Anak papa. Papa janji akan jadi papa terbaik untuk awak. Papa akan all out untuk bagi awak yang paling terbaik! Papa janji ye sayang....

Melalui hati dia berbicara. Kandungan yang sudah mencecah 4 bulan setengah itu dia tidak tahu rupa parasnya bagaimana. Sihatkah dia membesar di dalam perut ibunya ini, akan jadi puteri ataupun puterakah dia. Semua dia tidak tahu. Yang pasti dia hanya sayang. Sayang yang teramat

"Wife, awak rasakan anak kita perempuan ke lelaki?"

"Kenapa husband tak tanya haritu dekat doktor?". Tidak memandang suaminya. Matanya asyik memandang majalah ditangan. Hansem sungguh model dalam majalah ni.

"Nak surprise"

"Habistu, tunggu jelah 9 bulan nanti, tahulah husband jantina baby kita". Kali ini model wanita pula menjadi perhatiannya. Mintak-mintak anak aku jadi cantik macam ni. Hehehe

"Hmmm"

"Husband?". Dia meninjau suaminya apabila tidak dengar lagi celoteh si suami. Lah tidur rupanya. Hannah tersenyum majalah diletakkan ditepi. Kepala suaminya di usap perlahan. Nak usap muka sudah tenggelam dirapatkan diperutnya

Dalam diam dia bersyukur sebenarnya. Syafiq tetap melayaninya dengan baik. Lagi-lagi dia sedang berbadan dua sekarang. Sayang betul Syafiq kepada anaknya. Pantang sungguh kalau orang kata ini bukan anak dia.

Namun yang melemahkan semangatnya ialah gadis yang bernama Waisa itu. Dia pernah ternampak album tebal yang penuhi gambar gadis itu saat dia sedang mengemas rumah. Di bilik peribadi suaminya. Dia tahupun itu Waisa kerana didepannya ada tulis Waisa and future didepan album.

Pakaian mereka tampak fancy. Syafiq lengkap bersut pelbagai warna. Dan gadis bernama Waisa itu cantik dihias dress mewah yang warnanya seiring warna sut Syafiq. Mungkin ini gambar pre-wedding mereka berdua memandang itu yang diceritakan Syafiq yang mereka sempat bertunang sahaja.

Cantik memang cantik. Dan cemburu ya dia tersangat cemburu melihat gambar itu. Tapi dia tak berani buang. Takut suaminya marah. Dia tahu gadis itu penting bagi Syafiq

"Dah hilang ke nama Waisa dalam hati awak Syafiq? Saya cemburu". Syafiq yang lena dipandang sebelum nafas dihembus perlahan

_________
"Abang...". Darin memanggil suaminya. Matanya meliar kekiri dan kekanan mencari suaminya itu. Selimut yang menutupi tubuhnya ditolak tepi

"Abang.....". Perlahan dia berjalan tiada arah. Matanya kabur dan pedih. Pintu pun dia tidak tahu di mana. Setiap kali matanya jelas pasti benda mengerikan muncul didepan matanya kaki hanya  melangkah tanpa tujuan

Tiba-tiba kedengaran pintu terbuka. Hendak dia cari tapi matanya terasa amat kabur.

"Abang....?"

"Aku bawakkan kau makanan. Aku nak kau makan sekarang jugak". Terasa tangannya ditarik kasar ke arah katil. Namun suara itu di kenal

"Hairah?"

"Ahah aku, kenapa kau tak nampak?". Tangan dilayangkan dihadapan Darin. Melihat tiada respon daripada gadis itu membuatkan senyumannya terukir sinis. Kuat juga 'ubat' yang aku beri dekat perempuan ni.

"Kau tak nampak aku ke Darin?". Menggeleng gadis itu membuatkan dia tersenyum senang. Bagus. Memudahkan kerja aku

"Mana Rayyan?".

"Abang Rayyan dia keluar cari barang kahwin kitaorang". Tangan Darin ditarik. Nasi yang berlaukkan ikan dan kuah sayur digaul

"Rayyan sihat?" Terasa lama pula dia tidak menjaga yang sewajibnya dia jaga. Kerjanya asyik menghalau suaminya sahaja

"Sihat, kau jangan risau sepanjang kau sakit aku layan dia macam dia suami aku, termasuk kewajipan utama tu". Sudu disuakan di mulut Darin. Tanpa bantahan Darin buka sahaja mulut menerima suapan dari Hairah

"Baguslah. Awak okaykan duduk sini?".

Hairah tersentak. Terhenti tanganya dari mengaul makanan. Dia masih risaukan aku? Namun cepat-cepat dia tersedar balik. Hatinya cuba dikeraskan

"Hmm mestilah okay, duduk bakal suami akukan"

"Maaf saya lupa, tapi mana Rayyan?". Sudu yang disuakan Hairah tetap disambut

"Kan tadi aku baru cakap dia keluar beli barang kahwin kitaorang!". Nada geram dia berkata lagi sekali

"Ouh maaf saya lupa"

Suapan terakhir. Hairah terus bangun. Tidak betah lagi ingin duduk disitu. Hatinya teruji dengan ketulusan gadis ini. Tapi dia tersepit. Dia mahukan Rayyan tapi Darin terlalu baik untuk dia buat sampai

Ahh aku buntu!

Selangkah dia melangkah terasa pergelangan tangannya digengam. Automatik kakinya terhenti. Dia menoleh ke arah Darin

"Boleh awak teman saya? Saya takut".

"Kau nak takut apa?". Tangannya direntap kasar

"Mata saya dah jelas. Saya nampak balik benda tu. Saya tak berani. Dia.... Dia buruk". Hairah dipandang dengan mata berair. Matanya sudah jelas kembali. Dan 'benda' itu sudah terlihat jelas dimatanya

Sumpah dia takut!

"Untuk pengetahuan kau, aku yang hantar 'benda' tu untuk buat kau jadi gila! Jadi tolong lah gila dengan cepat! Aku nak abang Rayyan buang kau dari hidup dia! Hanya aku dan dia je yang layak untuk duduk dalam rumah ni!". Kerana terasa bersalah dia menghamburkan segalanya kepada Darin

"Tak.... Saya tak percaya.... Awak baik"

"Lantak kau lah nak percaya ke tak!? Janji kau jadi gila dengan cepat!". Dia terus melangkah keluar. Pintu ditutup rapat. Terdengar suara tangisan Darin pecah, merayu sakan suara itu

Hairah tidak hiraukan. Terus sahaja dia berjalan kearah tangga untuk ke tingkat bawah. Tanpa dia sedar di bilik sebelah Rayyan sudah mendengar semuanya. Tadi disebabkan Hairah hendak keluar jadi dia menyorok di bilik sebelah.

Tangan digengam kuat. Menahan amarah didalam hati. Apa entah dosa Darin kepada Hairah sehingga sanggup gadis itu menggunakan benda mengarut sebagai jalan.

Melampau sungguh!

Benda ni tak boleh dibiarkan! Hairah patut diberi pengajaran! Telefon didalam kocek diambil. Syafiq dicall

Hairah takkan terlepas kali ni!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Maaflah bab ni mengarut... Hehehe sorry...

If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this story

Hargai sangat ✨✨

From me-

23:19 - lost...

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now