BAB 49

2K 84 2
                                    

Sudah hampir seharian Adelia setia menunggu Auni di bahagian kecemasan di Hospital Kuala Lumpur. Sudah banyak kali Faiq cuba memujuk Adelia untuk pulang ke rumah dan berehat,namun gadis itu tetap berkeras mahu menunggu Auni.

Perut sudah berbunyi tetapi Adelia hanya membuat tidak endah. Dia hanya mahu mendengar khabar berita daripada doktor tentang keadaan Auni.

"Sayang,jomlah balik dulu. Esok kita datang sini lagi. Sayang tak makan lagi,kan? Abang bawa sayang pergi makan seafood nak?"pujuk Faiq.

"Kalau abang nak balik,baliklah dulu.. Saya nak tunggu Auni. Keluarga Auni pun tak ada dekat sini. Saya nak tunggu sementara keluarga Auni belum sampai,"jawab Adelia. Dia menyandarkan tubuhnya pada dinding.

"Lia tak risaukan mama dekat rumah?"

Adelia menghela nafas panjang.

Betul juga. Mamanya tinggal sendirian di rumah. Bahaya juga kalau tinggal sendirian. Tapi,Auni macam mana?

"Esok kita datang sini lagi. Tadi abang dah telefon maklang Auni. Dia kata,dia dah nak sampai. Jadi,sayang tak perlu risau. Esok kita datang sini lagi,"kata Faiq lagi.

Adelia memandang pintu bahagian kecemasan yang langsung tidak menunjukkan bayang doktor mahu keluar dan memberi khabar berita tentang Auni.

"Sebelum balik,saya nak singgah satu tempat."  Adelia memandang suaminya.

"Dekat mana?"soal Faiq. Tudung Adelia dibetulkan sedikit.

"Saya nak pergi balai. Saya nak jumpa Din."




WAJAH Din hanya kelihatan selamba dan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Adelia memandang Din dengan penuh tanda tanya.

"Assalamualaikum. Boleh aku cakap sikit dengan kau?"soal Adelia.

"Kau nak tanya tentang Auni?" Din memandang Adelia. Salam Adelia pun tidak dijawabnya.

Adelia menggelengkan kepalanya perlahan. Din bukan seperti yang dia kenal dahulu. Berbeza sungguh keperibadiannya.

"Kau ada apa-apa masalah ke,Din? Kenapa kau buat macam ni? Auni tu kawan kita,Din."

Din tersenyum sinis.

"Kau dengar sini baik-baik,Adelia." Din cuba memperlahankan sedikit suaranya.

"Aku nak kau bercerai dengan Faiq."

"Astaghfirullahala'zim.." Terkejut Adelia mendengarnya. Din adalah kawannya tapi takkanlah dia sanggup minta perkara begitu padanya?

"Din,kau kenapa? Kau ada masalah ke? Sebenarnya kau tak puas hati dengan aku atau Auni? Kalau kau marah Auni sekalipun,kau tak perlu buat dia macam tu." Berkerut wajah Adelia memandang Din.

Lelaki itu ketawa tatkala mendengar kata-kata daripada Adelia. Bergema tawanya membuatkan Adelia pula meremang bulu romanya.

"Aku buat macam tu sebab dia cari pasal dengan aku!" Sekelip mata riak wajah Din berubah.

Tawanya terus terhenti dan riak wajahnya bertukar serius. Tajam pandangannya memandang Adelia membuatkan gadis itu menjauhkan diri sedikit.

"Kalau kau tak nak jadi macam Auni.."

Adelia meneguk air liurnya yang terasa kelat. Takut melihat Din yang seperti dirasuk.

"Lebih baik kau minta cerai dengan Faiq. Ops,bukan. Aku nak kau bercerai dengan Faiq."

Adelia terdiam seribu kata.

Ya Allah,apa nak jadi dengan Din ni? Kenapa dia berubah macam ni?

"Aku sayang kau,Lia. Aku tak nak kehilangan kau macam mana aku kehilangan arwah Sara.. Aku tak nak kau jadi mangsa Faiq yang seterusnya.." Din berubah sekali lagi.

