BAB 22

1.6K 86 7
                                    

"Mama! Tengok ni! Ibu Rina belikan Lia doll baru!"

Adelia menunjukkan patung permainannya yang baru kepada Puan Aida.

"Mainlah sayang. Elok-elok duduk,"pesan Puan Aida seraya tersenyum.

"Iz,birthday nanti nak hadiah apa? Ayah Nas belikan,"kata Encik Nasir. Dia menoleh ke belakang,memandang budak lelaki yang bernama Izlihan yang sedang leka bermain dengan Adelia.

"Ayah Nas tanya tu,sayang. Nak hadiah apa?" Puan Rina tersenyum.

"Nak kereta." Izlihan tersengih.

Encik Hans ketawa kecil. Matanya fokus pada jalanraya dan memandu dengan penuh cermat.

"Asyik car saja yang dipilihnya. Dekat rumah dah penuh dengan car dia,"kata Encik Hans.

"Biasalah,Hans. Anak lelaki. Mestilah minat kereta. Macam kau juga,"ujar Encik Nasir pula.

"Nanti doll Lia nak naik kereta Iz. Nanti Iz bawa dia jalan-jalan. Boleh?" Petah mulut Adelia bertanya.

"Tak boleh!"

"Nak juga!"

Izlihan mencebikkan bibirnya. Dia memandang Adelia.

"Mana boleh Iz bawa doll Lia. Dia kena tinggal dekat rumah. Kalau Lia nak jalan-jalan dengan kereta Iz,doll tak boleh ikut. Nanti kawan-kawan Iz ejek."

Kata-kata Izlihan memecahkan tawa ibubapa mereka di dalam kereta tersebut. Puan Aida mencubit perlahan pipi Izlihan.

"Pandai betul Iz ya? Iz nak bawa Lia jalan-jalan?"

Izlihan mengangguk. Dia menunjukkan kereta mainan yang dipegangnya.

"Iz nak bawa semua orang jalan-jalan dengan kereta Iz."

Puan Rina tersenyum mendengar jawapan anak lelaki kesayangannya.

"Ibu tunggu Iz besar. Nanti ibu nak naik kereta Iz." Puan Rina memeluk Izlihan. Izlihan sudah tersengih-sengih.

Adelia mengambil kereta mainan milik Izlihan yang dipegang oleh tuannya. Terus kecoh mulut budak lelaki yang berumur 10 tahun tersebut.

"Lia! Tu Iz punya! Lia dah ada doll kan!"

"Lia nak main kereta dengan doll! Iz mainlah yang lain!"

"Izlihan,Adelia. Jangan bergaduh. Nanti mama rampas mainan baru tahu,"tegur Puan Aida. Dia memegang Adelia yang sudah sibuk mahu berpindah ke kerusi depan.

"Tak boleh!" Suara Izlihan masih bising memarahi Adelia yang mencuri permainannya.

"Izlihan,Lia. Main sama-sama. Kongsi mainan. Ibu beli mainan tu untuk main sama-sama,"tegur Puan Rina pula. Risau pula nanti anak-anak mereka bergaduh. Izlihan ni boleh tahan barannya. Silap sikit,habis dia mengamuk walaupun disebabkan hal kecil.

"Lia tak payahlah duduk dekat riba ibu Iz! Dahlah curi mainan Iz!"

"Lia nak main dengan ibu Rina." Adelia tetap berpindah tempat duduk dan duduk di riba Puan Rina,bersebelahan dengan tempat duduk Izlihan.

Kecoh suara dua orang kanak-kanak tersebut bertelingkah.

Namun,apabila kereta mereka mulai berhenti mengejut,Puan Rina memandang suaminya yang sedang memandu.

"Abang,kenapa ni? Jangan berhenti mengejut. Bahaya. Takut budak-budak ni terhantuk nanti,"kata Puan Rina.

"Tak tahu. Enjin tiba-tiba mati." Encik Hans cuba menghidupkan semula enjin kereta. Sudah dicuba beberapa kali namun masih tidak berhasil.

"Aku keluar sekejap. Aku nak periksa apa yang patut,"kata Encik Nasir.

"Eh tak apa. Biar aku yang periksa."

Belum sempat Encik Hans keluar daripada kereta,sebuah kereta menekan hon yang panjang sedang laju meluru ke arah kereta mereka.

"Abang!"

