serius.

"Sara dah tak ada. Dia dah bunuh diri! Dia dah meninggal dunia,faham tak? Aku dekat rumah dia n-"

Tak sempat Bahrin mahu menghabiskan kata-katanya,Din memutuskan talian. Jantungnya berdegup kencang. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar dari mulut lelaki bernama Bahrin itu.

"Tak mungkin.. Sara.." Din kehilangan kata-kata. Sekelip mata! Semuanya terjadi dalam sekelip mata!

Teruk sangat ke kekecewaan hati Sara? Sejak ditipu oleh Faiq,hidup Sara terus menjadi huru-hara. Hidupnya menjadi tak menentu sehingga gadis itu terpaksa membunuh diri sebagai jalan penyelesaian masalah cintanya.

Ya Allah,Sara. Tak berbaloi kau nak bunuh diri demi lelaki tak guna macam Faiq Evans tu!

Satu panggilan telefon masuk ke dalam telefon Din. Nama Faiq tertera.

Tiba-tiba,wujud rasa benci dan geram dalam hati Din terhadap Faiq. Disebabkan dia,hidup seorang gadis yang tak bersalah telah musnah. Bukan seorang,tetapi dah ramai gadis yang dia dah musnahkan masa depan mereka!

Faiq benar-benar sudah keterlaluan!

"Aku akan pastikan niat kau untuk kahwin dengan Adelia dan jadikan dia sebagai mangsa dendam kau akan makan diri kau semula,Faiq Evans. Kau betul-betul dah melampau kali ni. Aku dah tak boleh nak bersubahat dengan lelaki bertopengkan syaitan macam kau."

Din merengus. Jelas api kemarahan membara di dalam matanya. 

Aku akan tegakkan keadilan untuk perempuan-perempuan yang Faiq dah rosakkan masa depan mereka,terutamanya untuk Sara. Gadis yang aku cinta dalam diam sampai sekarang. 










Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now