Tiba-tiba saja tubir matanya ditakungi air mata. Dia kelihatan seperti begitu sedih.

"Aku sayang kau,Lia. Aku sayang kau! Tolonglah kahwin dengan aku! Aku penat nak back up dalam diam. Tolonglah jadi isteri aku! Aku janji,aku akan buang minyak pengasih tu kalau kau nak aku buang. Janji kau terima aku,Lia. Please!"

Pegawai polis yang bertugas mengawal Din segera memegang Din dengan erat dan meminta Adelia untuk beredar.

Melihat Din seperti sudah hilang kawalan,Adelia segera beredar dari bilik tersebut. Laju nafasnya kerana takut dengan perubahan sikap Din secara tiba-tiba.

"Sayang? Okey tak? Kenapa ni? Din ada cakap apa-apa ke pada sayang?" Faiq yang menunggu di luar segera mendapatkan Adelia.

Adelia menarik nafas sedalam-dalamnya untuk menenangkan dirinya. Wajah suaninya dipandang.

"Saya rasa,Auni tahu tentang minyak pengasih tu.." Adelia menjadi gugup. Tidak terkeluar suaranya kerana terkejut dengan kata-kata Din.

Ya Allah,Din nak buat benda terkutuk macam tu pada aku ke? Adelia mengusap dadanya.

"Minyak pengasih?"




"BIAR betul,Faiq? Tak baik tuduh orang sembarangan tanpa bukti." Auntie Ani memandang Faiq bersama satu pandangan yang sukar ditafsir.

Minyak pengasih? Masih ada orang yang mahu guna dalam era moden macam ni?

"Betul,auntie. Adelia sendiri dengar daripada mulut dia. Mungkin Auni tahu tentang minyak tu dan Din takut kalau perbuatannya terbongkar. Jadi,dia rempuh Auni dengan kereta. Sekarang,Auni dalam zon merah."

"Allahu akbar.." Puan Aida yang mendengarnya mengucap panjang. Takut benar dengan manusia yang bermain dengan ilmu sihir begini.

Ya Allah,semoga dijauhkan!

"Adelia macam mana sayang? Adelia okey?" Auntie Ani memandang Adelia dan mengusap pipi gadis itu dengan penuh kasih. Risau sekiranya gadis itu terkena buatan orang.

"Alhamdulillah,Lia tak ada rasa apa-apa pun. Lia pun sebenarnya dah lama tak jumpa Din sejak Lia dah berbaik dengan Faiq. Mungkin dia tak sempat buat apa-apa pada Lia.."jawab Adelia. Dia tersenyum nipis.

"Sekarang ni memang ramai yang dah tak pedulikan hukum agama. Kita kena amalkan ayat-ayat pelindung diri supaya kita terhindar daripada benda-benda macam tu,"pesan Puan Aida.

"Betul tu. Nasib baik dia tak sempat buat apa-apa pada Lia. Kalau tak,susah jadinya." Auntie Ani memeluk bahu Adelia.

"Lepas ni,jaga diri masing-masing. Sifat dengki ni ada dimana-mana saja. Kita kena berjaga-jaga dan jangan mudah percayakan orang."

"Baik,mama. Inshaa Allah,semoga kita semua dilindungi." Faiq menghela nafas.

"Jadi,esok Lia nak pergi tengok Auni?"

Adelia mengangguk. "Haah. Nak jumpa keluarga Auni sekali."

Puan Aida mengangguk perlahan.

"Mama tak dapat nak pergi. Tolong sampaikan salam mama pada keluarga Auni."

"Okey,mama." Adelia tersenyum nipis dan menggenggam tangan Puan Aida.

Sekarang,bukan masanya mahu terasa selamat walaupun Din sudah ditahan. Dia akan lebih berhati-hati dan keadaan Auni turut mahu dipantau sentiasa.

Ya Allah,kau berikanlah kesembuhan pada Auni!




Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now