Sekelip mata kereta Toyota Estima itu dirempuh dari belakang dan menyebabkan kereta tersebut berpusing berkali-kali sebelum terbalik dan mengeluarkan asap hitam.

Suasana tiba-tiba menjadi sepi. Izlihan yang mengalami kecederaan pada tubuhnya membuka matanya perlahan-lahan.

"Aida,pegang abang kuat-kuat. Abang tarik Aida dengan Lia keluar."

Suara Encik Nasir menyinggah gegendang telinga Izlihan. Pandangan Izlihan sempat bertembung dengan pandangan Puan Aida.

"A-abang.. Iz.. Keluarkan Iz. Saya rasa dia sedar tu.." Bergetar suara Puan Aida menahan sakit.

"Nas.. Tolong bawa anak aku dulu.."

Perlahan suara Encik Hans meminta pertolongan. Dia tidak mengendahkan keadaannya yang mengalami kecederaan. Keselamatan anak dan isterinya yang didahulukan.

"Nas.. Tolong Rina.. Kaki Rina tersepit.." Puan Rina pula menangis menahan sakit.

"Abang.. Cepat tolong diorang.." Puan Aida turut sudah menangis akibat panik. Kakinya yang sudah cedera tidak diendahkan. Anak perempuannya dipeluk erat.

Puan Aida bernekad untuk mengeluarkan Izlihan dahulu daripada kereta yang semakin mengeluarkan asap hitam yang banyak. Melihat tangisan Puan Rina,Puan Aida menjadi lebih cemas.

Encik Nasir kelihatan teragak-agak. Namun,dengan bantuan orang awam yang sudah mula mengerumuni mereka,Izlihan akhirnya berjaya dikeluarkan.

"Ibu.. Papa.." Perlahan suara Izlihan memanggil ibubapanya yang masih terperangkap di dalam kereta tersebut.
Orang ramai masih cuba berusaha untuk membantu mereka keluar daripada kereta tersebut sementara menunggu bantuan datang untuk membantu.

Encik Nasir memeluk Izlihan dan menutup matanya. Mereka dibawa jauh daripada kereta.

"Maafkan aku Hans,Rina." Encik Nasir memejamkan matanya rapat sebelum mereka mendengar satu letupan yang datang daripada kereta mereka.

Izlihan menangis. Ibubapanya terkorban di hadapan matanya. Telinganya masih terdengar suara ibunya yang seolah-olah masih memanggil meminta tolong.

"Ibu.. Papa.."

"Ayah Nas minta maaf,Iz."

Suara kekecohan ditempat kejadian mulai tenggelam dan akhirnya semuanya menjadi gelap gelita.




ADELIA mengusap pipi suaminya perlahan. Suhu badan Faiq terasa bahang.

"Abang? Abang demam?"soal Adelia,risau.

Faiq menghela nafas berat. Nafasnya turut terasa panas.

"Abang demam ni. Abang tunggu sekejap ya? Lia minta tolong sepupu abang."

Adelia mahu melangkah pergi,namun tangannya segera dipegang dan ditahan oleh Faiq.

Mata sayu Faiq memandangnya.

"Teman abang.."

Sedih Adelia melihatnya. Tangan suaminya diusap dan dikucupnya.

"Lia telefon Mama Raissa ya? Abang tunggu sekejap."

Adelia pantas mencapai telefon dan mencari nombor Puan Raissa. Faiq memandang Adelia dan memejamkan matanya. Kepalanya terasa berat.

"Iz tepati janji pada Lia,ya? Bawa dia jalan-jalan naik kereta Iz. Ibu dengan papa harapkan yang terbaik dari Iz.."

Faiq terdengar-dengar suara Puan Rina seakan-akan dia berada di sisi Faiq. Air mata Faiq jatuh.

"Iz rindu ibu.. Papa.." Faiq menggumam perlahan.

Adelia terdengar. Dia menoleh memandang suaminya.

"Abang?"

Faiq terus memejamkan mata.










.
.
.
Okay.. Honestly sis tak tahu apa yang sis tulis ni😂 tahlah. im so sorry if sis selalu update lambat. Sis kena ambik mood dulu,nk fikir idea dulu😂 lagipun,sis baru habis exams haritu. so,otak sis masih lagi dalam proses "loading" 😂 okay,hopefully korang enjoy baca and kalau ada typo tu,abaikan jelah. heheh😂 next chapter soon! ✨

Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now