BAB 17

1.6K 93 2
                                    

"Kau ni memang tak faham bahasa ke? Kau lupakan saja semua rancangan kita dulu. Aku rasa,kalau kita teruskan juga rancangan tu.. Habis hancur semuanya. Lagipun,sekarang aku dah dapat dia. Kau sabar sajalah. Tahulah aku nak buat kerja. Kalau tunggu kau,lambat. Kau dengan Auni buat kerja lembab."

Faiq bercekak pinggang. Sesekali dia menggosok lehernya.

"Kau nak buat apa sebenarnya dengan dia? Salah ke kalau kau bagitahu aku? Aku bukannya orang lain pun,"kata Din,melalui corong telefon.

"Itu hak aku sama ada aku nak bagitahu atau tak. Dah,nanti kau dengan Auni jangan kacau Lia. Aku tak suka."

Faiq terus memutuskan talian.Dia merengus sekaligus memicit kepalanya.

"Abang?"tegur Adelia. Segera Faiq menoleh. Terkejut dia dibuatnya. Faiq menegur air liur yang terasa kelat. Jangan dia dengar sudahlah!

"Lia.." Faiq mengukir senyuman untuk menyembunyikan riak wajahnya yang agak terkejut dengan kedatangan Adelia secara mengejut.

"Abang okey tak? Saya tengok abang macam ada masalah saja."

"Eh,mana ada. Abang okey. Kenapa sayang? Nampak muka abang serabut ke?"soal Faiq pula.

"Sikit. Abang ada masalah?Kalau abang tak kisah,abang boleh cerita pada saya. Mana tahu saya boleh tolong apa yang patut,"kata Adelia sambal tersenyum.

Cerita dekat kau? Ish,minta simpanglah!

"Tak ada apalah,sayang.. Abang okey. Jangan risau,okey?"

"Betul ni?"

Faiq memeluk Adelia dan meletakkan dagunya pada bahu gadis itu.

"Betul.. Terima kasih sebab ambil berat tentang abang. Terharu abang,"ujar Faiq perlahan. Adelia membalas pelukan suaminya dan mengusap badan Faiq dengan penuh kasih.

"Abang suami saya. Mestilah saya kena ambil berat. Masalah abang,masalah saya juga. Saya dah janji nak hidup susah senang dengan abang. Takkan saya ak biarkan suami saya ni susah seorang diri pula?"jawab Adelia.

Faiq mendiamkan diri.

Kalau kau bukan anak Nasir,mesti aku boleh sayangkan kau seikhlas hati aku. Bisik hati Faiq. Tangannya mahu membalas pelukan Adelia dengan lebih erat,namun gara-gara ego,dia terus meleraikan pelukan mereka.

"Dah,sayang nak makan tak? Mama macam mana?" Faiq menukar topik.

"Mama okey. Dia dah tidur. Abang tak payahlah beli makanan luar. Saya dah masakkan lauk untuk abang. Lagipun,sekarang kita kena berjimat. Tak boleh boros sangat. Banyak duit nak pakai."

"Lia,jangan risau pasal duit. Abang ada duit untuk tampung kita sekeluarga. Jangan risau. Oh ya,cakap pasal duit.. Abang dah bayar sepenuhnya bil rawatan mama. Inshaa Allah,mama akan sembuh sepenuhnya nanti." Faiq tersenyum sambil tangannya mencapai tangan Adelia dan berain-main dengan jari-jemari isterinya.

"Terima kasih,abang. Kalau saya ada duit nanti,saya bayar semula."

"Eh,tak perlu. Abang ikhlas. Sayang tak perlu susah-susah nak bayar balik. Simpan duit tu untuk kegunaan kecemasan. Pasal duit belanja biar abang uruskan. Sayang tak perlu risau,"kata Faiq.

Adelia tersenyum dan tubuh Faiq dipeluknya sekali lagi.

"Terima kasih sekali lagi,abang."

Faiq tersenyum pendek.

Sama-sama kasih.

DIN menysip perlahan air minuman yang terhidang di hadapannya. Wajah Auni dipandang. Kemudian wajah Auntie Ani yang turut berada disitu turut dipandangnya.

"Kenapa panggil auntie dating sini? Mana Faiq? Bukan ke selalunya dia ada dengan kamu berdua?"soal Auntie Ani. Wajah Auni dan Din dipandang bersilih ganti.

"Auntie restu hubungan Faiq dengan isteri dia?"soal Auni,secara tiba-tiba.

"Kenapa tanya macam tu? Kamu tak suka ke dia kahwin dengan isteri dia tu? Ada apa-apa yang auntie tak tahu?"

"Auntie tahu apa yang terjadi dekat arwah Sara,kan?"soal Din pula.

"Tahu. Apa masalah dengan dia tu? Bunuh diri takkan selesaikan masalah. Dia tak cerita apa-apa masalah pun dekat auntie. Auntie dah berharap sangat dia bernikah dengan Faiq."

