"Kenapa? Aku tak boleh ada dekat rumah abang aku sendiri ke?". Punggung dilabuhkan di sofa yang agak jauh dari Hairah

"Boleh. Cuma terkejut". Wajah cuba dimaniskan

"Mana abang aku?"

"Rayyan keluar"

"Kakak ipar aku?"

"Darin ada dalam bilik".

Aryan hanya mengangguk. Telefon dikeluarkan, niatnya ingin menunggu sehingga abangnya pulang. Lagipun Malika bertegas ingin datang ke sini. Tak sedap hati katanya. Malika disebelah sudah memandang tajam ke arah Hairah. Dia tahu gadis ini masih bersubahat dengan Malik. Abangnya

"Awak...". Paha Aryan ditepuk perlahan

"Ye sayang"

"Saya nak tengok Darin sekejab dekat atas".

"Pergilah, aku tunggu dekat bawah". Aryan membenarkan. Malas pula ingin naik. Biarlah dia duduk dibawah sahaja

Malika meninggalkan mereka berdua dibawah. Dia menuju ke bilik tidur Darin dan Rayyan. Buka sahaja pintu, matanya dijamu dengan Darin yang sedang menutup kedua belah telingganya. Badannya kedepan kebelakangan. Matanya ditutup. Tubuh usah dikata, dari jauh sahaja sudah tahu tubuh itu menggigil

"Darin...". Dia mendekati. Pintu dibiarkan terbuka

"Malika.. Malika". Pantas Darin berlari kearah Malika. Tubuh langsing itu dipeluk. Matanya ditutup kembali

"Darin kenapa ni?". Pelik

"Tu... Tu... Halau dia Malika". Perlahan suara itu berkata. Meminta tolong. Tangan ditunjukkan ke arah katil. Tangannya memeluk erat tubuh Malika

"Halau apa Darin, tak ada apa dekat situ". Dia mencari 'benda' yang suruh dihalau Darin itu. Masalahnya hanya dia dan Darin disitu

"Ada.... Dia dekat situ...". Tangan menunjuk. Namun masih matanya tidak dibuka.

"Takda Darin. Cuba awak buka mata, takda apa pun dekat sini". Cuba memujuk

"Tak.... Dia ada....". Masih takut

"Cuba awak buka mata"

Darin buka mata perlahan-lahan

"Ahhhh!".  Matanya dipejam. Telingganya ditutup. Badannya diundur kebelakang

"Pergi!"

"Darin!". Malika cuba mendapatkan Darin namun tangannya ditepis kasar

"Pergi!"

"Sayang. Kenapa ni?". Aryan yang baru muncul bertanya. Mendengar jeritan dari atas membuatkan langkahnya panjang ke atas

"Tak tahu, saya masuk tadi Darin tutup mata menggigil tubuh badan dia semua, saya tegur dia, dia peluk saya, dia suruh saya halau apa benda entah". Singkat dia cuba terangkan pada suaminya

Terus pandangan Aryan terhala kepada kakak iparnya, tubuh menggigil itu dipandang

"Kau jaga dia, aku call abang Rayyan sekejab". Telefon dikeluarkan. Dia menjauhi bilik itu sebentar

"Hello"

"Abang, kau dekat mana?"

"Nak pergi rumah ibu, kenapa?"

"Balik rumah kau sekarang, kakak ipar mengamuk"

"Mengamuk?". Kereta diberhentikan tepi. Dia mengamuk dengan siapa pula. Dengan dirinya, sudah dia keluar dari rumah

"Iya, dia menjerit-jerit, badan dia menggigil habis".

Tiba-tiba mereka disapa suara jeritan Malika. Pantas Aryan berlari kebilik Darin kembali. Dilihat Malika sedang menahan tubuh Darin dari keluar dari bilik

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now