Auntie Ani memandang Din Auni.

"Atau,isteri Faiq punca dia bunuh diri?" Auntie Ani seperti sudah mula mahu naik hantu. Maklumlah,arwah Sara tu kesayangan dia!

"Bukan isteri dia.."

Din memandang Auntie Ani dengan pandangan yang agak serius.

"Tapi,Faiq punca Sara bunuh diri."

Berkerut dahi wanita berumur separuh abad itu.

"Faiq? Tak mungkinlah. Takkan dia nak buat Sara macam tu? Auntie nak kahwinkan dia dengan Sara cepat-cepat sebab auntie tahu yang hubungan diorang tu dah lama. Habis tu,siapa lagi punca Faiq berubah kalau bukan sebab isteri dia tu?" Auntie Ani mula mempersoalkan masalah anak saudaranya.

"Faiq nak kahwin dengan Adelia bukan sebab sayang. Sama juga dengan Sara. Faiq tak pernah ikhlas sayangkan Sara. Kami tak tahu kenapa dia buat macam tu dekat Sara,tapi apa yang pasti.. Faiq memang ada niat tak baik pada Adelia. Saya bagitahu dengan auntie sekarang ni sebab saya tak nak apa-apa terjadi pada Adelia.

Saya dengan Auni kawan Adelia. Saya tak nak kehilangan Adelia macam mana saya hilang Sara. Faiq bahaya,auntie. Dia nampak baik depan kita semua. Hanya orang yang pernah terlibat dengan dia saja tahu sikap sebenar dia. Dia liar,auntie,"jelas Din panjang lebar kepada wanita itu. Bersungguh dia berterus-terang agar dapat sokongan dan bantuan daripada makcik Faiq sendiri.

Auntie Ani memicit kepalanya. Macam-macam hal! Rasa macam buat penat saja dia besarkan Faiq tu kalau dia buat perkara tak sepatutnya begini. Semua jasanya sia-sia! Kalau arwah kedua-dua ibubapa Faiq tahu pasal anak mereka,pasti mereka kecewa dan sedih.

"Dulu,saya pun tak suka dengan Adelia. Saya dengan Din selalu kutuk Adelia dalam diam. Mungkin itu silap saya dengan Din. Tapi,sekarang saya dengan Din nak selamatkan Adelia dari Faiq. Adelia kawan kami,Faiq pun kawan kami. Kami tersepit,auntie. Itu yang kami minta bantuan auntie.." Auni pula mencelah.

Auntie Ani menghela nafas berat. Buat hal betul Budak-Budak ni. Ingatkan,bila dah dewasa ni bolehlah berfikir secara matang. Sekarang,dia pula menjadi mangsa untuk memikirkan jalan penyelesaian mereka.

"Sekarang,auntie nak tahu satu perkara. Kenapa Faiq buat semua benda ni? Ini bukan perkara kecil tahu tak? Sara dah tak ada. Adelia pula berisiko dengan masa depan dia. "

"Setahu saya,Faiq buat semua ni sebab.." Auni meneguk air liurnya yang terasa kelat mahu ditelan.Dia memandang Din untuk meminta kebenaran untuk mendedahkan perkara sebenar tentang Faiq kepada makciknya sendiri.

"Sebab apa? Bagitahu saja. Auntie tak akan bagitahu sesiapa."

"Faiq buat semua ni sebab dendam dia. Dia nak balas dendam dari pihak ibu dan ayah dia. Memandangkan Adelia anak Pakcik Nasir.. Bertambah kuat keinginan Faiq nak kenakan Adelia. Sekarang,saya tak boleh rapat dengan Adelia sebab Faiq tak izinkan."

Din mengetap giginya. Sampai macam tu sekali ya? Teruk betul perangai kau,Faiq. Lia,cepatlah sedar dari khayalan kau. Faiq tak wujud pun dalam mimpi indah cinta kau tu! Dia tu syaitan bertopengkan manusia! Bisik hati Din. Geram betul!

"Kalau kita cerita perkara sebenar pada Adelia pun,dia tak akan percaya. Sekarang,dia betul-betul dah angau pada Faiq. Apa yang dia fikir semuanya tentang Faiq saja. Dia betul-betul percayakan Faiq dari kita semua,"kata Din.

Auni mengangguk setuju. "Betul."

"Macam ni. Biar auntie fikir dulu. Takut auntie tak dapat tahan rasa marah ni nanti. Risau ternaik hantu pula dekat dia. Lagi parah nanti. Apa-apa nanti,auntie bagitahu kamu berdua. Kamu berdua hanya perlu terus perhatikan Adelia dengan Faiq tu. Jangan buat apa-apa dulu,"kata Auntie Ani.

"Baik auntie."

Auntie Ani mengeluh. Faiq.. Faiq. Dari dulu tak berubah. Suka buat masalah!

Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now